Ketenangan Abadi

Sesungguhnya Isteri itu pakaian bagi suami dan suami itu pakaian bagi isteri

Pelamin Impian

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Bersama Berbahagia Hidup Bersama

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Mawar Merah Lambang Cinta Sejati

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Majlis Bertunang Adik di Subang...

cincin bertunang
Hari ni hari last bekerja untuk minggu ni sebab esok dah cuti sebab nak berangkat ke KL kerana ada majlis pertunangan adik ipar di Subang. Lepas solat jumaat nak bertolak ke KL sebab hari sabtu majlis pertunangan nak berjalan, so kena prepare awal sikit ler...kena sampai selewatnya jumaat malam, tak ler kalut sangat hari sabtu tu. Perjalanan dari Penang ke KL ambil masa lebih kurang 5 jam kalau naik kerete, kalau naik bas jadi 7 jam sebab ada berenti 2-3 kali kot kat RnR, ok tak per... Kalau bertunang macam ni macam mana agaknya pengurusan hantaran. Katakan hantaran tu ada 7 dulang lah (biasanya ganjil) dan dari pada 7 dulang tu ada 2-3 dulang berbentuk makanan seperti puding, agar-agar, buah-buahan ker dll. Agaknya bila sampai KL nanti lumat tak makanan tu? Rasanya kalau letak dekat bonet kereta, boleh jadi hancur makanan tu...kalau buah anggur mungkin layu, kecut... Kalau nak riba, tak kan nak ribakan dulang tu dari penang sampai KL, mak aiii....jauh tu.

So macam mana yer nak buat...dok fikir-fikir, mungkin kita boleh buat macam ni:-

Dulang yang bukan makanan kita bawak dari Penang dan dulang makanan yg mudah rosak tu, mintak adik sediakan di KL lah, senang, tak payah nak pegang atau riba sepanjang perjalanan tu nanti. Amacam boleh tak....

Atau cara lain, buat hantaran berbentuk makanan yg. tidak mudah rosak seperti biskut raya, kek yg tak der aising dan fikirkan lagi apa yg. sesuai. Jadi boleh selesaikan masalah takut hantaran tu rosak.

Atau satu cara lagi, dalam 7 dulang tu tak payah buat makanan, buat semua benda yang boleh dipakai contohnya handbang, alat mekap dll.

Terpulanglah pada anda macam mana nak buat, tapi bagi trip saya kali ni, rasanya saya pilih cara yang kedua, mudah dan senang, hantaran pun terdiri dari benda dan makanan, ada variety...Moga perjalanan saya ke KL nanti berjalan lancar dan majlis bertunang pun berjalan lancar...

Kebaikan Sperma Kepada Isteri...

Setiap kejadian Allah itu pasti ada gunanya, allah tak jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Begitu juga kepada air mani atau sperma kepada isteri. Ia bukan sahaja untuk tujuan zuriat tetapi lebih dari itu. Biasanya lelaki yang dah berkahwin badan akan naik, kalau dulu kurus, kini dah makin berisi dan kadang-kadang jadi buncit. Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Itu kasiat kepada suami, apa pulak kasiat pada isteri?

Khasiat Air Mani Untuk Wanita

Wanita yang dah berkahwin akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.

Khasiat lain sperma untuk wanita ialah rambut isteri semakin hitam berkilat  & mengurangkan jerawat.

* Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta² hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.


Fakta Mengenai Air Mani:

1. Air mani boleh menyebabkan alergik

Ada beberapa wanita yang alergi terhadap air mani. ini disebut hipersensitivitas plasma mani manusia (seminal plasma hypersensitivity). Gejala ini bergantung pada jumlah air mani yang masuk ke tubuh.

Gejala seperti gatal, kemerahan, lepuh, bahkan kadang-kadang menyebabkan susah bernafas.

2. Air mani adalah sumber tenaga

Air mani telah dikaitkan dalam pengubatan Cina dan teori Chi Kung.

Menurut teori Chi Kung, energi dari tubuh ditransfer ke organ seksual selama ghairah seksual. Teori ini menunjukkan setelah keluar air mani, energi tertentu dari tubuh manusia juga sedang dirembes.

Hal ini menjelaskan mengapa orang merasa lemah setelah melepaskan sperma.

3. Rasa air mani berpunca dari makanan yang dimakan lelaki

Menurut Bodansky dalam bukunya yang berjudul To Bed or Not to Bed (2005), beberapa wanita menyukai rasa air mani tapi yang lain tidak demikian. Sebagai contoh, kafein dan daging merah membuat rasa air mani masam atau pahit.

4. Air mani sebagai ubat anti depresi (stress) wanita

Air mani mengandungi beberapa hormon yang mengubah suasana hati, seperti testosteron, estrogen, hormon perangsang folikel, hormon luteinizing, prolaktin dan beberapa prostaglandin yang berlainan. Dan memberi kesan dalam darah wanita sejam setelah terkena air mani.

5. Air mani adalah sejenis nutrisi

Johnson dan Everitt dalam bukunya Essential Reproduction (2000) mengatakan air mani mengandungi gizi yang tinggi.

Dalam ejakulasi khas (kira-kira satu sudu teh), air mani sudah mengandung 150 mg protein, 11 mg karbohidrat, 6 mg lemak, 3 mg kolesterol, 7 percent US AKG kalium, tembaga dan seng.

6. Air mani tidak akan habis

Lelaki hanya memerlukan waktu 15 minit untuk menambah jumlah air mani setelah ejakulasi.informasikini.com

sumber :http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/khasiat-air-mani-pada-wanita.html

Indahnya Kemanisan Perkahwinan...


manis perkahwinan
Post kali ini khas kepada yang dah berkahwin sahaja, belum kahwin tak boleh tau. Kalau nak kena akad nikah dengan sah dulu. Ha...ha...Dah selalu penulis dengar tips ini diulang-ulang, dalam buku, majalah, radio, malah kat internet. Apabila sesuatu itu diulang-ulang bermakna ia satu benda yg. penting yang kita perlu ambil perhatian. Jadi antara tips yang selalu diulang-ulang bagi mengekalkan kemanisan perkahwinan itu, anda boleh baca kat bawah ni. Kadang-kadang kemanisan perkahwinan itu terasa masa baru kahwin jer, lepas 2-3 tahun kemanisan tu makin kurang dan terus berkurangan. Tips ini dapat membantu anda mengekalkan kemanisan perkahwinan yg. ada diawal perkahwinan hingga ke anak cucu, InsyaAllah.

1. Ciuman
Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.

2. Cincin perkahwinan
Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.

3. Makan malam atau bercuti

Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.

Cuma kita mampu nak buat atau tidak ler....

Cara Memikat Awek...

cara memikat awek
Masa dok browsing internet tu terjumpa 1 cara memikat awek yang cukup luar biasa yang mungkin anda boleh gunakan. Itu pun kalau ada kemahiran ler... Jika anda tidak mempunyai kemahiran seperti video di bawah ni, mungkin anda boleh fikirkan apa kemahiran yang kita ada dan gunakan kemahiran tersebut dengan kreatif untuk memikat gadis idaman masing-masing. Mungkin kreativiti anda itu memberi kelebihan daripada lelaki yang lain yang juga cuba memikat. So, fikirkan cara terbaik.

Jom kita tengok video ni.




Kalau anda terer melukis dipersilakan...

Terima kasih

Perkahwinan Zahid AF dengan Sarah Julifa

Penyanyi dan penyampai radio ERA telah sah bergelar suami kepada Sarah Julifa Isa dalam upacara akad nikah di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan.

Pada majlis tersebut, rombongan pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM15,000 dengan mas kahwin RM101 beserta 9 dulang hantaran berbalas 11 dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan. Majlis kenduri pihak lelaki akan diadakan pada 15 Jun 2013 akan di Teluk Intan, Perak.

Difahamkan selepas bercinta lebih dari 1 tahun, Zahid (33) selamat diijabkabulkan dengan Sarah Julifa Yusof (25) hanya dengan sekali lafaz. Tahniah kepada pasangan Zahid dan Sarah, Semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat.










Menurut Zahid, dia memilih Sarah menjadi suri hidupnya adalah kerana wanita itu berjaya membuat hidupnya lebih teratur dan sentiasa terurus.

Tahniah, selamat pengantin baru

Diana Danielle dah bersalin di Australia

Mungkin ramai yang dah baca Kosmo semalam, (kalau anda peminat kosmo ler...). Antara berita yang paling menarik dalam kosmo tu ialah mengenai Diana Danielle yang dan melahirkan seorang bayi lelaki dengan selamat di sebuah hospital di Australia. Ngapa jauh nyer bersalin tu. Diana Danielle sedang menyambung pelajarannya di sana, maka bersalin pun di dana lah...



Tahniah buat mereka berdua, agak-agak ruapa saya lah anak lelaki tu yer.... Kita tunggu perkembangannya...

Janggut Suami Penyubur Isteri??

janggut suami
Petua nak dapat anak, suami kena simpan janggut?? Haaa...betul ker?? Janggut merupakan satu bahagian rambut yang terletak di dagu seorang lelaki. Janggut hanya tumbuh pada orang lelaki, orang perempuan mana ada janggut, kalau ada memang pelik dah la tu, mungkin 1 dalam swjuta. Ramai lelaki atau para suami yang simpan janggut ni, apa tujuannya, mungkin sunnah, atau nak nampak segak, atau lebih maco dll.. Apa sebenarnya khasiat atau keistimewaan menyimpan janggut ni?

Sabda Rasulullah SAW:

“Cukurlah (menipiskan) kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)

“Tuhanku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan memotong kumisku.” (HR. Thabrani)
Kajian Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut

Satu kajian yang dijalankan terhadap janggut menemui satu lagi bukti saintifik mengenai sunnah Nabi Muhammad saw dalam memelihara janggut, ini menunjukkan bahawa wahyu Allah yang diturunkan keatas Nabi Muhammad saw mendahului penemuan saintifik sejak lebih 1400 tahun yang lalu.
Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan atau nafsu pasangannya.
Bagaimana Caranya?

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami anda.

Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.

Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Sumber: Hasnul Hadi Ahmad

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr