Ketenangan Abadi

Sesungguhnya Isteri itu pakaian bagi suami dan suami itu pakaian bagi isteri

Pelamin Impian

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Bersama Berbahagia Hidup Bersama

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Mawar Merah Lambang Cinta Sejati

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Perkahwinan Dato' Hattan dan Arianie

Tarikh 24 Julai 2013 adalah sejarah bagi Dato' Hattan dimana semalam telah berlangsung majlis pernikahan Dato’ Hattan dengan bekas bekas isterinya iaitu Aryani.

Pasangan ini berpisah selama 10 tahun sebelum disatukan semula di Marriot Putrajaya semalam. Hattan dan isteri kelihatan segak dan jelita dengan busana sedondon berwarna kuning air. Tahniah kepada pasangan ini walaupun telah berpisah 10 tahun, tapi tidak mencari pasangan lain untuk peneman hidup. Mungkin ini cinta pertama, yg mana orang kata cinta pertama ni susah nak dibuang bila dah lekat dlm hati.

Berikut gambar perkahwinan beliau;








Terima kasih

Abby Abadi Sah Isteri Kepada Farhan...

Segala spekulasi yang tersebar akhirnya menjadi nyata apabila Abby Abadi kini sah bergelar isteri kepada suaminya iaitu farhan seorang pemuda yang berusia diawal 20an. Menerusi laman twitter milik penceramah bebas politik ini lagi dia dan juga suami barunya sudahpun bernikah 12 hari lepas.

Dijangka majlis perkahwinan mereka akan diadakan semasa bulan Syawal nanti. Bagaimanapun masih lagi memilih lokasi yang sesuai. Ujar Abby lagi “kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru 2mggu kenal, ALLAH tunjukkan jalan ke sini… Syukur!!”

“Setiap yang hidup pasti akan merasai mati suatu hari nanti. Macammana keadaan dan bila kita akan mati hanya DIA saja yang tahu begitu juga dengan jodoh kita. Dgn siapa kita akan dijodohkan dan biler kita akan dijodohkan semuanyer telah ditetapkan oleh DIA.”

“Semuanya telah tertulis sejak dari azali lagi… Ada orang kata jodoh tu akan datang dengan sendiri tanpa di cari dan ada sesetengah orang cakap jodoh tu tak kan datang dengan sendiri kalau kita tak cari….tapi apa2 pun semuanyer bergantung kepada kekuasaanNYA. Sama ada kita berusaha mencari ataupun tak DIA sudahpun menulisnya kerana DIA yang lebih mengetahui…”

Cinta Hakiki...

cinta kad kahwin
Sempena bulan yg mulia ini, penulis nak kongsikan sedikit kata-kata hikmah dari Imam Syafie kepada isterinya, supaya boleh dijadikan contoh dan panduan pada kita. Moga kata-kata ini dapat membantu kita mengenali cinta kepada makhluk dan cinta kepada maha pencinta.

Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.”

Mendengar itu, isterinya bertanya lg, “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam HATI seorang mukmin. Cinta kepada Allah dan j
uga mencintaiku?”

Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dgn pandangan mata yg lembut penuh kasih sayang.

“Kerana cintaku kpd Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dgn hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku MENCINTAIMU kerana CINTAKU kepada ALLAH.”


Maka rebutlah cinta yg hakiki kerana dari cinta itulah lahirnya cinta kepada isteri dan membuatkan kita saling mencintai.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...

kad kahwin
Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak kepada semua yang membaca blog ini, moga ramadhan kali ini memperolehi keampunan dan rahmat dari Nya. Bulan puasa ni ada ka anda pernah denganr orang buat kenduri kahwin, saya tak pernah plak ler dengar. Kalau ada orang buat kenduri kahwin dibulan puasa ni, memang kena jaga sungguh ler pengantin tu, takut nanti terlajak, bahaya. Maklumlah benda baru...Kepada yg. baru kahwin tu, bulan puasa ni kena jaga-jaga kerana kita tidak boleh bersama diwaktu siang hari, jika terlajak nanti kena kifarah.

Apa itu kifarah?
Kifarah puasa ialah denda yang hanya dikenakan kepada lelaki atau suami kerana merosakkan puasanya dengan melakukan persetubuhan pada siang hari di bulan Ramadhan. Di samping itu pasangan tersebut atau kedua2 suami isteri yang berjimak pada siang hari dalam bulan Ramadhan, masing-masing wajib mengqadakan puasa sebanyak hari yang terbatal.

Tiga jenis Kifarah

Kifarah puasa terbahagi kepada tiga iaitu:

a.  Memerdekakan seorang hamba, jika tidak
b.  Berpuasa selama dua bulan berturut-turut, atau jika tidak berdaya
c.  Memberikan makanan asasi seorang secupak kepada 60 orang fakir miskin.

Renung-renugkan lah terutamanya kepada mereka yg. baru berkahwin atau yg. akan melangsungkan perkahwinan pada bulan puasa ini. Kifarat itu berata, jangan ambil mudah perkara ini.

Pesanan dari saya, bawak bersabar dulu, 1 bulan jer...lepas tu anda boleh bersama seperti biasa dengan isteri anda. Bulan ramdhan ini sebenarnya bulan untuk kita mendidik nafsu, maka bebanyak besaboo...

Selamat berpuasa & bertarawih...

Suasa Majlis Pertunangan di Kampung Melayu Subang

Majlis pertunangan ini dilangsungkan pada 29 Jun 2013 lalu di Kampung Melayu Subang, majlis adik ipar. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar selancar lancar nyer. Sebab apa saya kata lancar kerana hanya mengambil masa 5 minit saja untuk pihak lelaki menyuarakan hajat dan terus dipersetujui oleh pihak perempuan tanpa sebarang bantahan. Kan mudah tu...Bila wakil sebut saja hantaran sekian byk, maskahwin sekian banyak dan tempoh pertunangan maksimum selama 1 tahun, terus jer setuju. Majlis jadi mudah tidak mengambil masa yang lama. Kenapa mudah yer...mungkin sebabnya:-

a) Bakal pengantin lelaki dan perempuan dan berbincang terlebih dahulu berapa wang hantaran, mas kahwin dan tempoh pertunangan.
b) Hasil perbincangan telah dimaklumkan kepada keluarga kedua-dua belah pihak dan mereka bersetuju.
c) Melantik jurucakap dari pihak lelaki dan pihak perempuan iaitu mereka yang memang arif dan pandai menyusun kata-kata.
d) Tidak perlu berpantun (yg. ni ikut adat negeri masing-masing) atau pun ayat berbunga-bunga.
e) Terus menyampaikan hajat
f) Tiada sampukan dari orang lain selain dari jurucakap dalam majlis itu

Maka terhasillah majlis bertunang yang mudah, hanya 5 minit sahaja untuk menyatakan persetujuan, dan lepas tu terus ke upacara sarung cincin. Berikut gambar pada majlis tu....jom tengok....













Dalam majlis tu pihak lelaki ramai jugak ler, hampir 10 buah kereta dan 11 dulang hantaran.

Terima kasih

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr