Ketenangan Abadi

Sesungguhnya Isteri itu pakaian bagi suami dan suami itu pakaian bagi isteri

Pelamin Impian

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Bersama Berbahagia Hidup Bersama

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Mawar Merah Lambang Cinta Sejati

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Ayat-ayat mengorat dari artis top Malaysia

Bagi yang bujang tak tau macam mana nak susun ayat untuk mengorat, jom kita tengok klip video dibawah macam mana artis tempatan menggunakan ayat power bila nak mengorat. Anda juga boleh ambil tip ni untuk memikat si dia yang anda suka, mana tau kot berkesan...Jom tengok video ni...

Agak-agak ayat yg. mana satu jadi pilihan anda??

Majlis Perkahwinan Fouziah Gous...

Tepat 21 September 2013 jam 9.42 mlm, Nor Fouziah Mohd Gous atau nama glamour Fouziah Gous telah selamat diijabkabulkan dengan ahli perniagaan Md Zhafran Md Yusof di majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Selangor. Mereka dinikahkah dengan mas kahwin sebanyak RM1112 serta wang hantaran berjumlah RM50,000.

Majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan pada 29 september 2013 di Hotel J.W.Marriot, Putrajaya, dan majlis sebelah lelaki pula akan diadakan pada 5 Oktober 2013 dikediaman keluarga Zhafran di Bukit Jelutong Shah Alam.
Jom kita tengok gambar perkahwinan mereka.

Ujian Pegetahuan Islam kepada bakal pengantin!

Bagi anda bakal pengantin yang belum tahu, bermula bulan Jun 2013 hari tu, semua peserta kursus praperkahwinan Islam dikehendaki mengikuti ujian tahap kefahaman pengetahuan asas agama Islam di awal dan akhir kursus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penambahbaikan dalam modul kursus praperkahwinan itu bertujuan mengukur pengetahuan peserta sebelum dan selepas mengikuti kursus mengandungi 11 tajuk itu.

Insya-Allah, sentuhan yang dibuat dalam Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) Versi 3 ini menepati cita rasa semua golongan terutama muda-mudi yang akan mendirikan rumahtangga.

Jadi kepada anda yang bercadang nak ambil kursus praperkahwinan ni, nampaknya ada lagi satu penambahan sekatan yg perlu anda tempuh. Kalau dulu, nak kahwin, tak der pemeriksaan HIV pun, sekarang dah kena, dan yang terbaru ada exam plak sebelum dan selepas kursus.

Nampaknya makin susah sebenarnya nak kahwin. Tapi kalau anda antara orang yg. mendalami pengetahuan agama islam, ia tidak memberikan kesusahan. Apa pun anda perlu bersedia dengan perkembangan terbaru ini.

13 Petua Kebahagiaan Perkahwinan dari UAI

kebahagiaan perkahwinan
Banyak petua kalau kita tengok dalam internet ni, tapi petua dari UAI ini agak unik sedikit. Jom kita tengok apa petua untuk menentukan kebahagian sesebuah perkahwinan.

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Semoga diberikan pertolongan dan kekuatan untuk melaksanakan tips di atas, amin....

1. KETIKA MENCARI CALON : Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR : Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH : Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
- See more at: http://fuh.my/petua-perkahwinan-dari-ustaz-azhar-idrus/#sthash.Yaa8bVMq.dpuf

- See more at: http://fuh.my/petua-perkahwinan-dari-ustaz-azhar-idrus/#sthash.Yaa8bVMq.
1. KETIKA MENCARI CALON : Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR : Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH : Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
- See more at: http://fuh.my/petua-perkahwinan-dari-ustaz-azhar-idrus/#sthash.Yaa8bVMq.dpuf1. KETIKA MENCARI CALON : Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR : Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH : Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN : Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA : Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA : Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG : Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM : Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG : Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI : Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI : Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
1. KETIKA MENCARI CALON : Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR : Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH : Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
- See more at: http://fuh.my/petua-perkahwinan-dari-ustaz-azhar-idrus/#sthash.Yaa8bVMq.dpuf

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr