Ketenangan Abadi

Sesungguhnya Isteri itu pakaian bagi suami dan suami itu pakaian bagi isteri

Pelamin Impian

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Bersama Berbahagia Hidup Bersama

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Mawar Merah Lambang Cinta Sejati

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Tip menentukan jantina anak!!

jantina bayi
Pasangan suami isteri boleh berusaha untuk menentukan jantina anak melalui pelbagai cara, namun jangan lupa semuanya ditentukan oleh Allah S.W.T. Namun menurut Dr Hamid, dengan izin Allah, tip ini 70% kebarangkalian untuk mampu mencapai kejayaan. 

Para suami harus mengetahui anda adalah penentu dalam jantina anak-anak. Benih lelaki membawa kromosom X dan Y manakala benih wanita hanya membawa kromosom X. Gabungan kromosom X-X akan menghasilkan anak perempuan manakala X-Y akan menghasilkan anak lelaki.


Ciri-Ciri X dan Y

X – Jangka hayat lebih lama, Bergerak lambat, Tahan dalam keadaan berasid

Y – Jangka hayat singkat, Bergerak pantas, Tahan dalam keadaan berakali

Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki [ XY ]

1.Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman bergas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan. (suami)

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching ’atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas, 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Petua Untuk Mendapat Anak Perempuan [ XX ]

1.Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut. ( isteri)

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang. Apa yang ditentukan pastinya itu adalah terbaik untuk kita. Selamat Mencuba!!!

Tips di atas dari Dr Hamid Arshat – Pakar Sakit Puan. Sepertimana dengan tip-tip lain, tiada satu pun akan menjamin 100% keberkesanannya.


Pengalaman Penulis
Berdasarkan kepada pengalaman penulis, anak pertama perempuan, anak ke-2 pun perempuan. So, apa yg penulis cuba usahakan supaya anak ke-3 adalah lelaki adalah, sebelum ni penulis memang suka makan jeruk, asam dll yg berasid. So, untuk dapat anak lelaki, stop semua makanan berasid, dan  banyakkan makanan beralkali. Selama 6 bulan stop makan makanan berasid ni, bukan tak boleh makan cuma kurangkan jer....
Selain itu, jangan kerap sangat bersama dengan isteri kerana kalau 4,5 hari tidak bersama akan menjadikan sperma itu lebih baik dan meningkatkan peratus untuk dapat anak lelaki.
Akhir sekali jangan lupa berdoa kepada yg Maha Berkuasa utk dapat anak lelaki. Kalau ditakdirkan isteri mengandung, bermula dari bulan pertama, bacakan doa untuk mendapat anak lelaki kepada perut/kandungan isteri. Doa ini boleh dipetik dari buku-buku "Nama-nama untuk Anak" biasanya ada. Alhamdulillah, usaha dimakbulkan dan anak ke-3 penulis adalah lelaki. 
Mudah-mudahan usaha anda juga berhasil berhasil, Insya Allah.

NikahKahwin bercuti hari raya...

Apa yang nak ditulis ketika ini dah tentu ada kaitan dengan hari raya, maklumlah, syawal akan datang sehari dua lagi. Sempena raya tahun ni, pihak kami ada menyediakan sampul raya tetapi ia agak terhad. Ini merupakan percubaan sahaja, laris sampul raya NikahKahwin.com ni. Ramai diluar sana tak sempat nak dapatkan sampul raya NikahKahwin.com tahun ni. InsyaAllah tahun depan, kami akan sediakan lebih sedikit dari tahun ni.

Kami di blog SarungCincin dan NikahKahwin mengucapkan terima kasih kepada anda yang selalu melayari blog dan web kami. Kami akan bercuti panjang jugak raya ni bermula 7/8/2013 - 14/8/2013. Jadi kepada anda yang ada membuat tempahan dan lain-lain, pihak kami akan mula online semula pada 15/8/2013.

Harapan kami, semoga anda selamat sampai ke destinasi untuk bercuti raya dengan selamat. Pesanan dari kami, pandulah dengan berhati-hati dan belanja secara berhemah terutamanya kepada bakal-bakal pengantin yang mungkin akan melangsungkan perkahwinan mereka lepas raya ni.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Kenduri kahwin semasa cuti Hari Raya...

Kebiasaanya, bila tiba cuti sekolah pasti ada kenduri kahwin, kerana masa tu ramai yang bercuti dan seang sebab anak-anak tidak ke sekolah. Kebetulan cuti  Hari Raya tahun ini bertembung dengan cuti sekolah.  Hah...apa lagi raya sakan la tahun ni, mesti guru-guru dan pelajar beraya sakan sebab cuti panjang. Tapi bagi yang kerjayanya seorang guru, cuti raya tahun ni macam biasa, macam tahun-tahun lepas ler jugak.
Pernah tak kita terfikir bahawa selain cuti sekolah, masa cuti raya juga kita boleh buat kenduri kahwin, sebab biasanya raya ni mesti cutinyer agak panjang 3-4 hari atau lebih. Jadi, boleh ler buat kenduri kahwin, tak payah tunggu cuti sekolah. Biasanya, orang buat kenduri kahwin pada raya ke-3 atau raya ke-4. Apa agaknya kelebihan kenduri masa cuti raya ni.

  1. Dah tentu meriah sebab semua orang cuti dan mungkin semua panggilan tetamu boleh datang.
  2. Sedara mara tak payah nak ambik cuti untuk hadir kenduri sebab memang dah apply cuti raya (jimat cuti tahun)
  3. Tak perlu berebut dengan orang lain tentang tarikh perkahwinan, sebab biasanya cuti sekolah tu ramai yang pilih tarikh yg. sama untuk buat kenduri.
  4. Boleh "HONEYMOON" dengan kos yg. lebih jimat, sebab biasanya hotel dan tiket flight mahal masa cuti sekolah.
  5. Boleh berjalan bawa pasangan ke rumah keluarga dalam suasana hari raya.

Jadi, anda ada pilihan sekarang sama ada nak buat kenduri kahwin pada cuti sekolah atau cuti hari raya. Pilih lah mana yang terbaik untuk anda dan keluarga anda.

Kami mengucapkan selamat pengantin baru kepada yang masih baru berkahwin dan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua pembaca bloh nii....Terima kasih

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr