Ketenangan Abadi

Sesungguhnya Isteri itu pakaian bagi suami dan suami itu pakaian bagi isteri

Pelamin Impian

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Bersama Berbahagia Hidup Bersama

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Mawar Merah Lambang Cinta Sejati

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam

Biasanya bila kita adakah majlis perkahwinan, selalunya ada upacara persandingan mempelai, sama ada belah lelaki atau perempuan. Tapi, apa sebenarnya yang islam telah gariskan mengenai persandingan ini, boleh ker? Tak boleh ker? Haram ker...atau apa hukum persandingan ni sebenarnya. Jom kita baca artikel kat bawah.




1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.

Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".

Pelakon AR Badul & Isteri Bercerai


Kita boleh menyayangi seseorang sebesar gunung tetapi masin dari sebutir garam mampu menghancurkan segalanya.
Itu merupakan reaksi pelakon, A.R. Badul ketika ditanya sama ada dia masih mempunyai rasa sayang terhadap bekas isterinya, Muna Lisa Basir selepas selesai prosiding perceraiannya secara tebus talak di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.



Dia juga nyata tersentuh dengan perceraian itu apabila dilihat mengesat air matanya berulang kali.

Pada prosiding yang dijalankan di kamar Hakim Syarie, Mohd. Yunos Mohamad Zin, Muna Lisa, 34, membayar RM1 kepada Badul atau nama sebenarnya, Armaya Aman Ramlie, 60, sebagai tebus talak.

Pasangan itu yang berkenalan selama empat tahun sebelum mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2001 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia lima tahun.

Perkahwinan Badul dengan Muna Lisa merupakan perkahwinan kali kelima buat pelakon dan pengarah filem Guru Badul dengan rumah tangga yang didirikan sebelum ini juga berakhir dengan penceraian.

Badul mempunyai tujuh orang anak hasil kesemua perkahwinannya.

Enggan mendedahkan punca sebenar yang membawa kepada penceraian tersebut, Badul sekadar memberitahu, berlaku sedikit pertengkaran dan dia telah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan itu.

''Sebelum ini kami sudah pernah ke mahkamah apabila dia (bekas isteri) mendakwa saya telah melafazkan cerai sewaktu bertengkar tetapi saya betul-betul tidak ingat sama ada lafaz telah diucapkan. Tapi kemudiannya, kami berbaik semula.

''Kemudian, beberapa bulan lalu, berlaku sekali lagi pertengkaran dan dia sekali lagi menuntut cerai tetapi kali ini secara fasakh. Tetapi sementara menunggu di mahkamah, kami sempat berbincang dan sekali lagi memutuskan untuk tidak meneruskan proses fasakh itu. Bagi tebus talak ini pun, saya mengambil masa tiga bulan untuk memikirkannya,'' kata Badul.

Pada 14 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rendah Syariah di sini menolak permohonan Muna Lisa untuk mendapatkan pengesahan lafaz cerai selepas Badul mengangkat sumpah istizhar bagi menyakinkan mahkamah bahawa dia tidak ingat semasa melafazkan cerai tersebut.

Menjawab pertanyaan mengenai tindakan untuk bercerai secara tebus talak, Badul yang juga anak kepada pelawak, A.R. Tompel dan abang kepada pelakon Adlin Aman Ramli, ia adalah sebagai 'pendinding' buat dirinya yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Katanya, jika proses perceraian adalah seperti yang biasa dilakukan, dia khuatir akan dikenakan tindakan mahkamah sekiranya tidak mampu memenuhi perintah mahkamah.

Bagaimanapun Badul memberitahu, dia tetap akan memberikan nafkah bulanan kepada bekas isteri dan anaknya itu.

Ditanya adakah, dia serik untuk berkahwin lagi, Badul menjawab :''Kalau ada lelaki yang kata serik untuk berkahwin, maknanya dia bukan lelaki rasanya. Tetapi bagi saya, sekiranya seseorang itu ikhlas menerima saya sebegini, yang ada kekurangannya, maka saya akan terima.''

Rahsia Tahi Lalat!


Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu. Hanyalah sekadar menambah pengetahuan.



bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah - tercapai cita-cita
biji mata kanan - suka serong dan pembohong
biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki
punggung kanan - agak mengalami kesulitan
punggung kiri - malas dan suka duduk
betis kanan - suka berhibur, boros
betis kiri - rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutt kiri - kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun
kening kanan - cerdas dan cekap
kening kiri - cerdas, sopan santun
tengah kening - keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri - kehendak kuat
batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung - banyak rezeki
dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki) - bakal beristeri 2
tumit kanan - jujur dan banyak kawan
tumit kiri - baik budi
alis kanan - suka menolong, baik hati
alis kiri - ramai yang suka
pangkal peha kanan - kemahuan kuat
pangkal peha kiri - suka kerja apa pun
telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh
jari kaki kanan - suka menolong
jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan - cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab
buah dada kanan - baik hati, pendiam,simpan rahsia
buah dada kiri - ramai kawan, setia pada pasangan
lengan kanan - setia dan taat pada atasan
lengan kiri - menepati janji dan rajin
pipi kanan - ramai teman
tengah-tengah pipi kanan - ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri - ramai teman
ubun-ubun - kurang jujur
pusat - cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri - beroleh kemliaan
pinggang kanan - sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri - disayang pasangan hidup
dada kanan - dapat mengatasi masalah
dada kiri - berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri - serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat
perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yg cinta
pelipis kiri - murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas - baik budi, ramai yg suka
kelopak mata kanan bawah - agak malas
kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana

Tip Ketika Bertemu Mertua


Memang kekok untuk berjumpa dengan mertua atau bakal mertua. Rasa segan pun ada. Tak tahu macam mana nak menghadapinya. Apa nak buat, nak sembang apa dan sebagainya. Walau apa pun, sebelum kita lakukan apa-apa, kenali dulu mertua kita dengan sebaiknya. Kat bawah ni ada beberapa tip penting, jom baca.


Hobi
Tanyalah terlebih dahulu kepada pasangan mengenai hobi ibubapanya.
Setelah mengetahuinya , bacalah maklumat tentang hobi mereka. Jika
mereka gemar berkebun, anda boleh membawa benih tumbuhan kesukaan
mereka ataupun baca mengenai teknik-teknik terbaik untuk menanam
pokok di cuaca Khatulistiwa ini. Ini akan memudahkan anda untuk
berbual mengenai hobi mereka.

Tumpukan Perhatian
Apabila mereka bertanya, jawablah soalan dengan baik. Apabila mereka
menceritakan sesuatu, beri perhatian dan dengarlah dengan baik. Ini
kali pertama anda bertemu mereka, jadi kurangkan celoteh anda. Anda
akan berpeluang untuk berceloteh di lain-lain pertemuan.

Bawa Buah Tangan
Tujuan anda menemui mereka adalah untuk mengambil hati mereka bukan?
Maka tiada salahnya jika anda membelikan buah tangan seperti buah-
buahan atau kuih-muih. Ini akan mengambarkan bahawa anda bukanlah
seorang yang kedekut.

Kekasih Lama
Walau macamana hebat pun bekas kekasih anda, jangan sekali-kali anda
bercerita mengenai bekas kekasih di hadapan bakal mertua. Walaupun
bekas kekasih anda adalah anak saudara kepada bakal mertua. Elak
untuk menjawab secara spesifik.

Kesesuaian Pakaian
Pastikan anda berpakaian kemas dan rambut tersisir rapi. Bagi yang
lelaki, elakkan daripada memakai jeans koyak walaupun ianya fesyen
terkini. Bagi yang wanita, paling selamat, anda boleh memilih untuk
memakai baju kurung dan jangan kenakan mekap yang keterlaluan.

Ringan Tulang
Jika tuan rumah menjamu makanan, bagi wanita eloklah kiranya anda
melawat ke dapur samada untuk membantu menyiapkan hidangan ataupun
setelah selesai, anda boleh membantu mengemaskan meja. Walaupun tuan
rumah medesak supaya anda tidak membantu, sekurang-kurangnya
angkatlah pinggan anda ke dapur.


Panduan Lengkap Untuk Hamil


Berita baik untuk anda terutamanya kepada mereka yang mengalami masalah. Pada 1 Jun 2009 baru ni, 1 ebook bertajuk "Rahsia Mudah Hamil" telah dilancarkan, yang merangkumi pelbagai usaha dan ikhtiar yang boleh dilakukan oleh mereka yang sukar untuk mendapat zuriat.

Tahniah kepada penulis kerana berjaya menghasilkan ebook yang saya rasa amat baik sekali khasnya kepada pasangan yang inginkan zuriat. Ebook ini berjaya menggabungkan tip-tip penting, rawatan yang perlu, petua yang boleh dipraktikkan serta doa-doa yang mesti diamalkan untuk mendapatkan zuriat.

Klik di sini untuk maklumat lanjut ebook tersebut...


Ia bukan hanya sesuai untuk pasangan yang sudah lama berkahwin, tetapi juga kepada mereka yang baru berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Yang merancang untuk kahwin pun patut memilikinya. Siapa tahu, InsyaAllah hasil bacaan anda dari ebook ini anda berjaya mendapat cahaya mata yang telah lama anda tunggu.

Apa yang menarik ebook ini ialah ia menggabungkan 2 penulis pasangan suami isteri yang berkelulusan Ijazah dalam bidang Genetik dan Sains Pemakanan. Sudah tentu kandungannya amat baik dan jauh lebih baik dari ebook yang pernah saya baca sebelum ini. Lagi pun, ia ditulis dengan bahasa yang simple, praktikal dan mudah untuk difahami.

Klik di sini untuk maklumat lanjut ebook tersebut...

Jadi, apa tunggu lagi, jom dapatkan ebook ini! Kepada mereka yang ada masalah sukar dapat zuriat, inilah masanya untuk mencuba, mudah-mudahan berhasil InsyaAllah.

Terima kasih

Pengantin dan Najis Besar!


Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia.. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih.


Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi
akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang
menyebabkan aku malu besar?..

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye
mamat pengantin tu jawab " lima ". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil,
dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku
rasa jawapan tu ok la kut. Tok kadi tanya lagi contoh najis besar , mamat tu
mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam
nak tolong je mamat pengantin tu?bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi
je,..tapi mamat tu dah mula berpeluk jantan keluar kat dahi?.tok kadi mula
senyum?

Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi
rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas
itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling
majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai
orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik,
dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air
mata. Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin
tu keadaan senyap sunyi?.tapi bila pengantin tu jawap " Taik Gajah " suasana jadik
hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ? taik gajah? besar betul...nak2 bila gajah makan durian.


Sebutan Semula Kes Cerai Akhil Hayy - 15 Julai


IPOH 2 Jun - Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan 15 Julai ini tarikh sebutan semula permohonan cerai yang difailkan Maizawati Zainal, 33, terhadap pendakwah dan penyanyi terkenal, Akhil Hayy, 40.

Hakim Syarie, Mohd. Riduan Yusof membenarkan permohonan yang dikemukakan peguam Maizawati, Zulkifli Che Yong bagi membolehkan anak guamnya dan Akhil menyelesaikan beberapa proses tuntutan di luar mahkamah.



Sepanjang prosiding itu berjalan, pasangan yang berada di kamar mahkamah terbabit kelihatan langsung tidak bersua muka dan bertegur sapa.

Akhil yang tiba di kompleks mahkamah kira-kira pukul 10.35 pagi terus mengadakan perbincangan hampir sejam dengan Zulkifli dan seorang lagi peguam syarie Maizawati, Azmi Rais di sebuah bilik khas.

Akhil yang ditemui selepas prosiding itu berkata, kes terpaksa ditangguh kerana dokumen yang disediakan tidak lengkap.

''Dalam keadaan tuntutan tidak dibuat secara terperinci, ana rasa itu yang kita tangguhkan supaya tidak ada yang teraniaya," katanya.

Sebelum beredar meninggalkan kompleks mahkamah, Akhil kelihatan sempat memeluk anak bongsunya, Muhd. Shatiri Hidayatullah yang berusia dua tahun.

Turut hadir ialah empat lagi anak hasil perkongsian hidup kedua-duanya.

Sementara itu, Maizawati berharap kes perceraiannya dapat diselesaikan segera demi kebaikan semua pihak.

''Saya tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu kes yang telah difailkan. Namun saya berharap, 15 Julai ini akan menjawab segala apa yang semua fikirkan," ujarnya.

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr