Ketenangan Abadi

Sesungguhnya Isteri itu pakaian bagi suami dan suami itu pakaian bagi isteri

Pelamin Impian

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Bersama Berbahagia Hidup Bersama

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Mawar Merah Lambang Cinta Sejati

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Facebook Punca Perceraian?

Semalam saya sempat membaca Harian Metro yang ada artikel yang saya agak terkejut adalah ramainya pasangan dah berkahwin bercerai akibat Facebook. Mula-mula tak terfikir macam mana Facebook boleh menyebabkan mereka bergaduh lalu bercerai, bila habis baca artikel tu, memang logik dan masuk akal.




Rasa tak percaya pun ada bila baca metro yang mendedahkan tentang kesan negatif Facebook. Menurut laporan yang diperolehi melalui kajian tentang FB, ramai pasangan yang berpisah kerana pasangan yang curang, dan segala macam masalah yang berpunca dari laman sosial yang semakin menghantui pelbagai lapisan masyarakat terutamanya remaja dan golongan muda. Busy manapun seseorang itu, masih ada masa nak ber FB semata-mata tidak mahu ketinggalan zaman dengan teknologi ICT.

Tidak tergambar lagi ada pasangan yang rumahtangganya bagai retak menunggu belah tidak sampai sehari mendaftar dengan FB.

Sebenarnya kita terlalu banyak disogok dengan budaya macam ni hingga cerdik pandai pun ramai terpedaya. Ini boleh dikatakan sebagai fitnah alam siber.

Daripada bacaan saya, banyak kes perceraian berlaku gara-gara berpunca daripada pasangan yang merujuk semula kekasih lama yang ditemui dalam FB. Maka, bila dah jumpa kekasih lama, perasaan pun mula menghantui lalu mengabaikan tanggungjawab sebagai suamia atau isteri.

Mengapa boleh berlaku macam tu? Ini semua kerana kejahilan kita dalam memanfaatkan teknologi ICT yang ada. Kini bukan lagi kita yang menguasai teknologi, tetapi teknologi telah menguasai kita.

Justeru, berhati-hati dan gunakan kebijaksaan anda ketika menggunakan FB. Jangan sampai ia menjadi punca kepada kegagalan kita.

Terima kasih

Soalan Mimie Nurul Mengenai Kahwin Sepupu

Terima kasih kepada Mimie Nurul yang bertanyakan soalan ini. Macam mana kalau berkahwin dengan sepupu? Apa pro & kons nyer... Bagaimana pula dari sudut syariah... Ada yang kata anak kemungkinan jadi cacat atau down-sindrom.
Mungkin ada antara kita yang telah berkahwin sepupu. Jadi bagaimana butiran lanjut mengenai perkahwinan seperti ini. Jom kita baca...


Berkahwin dengan kaum keluarga terdekat yang bukan mahram seperti sepupu dan seumpamanya adalah antara perkara yang dibenarkan oleh Allah swt sebagaimana firman Allah setelah menerangkan wanita-wanita yang diharamkan berkahwin dalam ayat 24 surah al-Nisa’ yang bermaksud: “Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu…” Juga firmanNya dalam surah al-Ahzab ayat 50 yang bermaksud: “…dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu…”

Tiada perselisihan tentang hukum boleh berkahwin dengan mereka, cuma para ulama berselisih pandangan tentang hukum boleh tersebut. Ada yang mengatakan boleh tetapi makruh seperti pandangan mazhab Syafie dan Hanbali. Ada yang mengatakan harus (boleh), seperti pandangan mazhab Maliki dan ada yang mengatakan sunat seperti pandangan mazhab Zahiri.

Pendapat kedua (yang mengatakan hukum berkahwin dengan mereka boleh atau harus) lebih rajih (kuat) berdasarkan dalil-dalil berikut:

1. Firman Allah swt dalam surah al-Nisa’ ayat 3 yang bermaksud: “…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari kalangan perempuan…”

2. Rasulullah saw sendiri berkahwin dengan sepupu baginda yang bernama Zainab, bahkan baginda sendiri mengahwinkan anak perempuan baginda Umm Kulthum dan Ruqayyah dengan ‘Utbah dan ‘Utaybah yang kedua-duanya adalah sepupu kepada anak-anak perempuan baginda, serta baginda juga mengahwinkan Fatimah dengan Ali (Ali adalah sepupu baginda).

Oleh itu tidak berbangkit masalah wali dan waris jika berlaku perkahwinan di antara sepupu, kerana perkahwinan itu sendiri adalah dibenarkan oleh Allah swt bahkan dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW.

Mungkin ada yang mengatakan perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu akan menyebabkan berlaku kecacatan pada anak yang bakal dilahirkan. Namun dakwaan ini tidaklah boleh diterima secara mutlak, kerana banyak kajian-kajian perubatan yang dijalankan mutakhir ini menunjukkan risiko untuk mendapat anak yang cacat atau mempunyai penyakit warisan hanya pada nisbah 7-8 peratus sahaja bagi suami dan isteri yang terdiri daripada keluarga terdekat, manakala risiko yang sama hanya pada kadar 5 peratus sahaja jika suami dan isteri bukan terdiri daripada keluarga terdekat. Kajian-kajian tersebut membuat kesimpulan bahawa tidaklah boleh untuk menghalang daripada berlakunya perkahwinan di kalangan keluarga terdekat, sebaliknya mereka hendaklah dinasihatkan menjalankan pemeriksaan perubatan terlebih dahulu sebelum melangsungkan perkahwinan bagi mengenal pasti penyakit yang mungkin diperolehi oleh anak yang bakal dilahirkan. Tambahan pula, perkahwinan di antara keluarga terdekat juga turut mempunyai sudut-sudut yang positif, seperti mengekalkan sifat-sifat istimewa tertentu yang terdapat dalam sesebuah keluarga seperti pintar, kuat, cantik dan sebagainya. Pada ketika itu, perkahwinan dengan keluarga terdekat adalah lebih baik daripada perkahwinan dengan orang yang jauh kerana sesuatu keluarga itu akan terus mengekalkan sifat-sifat baik tersebut.

Kesimpulannya, perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu adalah halal dan dibolehkan secara mutlak, dan tidak ada kemudaratan yang berterusan padanya. Tidak mungkin Allah membolehkan sesuatu secara berterusan dan mutlak, kemudian perkara itu mempunyai kemudaratan umum terhadap manusia.

Rujukan : Sekretariat Majlis Ulama ISMA

Perlu ke Buat Pinjaman untuk Kahwin?

Pejam celik pejam celik, dunia semakin berubah. Sekarang semua benda dahn berubah. Nak kahwin pun dah berubah, dulu gotong-royong, kini pakai catering, dulu hanya bunga telur, sekarang macam-macam ada, kuih, dodol, coklat, cendol pulut pun ada.

Bila dah macam-macam ada, maka kosnya juga bertambah. Bila kos bertambah, mula la duit pun tak cukup. Jadi nak pinjam ke tak?


Dari segi kos memang meningkat, dulu hantaran RM4-6 ribu (lebih kurang), sekarang RM7-10 ribu, tu kira murah dah la tu...Nak buat kenduri pihak lelaki lagi, paling tidak pun pihak lelaki kena ada 15 ribu nak kahwin. Tu tak masuk nak pergi honeymoooooooon lagi...

Persoalannya, perlukan kita buat pinjaman untuk kahwin?? Sebab nak kumpul duit simpanan cukup RM15 ribu tu lambat, bila nak kahwin nyer...Jadi anda rasa patut ke buat pinjaman untuk kahwin.

Pendapat saya macam ni, katakan kos kahwin tu RM15 ribu, tak kan la nak pinjam RM15 ribu, tak kan tak der simpanan sesen kot. Cukup rasanya pinjam RM10 ribu dan di topup simpanan RM5 ribu. Pinjam 10k baru berapa bayaran sebulan yer tak...

Yang penting, kalau nak buat pinjaman anda perlu:-

1) Pastikan jumlah pinjaman itu tidak terlalu besar, nanti nak bayar balik semput. Pinjam sekadar nak topup sahaja, bukan pinjaman keseluruhan. Makner nyer perlu ada simpanan jugak.
2) Pastikan anda tidak menggunakan kad kredit untuk belanja perkahwinan, kerana ia amat membebankan selepas anda kahwin nanti.

Sekarang banyak kemudahan pinjaman peribadi, terutamanya sapa yang kerja kerajaan. Jadi rasanyer tak salah untuk kita meminjam untuk perbelanjaan perkahwinan nanti asalkan kita pandai tidak melebihi amaun yang kita mampu bayar.

Apa pulak pendapat anda, pinjam ke tak?

TQ

Suami boleh didakwan jika paksa isteri...

Sekarang ni macam-macam insiden berlaku kepada rumahtangga, suami dera isteri, isteri dera suami, bahkan saya terbaca dalam kosmo tengah hari tadi, suami boleh di dakwa jika paksa isteri melakukan hubungan intim. Wow...
Mungkin zaman ini banyak perkara negatif berlaku sehinggan pihak berkuasa terpaksa ambil tindakan kepada para suami yang rakus...


Sang suami boleh didakwa di bawah Seksyen 376 kanun Keseksaan, jika memaksa isteri melakukan hubungan kerana ia dianggap seperti merogol isteri. Rasionalnya, tiada keadilan kepada pihak isteri jika ia tidak rela untuk melakukan hubungan intim.

Nah, sang suami, hati-hatilah dengan semua ini, jangan main ikut suka ja, mintak dulu keizinan isteri sebelum melakukan adengan itu. Baru adil dan saksama.

Memang ISLAM itu indah, memelihara kepentingan semua kaum secara adil dan saksama.

Apa pendapat anda plak mengenai isu ini... Luahkan...

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr