Ketenangan Abadi

Sesungguhnya Isteri itu pakaian bagi suami dan suami itu pakaian bagi isteri

Pelamin Impian

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Bersama Berbahagia Hidup Bersama

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Mawar Merah Lambang Cinta Sejati

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Pertengkaran Memanjangkan Usia Perkahwinan??

Betul ka pertengkaran itu boleh memanjangkan usia perkahwinan anda. Kalau tak bertengkar usia perkahwinan jadi pendek ker?? Begitulah satu kajian yang dilakukan di India yang menyatakan suami isteri digalakkan bergaduh seminggu sekali bagi memastikan usia perkahwinan mereka berpanjangan. Pasangan yang bertengkar itu masih berkomunikasi walaupun seminggu sekali secara terbuka dan tidak mendiamkan diri ketika marah. Masyarakat kita pun percaya bahawa, kalau orang tu pendiam dan dia marah dan dia tidak suarakan kemarahan dia, lama-lama boleh meletup besar. Ada relevan juga fakta ini dengan kepercayaan masyarakat kita.

Satu perkara kita kena tahu bahawa, kalau kita tidak marah dan bahagia, tiada sebab untuk kita pendam perasaan marah lalu mencetuskan boooommmm. So dalam erti kata lain, jangan ler cari punca kepada tercetusnya rasa marah bagi si suami dan isteri. Perselisihan sikit-sikit tu biasa lahhhh....Sedangkan lidah lagi tergigit.
Satu persoalan yang kita kena fikir, sejauh mana kita percaya kepada kajian yang tercatat dalam akhbar itu, kita sebagai orang yang beragama islam tidak perlu terus ikut kajian tu, kita kena lihat pula ajana dan contoh yang dibawa oleh nabi kita. Adakah baginda menggalakkan suami isteri itu bergaduh?? Cuba fikirkan... Malah baginda sendiri pun tidak pernah lakukan demikian. Islam telah memberi cara bagaimana untuk memanjangkan jodoh perkahwinan umatnya, maka ikutlah cara itu, bukan kita ikut cara seperti kajian dalam keratan akhbar tu...

Maka, jangan mudah sangat ikut benda-benda macam ni, perlu fikir dengan rasianal. Pendapat anda macam mana plak...

Meminang, Adat atau Ajaran Islam?

Meminang
Sebelum orang berkahwin, biasanya proses pertunangan dibuat terlebih dulu. Adakah proses bertunang ini sekadar adat melayu kita atau ia sebahagian dari ajaran Islam. Kalau ikut sejaran, meminag ni telah dilakukan oleh orang arab sebelum kedatangan islam. Ia juga diamalkan oleh nabi kita dan juga para sahabat baginda. Bila seorang lelaki jatuh hati dengan seorang perempuan dan timbul dihati ingin berkahwin dengan perempuan itu, maka sudah tiba masanya proses meminang memainkan peranan. Meminang bermaksud:

Seorang lelaki menyatakan hasratnya untuk berkahwin kepada perempuan yang ingin dikahwininya.

Walaupun begitu, proses pinang-meminang ini ada kaitan dengan hukum sama ada boleh pinang ke tidak mengikut keadaan perempuan tersebut. Contohnya kalau perempuan yang nak dipinang itu adalah isteri orang, maka tak boleh ler.....

Nak meminang ni ada cara yang digunakan sama ada secara Terang atau memberi Bayangan (kiasan). Cara terang ni mudah jer...iaitu lafaz yg. mempunyai satu tafsiran saja, contoh, "aku nak kahwini kamu". Bagi yang lafaz bayangan atau kiasan, lafaz yang mempunyai banyak tafsiran sama ada untuk berkahwin atau sebaliknya, seperti, "awak ni cun ler" , "ramai orang sukakan awak" dll.

Bila dah zahirkan hasrat untuk meminag, maka barulah pihak keluarga perlu berbincang lebih lanjut seterusnya diadakan upacara majlis meminang secara lebih formal.

Hukum Meminang

1. Halal (Sama ada Terang atau Kiasan)
Halal meminang perempuan berikut
a) Bukan isteri orang
b) Tidak dlm iddah
c) Bukan perempuan yg. haram dikahwini

2. Halal meminang secara kiasan
a) Perempuan dalam iddah

3. Haram (secara Terang atau Kiasan)
a) Perempuan yg. masih ada suami
b) Perempuan yg haram dikahwini
c) Perempuan yg. masih dalam talak raj'ie, kerana dia masih bergelar isteri dan suaminya masih boleh rujuk.

Macam tu lah ceritanya bab meminang ni, cuma si bakal pengantin lelaki ni biasanya tak pergi ler ke rumah perempuan masa majlis meminang, kalau pergi jugak tu maknernya tak tahu malu ler...tapi sekarang ni banyak dah yang ikut sekali, terpulang lah...

Kriteria Calon Pasangan Mengikut Islam...

kriteria pasangan
Berkenalan sudah, berkawan sudah dan bercinta pun sudah, hanya tunggu detik bahagia sahaja nak dilangsungkan. Barangkali macam tu lah apa yang selalunya berlaku kepada pasangan muda-mudi. Pernah tak fikir sejenak, kriteria pasangan kita tu macam mana? Adakah kriteria itu menepati apa yang kita nak atau menepati apa yang Islam tetapkan? Mungkin kekadang lupa nak fikir macam tu kan...

Tak apa, masih belum terlambat untuk memikirkan kriteria tersebut. Di sini penulis nak kongsikan sedikit kriteria-kriteria pasangan mengikut apa yang agama kita telah tentukan, barangkali ada kriteria yang menepati pasangan kita...mudah-mudahan...

Antara kriterianya adalah:
1. Pegangan agama & akhlak yg. baik
Kalau kita lihat pasangan yang tidak punyai pegangan agama yg. baik ni la selalunya menyumbang kepada statistik perceraian yang tinggi dan ia semakin hari semakin serius. Cek...cek...dan cek kita dan pasangan kita, macam mana pegangan agama kita dan pasangan kita....

2. Keturunan yang baik
Biasanya teruna atau dara akan tengok luaran sahaja, cantik, kacak bergaya tanpa melihat sangat latar belakang serta keturunan pasangan. Nak hidup bahagia ni kena cari pasangan yang serasi yang dari keturunan yang baik-baik. Kena ambil tahu keluarga, pendidikan, pekerjaan pasangan sebelum ambil kapa-apa keputusan.

3. Sekufuk
Kedudukan bakal suami & isteri dari beberapa sudut:
a) Pendidikan agamanya. Contoh lelaki fasik tidak sekufuk dengan perempuan solehah.
b) Setaraf dari segi akhlak, kerjaya, kedudukan dll.
c) Tiada kecacatan

Nak tau lebij detail mengenai sekufuk, klik di sini

4. Cantik dan masih perawan
Islam menggalakkan pasangan mencari pasangan yang masih anak dara atau pun bujang. Ini tidak bermakna Islam melarang berkahwin dengan janda, pandai-pandai lah memilih. Mungkin bagi si A tidak cantik tetapi ia cantik bagi si B. Masing-masing dengan citarasa masing-masing.

5. Mempunya akal yang sempurna
Pasangan hendaklah sihat dan tidak mempunyai gangguan mental atau mempunyai penyakit tidak siuman dll.

Dengan sedikit panduan di atas dapat memberi manfaat kepada anda yang sedang di alam percintaan.

Sebelum, Semasa dan Selepas Akad Nikah...

Upacara akada nikah memang mendebarkan kan kepada pengantin perempuan, lebih-lebih lagi ler pada pengantin lelaki. Kalau tak bersedia dari awal, nanti kena akad berkali-kali, malu kat orang.

Tak pa saya gambarkan sikit pada anda yang masih belum kahwin tu macam mana suasana hari akad nikah dan sebagai pengantin lelaki apa yang anda harus lakukan. Kena tau benda ni, sebab sesetengah orang dia hanya fokus kepada kenduri kahwin jer, lupa fasal upacara akad nikah ni.

Sebelum Akad Nikah

1. Datang awal ke tempat akah nikah (kalau akad di masjid ler) bersama ahli keluarga dan pengapit, supaya kita lebih bersedia. Kalau rasa nurvous, bersembang ler dengan pengapit anda..

2. Pastikah bawa kad pengenalan & mas kahwin - saja tok kadi nak cek. Dia nak tengok dan KP salinan dah ada. Kalau dia minta dan anda tak bawa alamat nurvous lagi kuat ler...

3.  Ambil wuduk
 
4. Saguhati kepada tok kadi dan saksi, jangan lupa. Sekarang mana ada buat kerja free...Survey berapa harga nak bagi.
5. Senyum dan relax, tarik nafas panjang2 dan hembussss...

 Semasa Akad Nikah

1. Tok kadhi memulakan majlis akad dengan membaca khutbah nikah -  dengar betul2 dan fahamkan...



2. Selesai khutbah, upacara Akad Nikah dimulakan. (saat paling mendebarkan...)

3. Bacaan taklik - Isteri kena dengar betul-betul lafaz taklik ni. Suami kena baca lafaz tu, kalau tulisan nya rumi ok la tapi kalau jawi nasib la...kena tau baca jawi ler....

4. Jangan lupa saguhati pada tok kadhi dan 2 orang saksi.

Selepas Akad Nikah

1. Solat sunat lepas nikah. solat dulu, kalau upacara batal air sembahyang dulu, nanti kena ambil wuduk lain plak nak solat.
2. Penyerahan Mas Kahwin
3. Upacara batal air sembahyang. - terpulang, kekadang guna cincin, gelang, rantai, ikut kemampuan.
4. Bersalaman & isteri mencium tangan suami.
5. Cium dahi isteri - saat paling ditunggu-tunggu... cium kat dahi, bukan kat pipi atau mulut. Sikit jer, jangan lebih-lebih tau... 

Macam mana nak cium ni? Sebelah tangan anda pegang bahu isteri dan sebelah lagi pegang dagu isteri, angkatkan sikit muka isteri supaya mendongak tepat ke mata anda dan anda tunduk perlahan-lahan agar dapat mengucup tepat pada dahinya. Berikan kucupan dengan penuh ikhlas.

6. Bersalaman dengan ahli keluarga

Semoga panduan di atas memberi manfaat kepada bakal raja sehari. Nak tau lebih detail bagaimana upacara akad nikah, klik di sini...

Kenduri kahwin + Aqiqah, Macam mana?

Ada antara kita yang merancang nak buat kenduri kahwin dan ada pulak bapa sedara yang nak sponser lembu atau kerbau untuk kenduri tu dan diniatkan untuk buat akikah sekali. Jadi macam mana nak buat tu yer??

Pertama sekali, kenduri tersebut adakah dibuat secara katering atau masak gotong royong? Kalau masak gotong-royong rasanya tak der masalah, tapi kalau buat katering kena cari la katering yang terima daging yang kita cari sendiri dan diniatkan untuk aqiqah. Kebanyakkan katering sekarang banyak yang terima kaedah ini, kalau tidak rugi la...

Bincang dengan katering berapa harga kalau daging kita yang sediakan, sebab mereka cuma masak sahaja dicampur dengan lauk-lauk yang lain seperti sayur dsb. Kalau harga dah ngam dengan bajet (mesti jimat bajet sebab daging orang sponser) maka bersetuju dengan katering tersebut, biasanya mereka akan mintak bayaran deposit separuh.

Bila kita buat majlis kenduri kahwin + Aqiqah, maka pada hari kenduri kita per berhati-hati, bimbang kalau-kalau ada tetamu yang bukan Islam hadir.

Mengikut JAIS, HARUS kenduri aqiqah disatukan dengan kenduri kahwin tetapi haram dagingnya diberi makan kepada orang bukan Islam. Walaubagaimanapun, sekiranya kita tidak mengetahui tetamu yang hadir itu terdiri daripada orang bukan Islam, maka aqiqah tersebut tetap SAH.

Kalau kita ada menjemput orang bukan Islam hadir ke kenduri perkahwinan tersebut, sediakan masakan lain untuk mereka seperti lauk ayam. Biasanya bilangan mereka yang bukan Islam tu tidak ramai, maka cukup la kot makan 3,4 ekor ayam dicampur dengan sayur dll.
Makanan boleh diberi makan kepada bukan Islam asalkan ia bukan dari daging yang kita buat aqiqah.

Mudah-mudahan memberi manfaat bersama.

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr