Ketenangan Abadi

Sesungguhnya Isteri itu pakaian bagi suami dan suami itu pakaian bagi isteri

Pelamin Impian

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Bersama Berbahagia Hidup Bersama

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Mawar Merah Lambang Cinta Sejati

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Akhirnya Mat Dan Kahwin gadis Melayu...

Akhirnya Mat Dan, jejaka 'Mat Saleh' yang menetap lama di Terengganu dan fasih bertutur loghat Terengganu, Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan, menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis Melayu tempatan, dekat Bukit Chendering di sini, hari ini.

Majlis pertunangannya diadakan pada paginya secara ringkas tanpa liputan dari media. Jom kita baca details jejaka England ini di link di bawah:

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/259140
Jejaka 'Mat Saleh' yang fasih bertutur loghat Terengganu, Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan, melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis Melayu tempatan, dekat Bukit Chendering di sini, hari ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/259140
Jejaka 'Mat Saleh' yang fasih bertutur loghat Terengganu, Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan, melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis Melayu tempatan, dekat Bukit Chendering di sini, hari ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/259140

Mengapa sampai sekarang rasa macam takut nak kahwin...


Seronok tengok kawan-kawan dah mula berjinak dengan alam rumah tangga, kebanyakkan rakan-rakan dah berkahwin dan dah ada cahaya mata. Umur semakin meningkat tapi perasaan nak kahwin tu masih ragu-ragu, takut, tak konfiden, tak tau dan tak yakin dengan diri sendiri. Macam mana lah agaknya bila dah kahwin nanti, nak tanggung anak orang, nak kena jaga anak dan macam-macam lagi yang dok ada dalam kepala.

Ni pasai pa dok takut sangat nak kahwin ni, apa masalahnya, dok fikir macam-macam sebabtu la rasa macam tak sedia lagi nak kahwin. Berikut antara sebab-sebab mengapa kita rasa macam tak konfiden nak kahwin:-


1) Ekonomi tak mantap

Ekonomi memang perlu dalam perkahwinan, tetapi tak semestinya nak tunggu bila gaji besar dulu baru nak kahwin. Hidup ini flexsibel, ramai yang bergaji kecil pun dah berkahwin, hanya diri kita sahaja yang tidak bijak ejas kemampuan kita dengan keadaan semasa. Jika bergaji kecil, maka buat lah kenduri secara bergaji kecil, jangan diikut artis-artis yang buat kenduri dihotel dan sebagainya. Penulis dulu pun bergaji kecil, tapi bila dah nekat untuk kahwin, maka simpanan perlu ada setiap bulan.

2) Takut tak dapat cahaya mata

Cahaya mata ni adalah rezeki dan rezeki ini datang dari Allah. Mengapa negatif dengan Allah. Memang ramai yang tak dapat anak selepas beberapa tahun kahwin, tapi itu adalah kerja Allah, kalau kita hampir dengan Dia, selalu berdoa, InsyaAllah rezeki itu ada. Ada sahabat yang dah kahwin 8 tahun tapi masih tak dapat anak, memang benar, tapi mengapa kita asyik melihat mereka yang tiada anak, mengapa kita tidak melihat rakan-rakan kita yang telah mempunyai anak. Mungkin kita terlalu berfikiran negatif. Nah, mulai dari hari ini, ubah fikiran kita kepasa lebih positif, kerana ia juga menjadi peransang semangat dan doa kepada kita.

3) Takut pasangan tak serasi

Masa berkawan, bercinta memang semuanya indah, manis, tapi bila dah berumahtangga nanti tak tau macam mana, harap semuanya ok. Sebab bila lepas kahwin, barulah kita tahu sikap sebenar pasangan kita. Jadi, sepatutnya kita cuba mengenali sedalam mungkin perangai, sikap pasangan kita supaya bila lepas kahwin nanti tak banyak perbezaannya. Masing-masing ada taste masing-masing, maka ambil lah masa untuk cuba kenali pasangan dengan baik.

4) Bimbang macam mana nak sesuaikan diri dengan keluarga pasangan

Bila kita kahwin dengan pasangan, kita sebenarnya berkahwin juga dengan keluarga pasangan. Nak tak nak kena la terima. Dari sini kita kena belajar bagaimana nak bercampur dengan keluarga pasangan, jangan kurang dan jangan terlebih, biar bersederhana saja. Bimbang apabila kita berlebih pada peringkat awal, nanti akan berkurang dipenghujungnya. Sederhana adalah yang terbaik.

Moga ia menjadi tip semangat kepada yang belum kahwin tu supaya segeralah kahwin kalau syarat dah cukup.

Hujan, jangan baca buku ini...


Anda nak kakwin ker musim cuti sekolah tahun ni? Mungkin ramai yang nak melangsungkan perkahwinan hujung tahun ni.... TAHNIAH. Banyak kenduri kahwin masa sekarang ni. Semalam pun penulis ada kenduri kahwin..... Jenuh susun jadual. Kepada bakal pengantin, satu jer nak pesan, sekarang ni musim hujan, penulis pergi kenduri semalam pun hujan rintik2. Kalau di Pulau Pinang, kenduri kahwin sampai jam 5.00 petang dok ada lagi. Tapi sebelah Perak, sekitar jam 2.30 tu dah clear dah kenduri. Negeri2 saya tak pasti macam mana, boleh share komen kat bawah nanti.

Jadi musim hujan ni, katakan hujan turun time orang baru nak start makan, koi 12 tu hujan turun, payah jugak tetamu nak datang tu. Jadi lauk mungkin ada banyak lagi. Ada kemungkinan kena lajak ler kenduri tu sampai jam 4-5 petang. Katakan jam 2 petang baru hujan stop, lepas tu la kot tetamu boleh hadir kenduri. So, kena stanby jugak kot untuk lajakkan masa makan tu, kot-kot hujan masa hari kenduri tu dan tak nak membazir. Kena fikir-fikirkan jugak dia punya contingency plan dia.

Ok, lagi satu kalau nak dapatkan panduan nikah, sekarang time promosi, lepas ni harga macam balik asal. Biasa la penulis buat promosi time cuti sekolah, banyak kenduri niiiii....




Selamat pengantin baru kepada bakal pengantin tahun ni. Terima kasih

Adakah cuti sekolah bermakna Kenduri Kahwin?

Tak lama lagi cuti sekolah hujung tahun 2016 akan hadir, jadi bila sebut cuti sekolah ja mungkin apa yang ada dalam kepala anda adalah nak bawak famili pergi jalan-jalan, sebab tu anak2 cuti, jadi senang mak pak nak bawa anak2 makan angin. Salah satu apa yang ada dalam kepala juga adalah, bila cuti sekolah ja mesti banyak kenduri kahwin, maknanya banyak makan free...ha...ha

Kebiasaannya macam tu lah, bila time cuti memang kita akan buat kenduri kahwin. Jadi kami di Nikahkahwin ni pun dok fikir-fikir sama ada nak jatuhkan harga ebook kami tak musim-musim kenduri ni. Kebiasaannya kami kasi dia runtuh, tapi kali ni macam mana yer... Macam ni lah, kalau ramai pembaca nak, boleh kami fikir-fikirkan. 

Kalau betul-betul nak cuma komen nak dan like laju-laju FB kami di https://www.facebook.com/nikahkahwinku/

Nak tau detail pasai ebook hot ni, klik www.nikahkahwin.com

Selamat pengantin baru kepada yang nak kahwin pada cuti sekolah tahun ni..

Ujian Saringan HIV untuk Raja Sehari


Perkahwinan dulu-dulu tak perlu kepada ujian darah untuk menentukan HIV positif atau tidak. Tetapi apabila peningkatan mendadak pengakit bahaya HIV ini, maka kerajaan telah mewajibkan setiap individu yang hendak berkahwin perlu menjalani ujian saringan HIV terlebih dahulu, kalau tidak permohonan perkahwinan tak dapat dilakukan. Untung orang dulu, tak payah buat blood test. Orang sekarang nak kahwin kena buat test. 


Dimana nak buat blood test?

Blood test hanya boleh dibuat diklinik kerajaan sahaja. Sebaiknya telefon terlebih dahulu klinik kerajaan berdekatan anda sebab ujian ini ada masanya, sesetengah klinik buat pagi, sesetengah klinik buat petang dan sesetengah klinik ada hari-harinya untuk buat test. So, elok confirm dulu bila test itu dibuat.

Mulakan proses ujian.

Sampai jer dekat klinik, pegi ke kanuter pendaftaran dan bagi tahu anda nak buat ujian saringan HIV untuk berkahwin. Jangan lupa bawa kad pengenalan anda. Mereka akan bagi borang untuk anda isi. Pendaftaran ini dikenakan bayaran RM1.00 sahaja. Dah siap isi, serahkan pada kaunter.

Selepas tu...

Tunggu giliran nama anda dipanggil untuk masuk ke bilik ambil darah. Biasanya mereka akan gunakan Rapid Test Kit. Darah anda akan diambil dari jari, sikit jer darahnya, jangan takut tak sakit sangat lah, macam semut gigit jer.....ha....ha... Keputusan akan diperolehi biasanya dari 10-20 minit sahaja.

Keputusan??

Setelah hampir 20 minit tunggu, anda akan dipanggil untuk bagi tahu keputusan. Jika keputusannya Negatif anda selamat dan boleh balik, anda akan diberi 1 sampul surat untuk diserahkan kepada pendaftar perkahwinan. Bagi keputusan yang positif, bakal pengantin akan diberi sesi kaunseling serta ujian pengesahan yang mana 5 ml darah akan diambil. Biasanya keputusan ujian pengesahan HIV boleh diketahui dalam tempoh 2 minggu. Bakal pengantin diberi temujanji untuk datang semula ke klinik kesihatan dalam tempoh 2-3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling samada untuk meneruskan perkahwinan atau tidak.

Memang berdebar-debar ler nak ambil keputusan, bukan apa, risau kot-kot keputusan dia tak baik... Tapi kalau anda tidak pernah buat benda-bendah yg. pelik tak perlu ler risau sangat. 





www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr