Ketenangan Abadi

Sesungguhnya Isteri itu pakaian bagi suami dan suami itu pakaian bagi isteri

Pelamin Impian

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Bersama Berbahagia Hidup Bersama

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Mawar Merah Lambang Cinta Sejati

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Mengapa Aidil Cerai - Rita Rudaini

Artis Rita Rudaini, mahu suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohammad Aidil Zafuan Abd. Radzak memberi alasan kukuh sebab-sebab mahu berpisah sebelum mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban. Menurut laporan mStar Online hari ini, Peguam Rita Rudaini iaitu Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain, memberitahu aktres itu tidak bersetuju dengan permohonan cerai Aidil memandangkan mereka tidak pernah berbincang secara bersemuka sejak Aidil keluar dari rumah setahun lalu.
Seperti kes sebelum ini, Rita ingin menuntut alasan kukuh kenapa Aidil mahu menceraikannya dan dia tidak bersetuju dengan permohonan itu selagi mereka tidak bersemuka untuk berbincang. Selain itu, Rita ingin berbincang tentang banyak perkara termasuk berkenaan dengan hal anak sebelum bersetuju dengan keputusan itu (bercerai).
Aidil telah memfailkan penceraian terhadap Rita, 37, buat kali kedua selepas menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya itu pada Mei tahun lalu di mahkamah sama. Tambah Zaidi lagi, Rita berbuat demikian kerana enggan Aidil lepas tangan daripada tanggungjawabnya sebagai bapa kepada dua anak lelaki mereka iaitu Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.
Terdahulu, Aidil telah membuat permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban dan permohonan hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban. Bagaimanapun, mahkamah menunda kes pasangan itu dan menetapkan tarikh baru iaitu 8 Mac 2013 bagi membolehkan kedua-dua pihak melantik Jawatankuasa Khas Pendamai di Pejabat Agama Islam, Daerah Seremban.
Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan perkahwinan itu tidak mendapat restu keluarga.

TIPS : Jika anda berkenan sangat dengan seorang perempuan, pastikan anda berkahwin dengan menggunakan saluran yang betul di samping mendapat restu keluarga dari kedua belah pihak.

Halangan Keberkatan di Kenduri Kahwin...

Semalam sempat mendengar ceramah Ust. Kazim di Astro dalam rancangan "Kalau Dah Jodoh". Banyak tips menarik yang boleh kita pelajari dalam kuliah tersebut dan sesuai didengar oleh orang yang bakal berkahwin dan juga yang dah lama berkahwin. Ada beberapa mutiara yang sempat saya simpan dan ingin berkongsikan dengan anda mengenai perkara-perkara yang menghalang KEBERKATAN semaa mengadakan majlis walimatulurus, antaranya:

1. Tiada hiburan yg melalaikan
Seringkali kita hadir ke majlis kenduri kahwin dan kita dihidangkan bukan sahaja dengan makanan yang lazat tetapi jugak dengan hiburan-hiburan yang tidak sepatutnya ada dalam satu majlis yg mulia itu, contohnya karaoke, tarian/joget dan lain2.

2. Tutup aurat
Sepatutnya tuan kenduri, pengantin dan juga tetamu yang hadir itu menutup aurat masing-masing. Kita dah hadir banyak kenduri kahwin, jadi kita tahu bagaimana keadaan masyarakat kita kan...


3. Tiada Bersanding
Upacara bersanding ini tiada dalam budaya Islam, ia datangnya daripada unsur yang lain. Hukum mempertontonkan isteri kita dikhalayak ramai adalah berdosa apatah lagi jika tidak menutup aurat. Kalau nak dilakukan juga, bersandinglah diwaktu malam yang hanya dihadiri oleh sanak saudara untuk ambil gambar sebagai kenangan sahaja.

4. Makanan sumber yg halal
Makanan yang dijamu kepada tetamu yang datang mestilah dari sumber yang halal.

5. Bersalaman Dengan Bukan Mahram
Biasanya bersalam ini dilakukan selepas kita menetung tawar. Kalau saudara kita tak per, tapi kalau orang lain yang tiada pertalian dengan kita (pengantin) dan tentu haram untuk bersalam.

Itulah antara yang sempat dikongsikan. Mungkin kita rasa KEBERKATAN itu tidak penting dalam majlis walimatulurus ini, tetapi apabila majlis kahwin itu diberkati, pengantin itu Insyaallah dapat hidup dengan bahagia hingga ke akhir hayat dan mendapat zuriat yang baik.Begitu juga sebaliknya.

Moga kita mendapat keberkatan dalam apa jua yang dilakukan...

Tinggal dengan Mertua, Nak Tak??

Mertua adalah sumber penting untuk kita dapatkan berhubung soal rumahtangga, kerana mereka lebih dulu hidup berumahtangga. Banyak pengalaman mereka yang boleh dikongsi sebagai panduan kepada anak menantu.
Kini bilangan wanita yang telah berumahtangga dan bekerja terus meningkat. Isteri yang bekerja juga ada masalah untuk dapatkan pembantu rumah untukjaga anak-anak. Jadi, biasanya mertualah yang membantu menjaga anak-anak.
Banyak kajian telah membuktikan bahawa hubungan baik dengan mertua boleh menyumbang ke arah mencapai kebahagiaan rumahtangga. Persoalannya bagaimanakah caranya untuk mewujudkan hubungan yang baik dan mesra dengan mertua kita?

Cara Mewujudkan Hungan Baik Dengan Mertua

Terdapat berbagai cara untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan mertua, ntaranya:

1. Setiap pasangan tak boleh ada buruk sangka terhadap mertua.
2. Menantu harus menganggap dan melayani mertua seperti ibu bapa mereka sendiri.
3. Menantu perlulah menunjukkan sikap bertolak ansur dengan mertua.

Dengan cara ini segala masalah antara menantu dan mertua akan dapat diatasi dengan baik.

Berikut dikongsikan sedikit kelebihan dan kekurangan tinggal bersama mertua.

Kekurangan Tinggal bersama mertua
  1. Pergerakan terbatas. Tidak bebas untuk bergerak kemana-mana.
  2. Banyak pantang larang, biasa ler orang tua-tua. Jadi terpaksa ikut kadangkala rasa rimas.
  3. Kena tegur atau membebel…. Pekara biasa, kena sabar...
  4. Tak boleh keluar sampai malam, kalau balik lewat tidak menghormati mertua tu.
  5. Tak ada privacy dengan suami.
  6. Kalau dah ada anak, takut anak kita nakal dan rosakkan barang mertua, parah tu...
  
Kebaikan Tinggal bersama mertu
  1. Berbakti pada orang tua. Mertua sama je dengan ibu bapa kita.
  2. Sewa rumah tak perlu nak bayar. Tapi bil utiliti dan belanja dapur keluarkan lah duit sikit walaupun tidak diminta.
  3. Kena membebel…. Nasihat tu sebenarnya, anggap saja satu nasihat. Fikir positif je.
  4. Perabut rumah dan kelengkapan rumah tak perlu lah nak fikir.
  5. Berpeluang jadi menantu kesayangan. Best, kekadang dilayan bagai anak raja
  6. Boleh belajar banyak pekara. Orang tua yang makan garam dulu dari kita, pasti banyak ilmu yang akan di kongsikan.
  7. Kekadang tak payah susah nak masak. Sebab biasanya orang tua suka masak dan tak suka sangat nak makan kedai.
 mungkin ada lagi yang anda nak kongsikan di sini...

 
Semoga memberi manfaat pada semua...

Katakan TIDAK pada Valentine Day...

Semasa saya menulis entry ni bertarikh 14 Feb 2013. Mungkin ada yang perasan dan ada yang tak perasan apakah tarikh itu. Tahun lepas saya juga ada menulis sedikit mengenai tajuk yang sama dengan lebih detail. Dan pada tahun ni sekali lagi ingin memperingati kita semua supaya meninggalkan sambutan Valentine Day ini. Kenapa? kerana ia menyalahi hukum Islam kerana ia tidak diajar oleh nabi kita Muhammad S.A.W. Tarikh 14 Feb merupakah tarikh dimana kristian telah berjaya menawan kota Cordoba dari pemerintahan Islam. Jadi mengapa ia perlu disambut oleh umat Islam.

Paderi St. Valentino merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordovo, Sepanyol pada zaman lampau. Rasulullah lahir pada 12 Rabiul Awal manakala tarikh kejayaan St. Valentino dan konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari. Tetapi apa yang peliknya terutama dikalangan umat Islam sendiri, tarikh 14 Februari lebih senang diingati berbandung 12 Rabiul Awal itu sendiri. Setiap tahun 14 Februari diingati sebagai Hari Kekasih yang dikalangan umat Islam amat rugi jika dilupakan. Hari ini ia sekali disambut lagi dengan pelbagai cara yang dianggap oleh pasangan kekasih paling istimewa.

Nak baca lebih lanjut mengenai valentine day ni, klik link di bawah:

http://sarungcincin.blogspot.com/2011/02/apa-sebenarnya-valentine-day.html

Moga kita tidak lagi jahil dan tidak lagi menyambut hari yang tidak pernah disuruh oleh Islam untuk menyambutnya. Wallah hu A'alam....

Shila Amzah Mohon Maaf

Shila Amzah mohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan kepada semua secara terbuka, berikutan kenyataan Sharnaaz yang dianggap biadap oleh ayahnya ND Lala. Berikut antara isi kandungan emailnya.

Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih dan maha penyayang, Shila rasa cukup bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada Shila. Tujuan Shila menulis surat ini, sebab Shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama Shila berdiam diri.
Pertama sekali, Shila memahami situasi ibubapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila. Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.

Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan shila dengan baik selama hari ini.Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya. Dia tidak sepenuhnya bersalah. Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua “damage” yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan familinya.

Shila, sebagai seorang anak kepada ibubapa Shila, sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya. Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkan lah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk shila maka jauhkan lah.
Jodoh, pertemuan, Ajal dan maut di tangan Allah SWT.Shila berdoa agar semua berdamai.Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku. Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati .Demi Allah Shila sangat sayangkan anda semua.

Semoga selesai semuanya dan tiada lagi persengketaan antara mereka. Doakan kebaikan untuk mereka.

Poligami aka Bermadu : Ust Azhar Idrus

Ada beberapa perkara berkaitan poligami atau bermadu yang selalu kita tersalah anggap oleh masyarakat dan ia perlu diperbetulkan.
Klik Read more untuk lihat video ini dan fahaminya denga baik. 

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr