Ketenangan Abadi

Sesungguhnya Isteri itu pakaian bagi suami dan suami itu pakaian bagi isteri

Pelamin Impian

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Bersama Berbahagia Hidup Bersama

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Mawar Merah Lambang Cinta Sejati

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Cara Mengurus Uri Selepas Kelahiran ...

Para lelaki bergelar suami mesti tahu bagaimana nak uruskan uri ni. Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni. Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital.
Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi. Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam.
Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri
  1. Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
  2. Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
  3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
  4. Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
  5. Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
  6. Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
  7. Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.***Mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti
  8. Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
  9. Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
  10. Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
  11. Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
  12. Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
  13. Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM). 

Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.
Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat. Moga ia memberi manfaat kepada suami, ayah atau bakal menjadi ayah.

10 perkara disukai Suami jika Isteri buat padanya

tips-suami-isteri
Ada beberapa rahsia rumah tangga yang makin lama makin hilang dari masyarakat kita, yang sepatutnya kita praktikkan. Mungkin kita menganggap benda ni kecik jer....tak buat pun tak pa, tetapi ketahuilah sebenarnya ia memberi impak yang besar dalam rumah-tangga. Tanpa disedari ia memberi kebahagiaan kepada pasangan. Suami biasa suka isterinya melakukan perkara-perkara yang kadang-kadang tidak diketahui oleh isterinya. Jom kita tengok apa benda yang disukai oleh suami jika isterinya melakukan kepadanya.
  1. Kejut suami bangun dengan nada yg lembut dengan ungkapan "10 minit lagi bangun ya"
  2. Baju untuk ke pejabat telah siap digosok
  3. Bersedia untuk keluar rumah dengan menunggu suami di tepi kereta, bukan suami menunggu isteri.
  4. Semasa duduk dikereta, pegang paha kiri suami
  5. Cium tangan dan pipi suami sentiasa
  6. Bagi isteri yang bekerja, wajib salam dan cium tangan dan ucapkan "Abang saya pergi kerja dulu"
  7. Tunggu dipintu ketika suami pulang ke rumah
  8. Membiarkan suami menonton program tv kegemarannya dengan tidak berebut untuk lihat rancangan isteri.
  9. Tidak bertanya soalan yang sama beberapa kali kepada suami.
  10. Berjimat cermat dalam membelanjakan wang yang suami bagi

Itulah antara perkara-perkara yang disukai suami jika isteri buat padanya. Jika anda seorang isteri, maka jadilah seorang isteri yang baik yang sentiasa melakukan apa yang suaminya suka kerana suami itu adalah ketua sebuah rumahtangga.

Konflik Rumah Tangga....

Sedangakan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri...Itu antara ungkapan lagu Tan Seri P.Ramlee yang penuh dengan kata-kata nasihat. Dalam setiap rumah-tangga mesti ada sesuatu yang tidak kena, apa yang penting bagaimana kedua-dua pasangan yang berkahwin harus menangani konflik dengan bijaksana, mintak nasihat dari orang tua supaya ikatan perkahwinan kekal selamanya. Berikut beberapa panduan kepada kita mengenai konflik rumahtangga, jika kita telah bersedia untuk berkahwin, kita juga harus bersedia untuk menghadapi konflik seandainya berlaku.

Bentuk-bentuk konflik

Terdapat tiga bentuk konflik yang biasa dihadapi oleh pasangan iaitu:
  1. Nusyuz – dilakukan oleh salah seorang daripada pasangan. Dapat dikesan melalui komunikasi pasangan seperti muka kelihatan masam, wajah selamba atau tidak mahu bertentangan masa. Bercakap dengan kasar atau tidak mahu bertegur sapa, pura-pura tidak mendengar atau berkomunikasi melalui perantaraan. Tidak menghiraukan pasangan, mengelak istimta’ dan bersetubuh. Tidak berlaku adil dalam poligami sedangkan pasangan yang seorang lagi adalah orang yang berakhlak baik dalam pergaulan dengan pasangannya. Bersikap atau tingkahlaku yang membawa nusyuz kepada pasangannya.
  2. Syiqaq – Perselisihan faham suami isteri yang sudah sampai ke tahap saling cerca-mencerca serta pukul memukul.
  3. Dharar – Penganiayaan suami kepada isteri sedangkan isteri adalah wanita yang baik akhlaknya
Cara menangani konflik rumah tangga
  1. Mengelak keadaan yang boleh menimbulkan konflik sebagai langkah
  2. mencegah berlakunya konflik.
  3. Mengadakan proses menyelesaikan masalah mengikut punca, bentuk dan tahap konflik yang dihadapi oleh pasangan.
Menghindari konflik

Walaupun perceraian adalah suatu perbuatan yang diharuskan oleh syarak, namun menghindarinya punca berlakunya perceraian (konflik) adalah langkah yang paling bijak antaranya ialah:
  1. Mengesan perubahan di peringkat awal dengan memerhatikan air muka, gerak geri dan percakapan.
  2. Elakkan dari bersangka buruk terhadap pasangan.
  3. Apabila menyedari terdapat isu-isu atau masalah yang berpotensi untuk mengeruhkan hubungan suami isteri segera tanganinya tanpa menyimpan sehingga menjadi banyak masalah dan melewat-lewatkan tindakan sehingga keadaan menjadi bertambah parah.
  4. Apabila menyedari kelemahan atau kesilapan pasangan, bantu pasangan untuk membuat perubahan atau baiki kesilapan. Berikan motivasi.
  5. Apabila berhadapan dengan sesuatu isu atau masalah, pasangan perlu menyatakan pendapat secara terbuka, tidak mengkritik pasangan atau menyerang pasangan. Buatlah perbincangan dengan sikap tolak ansur.
  6. Dalam pergaulan, pasangan hendaklah menyelaraskan kehendaknya yang inginkan rumah tangga bahagia dan harmoni serta bertimbang rasa dan bersikap terbuka, sedia menerima pandangan pasangan terhadap dirinya. Tidak cepat melenting dan sentiasa meminta maaf bila menyedari kesalahan sendiri. Tunjukkan kasih mesra yang ikhlas dengan mencari kekuatan dalam hubungan suami isteri.
  7. Tidak mendapatkan nasihat atau panduan daripada mereka yang tidak mempunyai kepakaran atau tidak menyukai diri suami atau isteri.
  8. Amalkan teknik komunikasi berkesan dalam pergaulan suami
Moga kita dapat menangani konflik dengan baik dan bijaksana....InsyaAllah...

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr