Ketenangan Abadi

Sesungguhnya Isteri itu pakaian bagi suami dan suami itu pakaian bagi isteri

Pelamin Impian

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Bersama Berbahagia Hidup Bersama

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Mawar Merah Lambang Cinta Sejati

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Betul ker Love bite tu Bahaya??

Bagi anda yang dah berkahwin, mungkin ada pengalaman tentang love bite kan, sama ada anda yang buat love bite tu atau anda yang kena loce bite tu, ha...ha... Tapi sedarkah anda, apa kesan dari love bite tu pada pasangan anda, bagi yang sihat tubuh badan mungkin tak jadi masalah, tapi bagi yang dah ada tanda-tanda penyakit terutamanya berkaitan jantung, perlu ambil kira jugak benda ni.
Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu. Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut. Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!

Jadi, hati hati lah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan nak dapat seronok dan kepuasan sementara punya pasai hingga jadi benda-benda yang kita tak mau dengar.

Selamat Hari Raya Idulfitri

Pihak kami mengucapkan Selamat Hari Raya kepada anda yang selalu melayari blog sarungcincin, moga info yang ada kat sini memberi manfaat kepada semua. Pesana kami hati-hati memandu masa balik kampung nanti, ingat orang yang tersayang. Bagi anda yang nak melangsungkan perkahwinan sempena cuti raya tahun ni, kami mengucapkan selamat pengantin baru.



Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr