Ketenangan Abadi

Sesungguhnya Isteri itu pakaian bagi suami dan suami itu pakaian bagi isteri

Pelamin Impian

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Bersama Berbahagia Hidup Bersama

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Mawar Merah Lambang Cinta Sejati

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Jangan Biadap kata ND Lala...

Jika betul-betul kita cinta kepada seorang perempuan, adakah kita perlu diclare akan melamarnya dan perempuan itu bakal menjadi isterinya walaupun mendapat halangan daripada orang tua. Mungkin ada sebab tersendiri mengapa hubungan itu tidak direstui oleh keluarga. Itu lah yang berlaku kepada Sharnaaz dan ND Lala terhadap terhadap wanita yang dicintainya iaitu Shila. Jika hubungan itu tidak direstui oleh keluarga mengapa perlu diteruskan juga, seolah-olah mencabar pihak orang tua. Hubungan ini juga mungkin akan berakhir dengan perkara yang tidak baik (kahwin lari dll.)



Antara nasihat ND Lala kepada sharnaaz ialah:

Saya dan ibu Shilla masih hidup, masih bernyawa. Sekurang-kurangnya hormatilah kami sebagai orang tua. Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya. Dia (Shaarnaz) mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu.

Situasi sebegini amat tidak baik kepada hubungan 2 insan bercinta kerana kemana hala tuju hubungan tersebut jika tidak dapat restu. Nak kahwin, perlu kepada restu ibu bapa. Bapa merupakan wali mujbir kepada anak perempuannya.

Kesimpulan, jagalah hubungan diri dengan pasangan dan keluarga pasangan supaya hubungan anda dengan kekasih anda direstui dan kemuncaknya perkahwinan yang harmoni.

Jurucakap Bertunang Masih Muda

Bulan 6 2013 menjadi pengalaman pertama saya untuk menjadi jurucakap pada majlis bertunang adik ipar, memandangkan bapa dia melepaskan tanggungjawab ini kepada saya. Hampir 5 bulan lagi majlis tu tapi dari sekarang dah rasa risau, agak nyer apa la yang nak dicakapkan pada majlis tu. Maklumlah, yang tukang cakap ni pun masih muda, belum sampai umur 40 lagi. Risau jugak kalau sebelah pihak pengantin perempuan tu jurucakapnya semua orang senior/jauh lebih tua dari saya. Adoiii....macam mana nak cakap ni. Bukan benda main-main ni, benda serius ni...

Apa agaknya yang selalu dibincangkan dalam majlis pertunangan ni haaa.....Rasanya antara yang penting yang selalu dibincangkan:

1) Tujuan datang bertandang ke rumah pihak perempuan (walau dah tahu tapi kena cakap juga)
2) Wang hantaran berapa ribu?
3) Tempoh pertunangan berapa lama?
4) Wang Mas kahwin berapa RM
5)  Tarikh anggaran kenduri kahwin jika pertunangan itu sekejab.
6) Mohon persetujuan dari kedua-belah pihak
7) Lagi apa ??

Kalau sebelah pengantin perempuan itu letak harga hantaran RM10000, perlu ke pihak pengantin lelaki ni mintak kurang? kena tawar-menawar pulak kat situ, macam mana nak cakap tu, segan pun ada. Harap bakal pengantin lelaki & perempuan dah bincang perkara-perkara penting seperti di atas tu dengan keluarga masing-masing, senang sikit upacara majlis tu nanti.

Yang risaunya, nanti pihak perempuan kata, apa orang muda bercakap ni, tak der wakil orang tua sikit ker...
Tu macam mana nak jawab tu....

Dimana seronoknya kahwin ni??

Selalu orang tanya, datang musim cuti sekolah ja, ramai orang buat kenduri kahwin, memang musim orang kahwin. Seronok ker kahwin ni, kalau seronok, kat mana seronoknya? Cuba jawab....jawab... Kalau seronok, ngapa ada orang yang kahwin lewat, kekadang umur dah dekat 40 tapi tak kahwin-kahwin lagi. Betulka kahwin ni seronok. Rasa anda, kalau diajukan soalan macam ni, sapa yang patut jawab, dan kalau ditanya pada anda, agak-agak apa anda nak jawab.

Soalan ni sepatutnya dijawab oleh orang yang dah kahwin, sebab orang yang dah kahwin saja yang tau seronok atau tidak. Kalau tanya orang bujang, depa mana ada pengalaman lagi. Jadi apa jawapan kepada soalan ni. Antara seronoknya kahwin ialah:-

  1. Ia memenuhi tuntutan fitrah manusia. Yang ni tentu semua orang faham kot. Apa fitrah manusia? Fitrahnya yang lelaki nak kepada perempuan dan yang perempuan tertarik kepada yang lelaki. Sesuai sekali dengan maksud nikah iaitu menghalalkan apa yang haram sebelum ini. (Kalau yang ni tak seronok tak tau la...)
  2. Kehidupan menjadi lengkap dan sempurna. Lelaki dan perempuan itu saling lengkap melengkapi dalam hidup berumahtangga. Yang lelaki pegi kerja cari duit, perempuan jaga rumah, harta dan anak suami. (Kalau tak der isteri sapa nak jaga anak2 kita...)
  3. Kalau suami isteri kerja, apa yang best. Pendapatan keluarga double. Kalau keje sorang gaji sorang jer ler.... Kan best tu gaji double...
  4. Keluarga bertambah,. Dulu ada sorang jer mak, sekarang lepas kahwin ada 2 orang mak (mak sendiri & mak mertua) begitu juga dengan ayah.
  5. Dapat zuriat. Yang ni memang best sebab daripada sini baru kita tahu bahawa diri kita ini tidak mandul. Kalau kita tak kahwin sudah tentu kita tak tau, betultak.
  6. Yang best lagi kalau kita dapat zuriat yang baik, yang boleh jaga kita masa hari tua dan doa akan kesejahteraan kita.
Banyak lagi yang best, cuma ke bestsan  itu aday ang datang awal dan ada yang datang lewat. Jadi pasangan kena tunggu dan pandai mengatur supaya kegembiraaan perkahwinan itu sentiasa ada. Cuma mungkin bagi mereka yang kata kahwin tu tak seronok sebab mereka tak nampak kebaikan nikah selain hubungan intim sahaja, yang boleh dicari dirumah tumpangan mana-mana. Fikir-fikirkan....



Boleh ker buat kenduri kahwin serentak?

Kenduri majlis walimatul urus boleh dibuat secara sederhana ayau pun besar-besaran bergantung kepada bajet pengantin. Semua ni terpulang ler kepada bakal pengantin itu sendiri dan keluarga. Tetapi majlis ini mesti diadakan bagi tujuan mengsebarkan bahawa sipulan bin sipulan telah berkahwin dan mengelakkan fitnah manusia. (sat lagi orang tak tahu plak jirannya dah kahwin kalau tak buat kenduri kan). Bagaimana nak buat majlis kenduri ni, ada yang buat berasingan, hari sabtu kenduri belah pengantin perempuan, hari Ahad kenduri belah pengantin lelaki (biasanya begitu). Tetapi katakan rumah pengantin itu dekat sahaja dengan rumah pengantin perempuan, satu taman, berjiran contohnya, boleh tak disatukan kenduri itu?

Persoalan ini banyak pro & kontra nya, ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh, antaranya:


Jika buat kenduri sekali
  1. Menjimatkan belanja sebab 1 kenduri dikongsi 2 famili sebelah pengantin lelaki & perempuan
  2. Tetamu yang datang agak kompius nak jumpa tuan rumah (mungkin di hanya kenal bapa pengantin sebelah lelaki sahaja)
  3. Yang penting, maruah pengantin lelaki kemungkinan tercemar sedikit kerana mungkin orang akan kata si lelaki tu tak cukup duit sebab tu buat kenduri sekali.
  4. Katakan emak pengantin perempuan dah tak der dan ayah pengantin lelaki juga telah meninggal dunia, jadi jika buat kenduri sekali, agak janggal emak pengantin perempuan dan ayah pengantin lelaki nak salam dan sambut tetamu.
  5. Agak kekok saudara-mara dan rakan tau lan nak hadir kalau ia dibuat dirumah pengantin perempuan.
 

Jika buat kenduri berasingan
  1. Belanja lebih sikit sebab 2 kenduri berasingan.
  2. Tetamu yang datang tak kompius nak jumpa tuan kenduri 
  3. Tidak timbul isu maruah pengantin lelaki sebab kenduri berasingan.
  4. Tiada masalah dari segi menyambut tetamu.
  5. Mudah saudara-mara dan rakan taulan untuk hadir.
 Kesimpulannya, pilihan tetap kepada anda, anda lah yang menentukan. Tapi bagi pendapat penulis, lebih baik buat kenduri berasingan kerana maruah itu lebih berharga dari wang ringgit.

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr