Ketenangan Abadi

Sesungguhnya Isteri itu pakaian bagi suami dan suami itu pakaian bagi isteri

Pelamin Impian

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Bersama Berbahagia Hidup Bersama

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Mawar Merah Lambang Cinta Sejati

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Showing posts with label Persediaan Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Persediaan Kahwin. Show all posts

Mengapa sampai sekarang rasa macam takut nak kahwin...


Seronok tengok kawan-kawan dah mula berjinak dengan alam rumah tangga, kebanyakkan rakan-rakan dah berkahwin dan dah ada cahaya mata. Umur semakin meningkat tapi perasaan nak kahwin tu masih ragu-ragu, takut, tak konfiden, tak tau dan tak yakin dengan diri sendiri. Macam mana lah agaknya bila dah kahwin nanti, nak tanggung anak orang, nak kena jaga anak dan macam-macam lagi yang dok ada dalam kepala.

Ni pasai pa dok takut sangat nak kahwin ni, apa masalahnya, dok fikir macam-macam sebabtu la rasa macam tak sedia lagi nak kahwin. Berikut antara sebab-sebab mengapa kita rasa macam tak konfiden nak kahwin:-


1) Ekonomi tak mantap

Ekonomi memang perlu dalam perkahwinan, tetapi tak semestinya nak tunggu bila gaji besar dulu baru nak kahwin. Hidup ini flexsibel, ramai yang bergaji kecil pun dah berkahwin, hanya diri kita sahaja yang tidak bijak ejas kemampuan kita dengan keadaan semasa. Jika bergaji kecil, maka buat lah kenduri secara bergaji kecil, jangan diikut artis-artis yang buat kenduri dihotel dan sebagainya. Penulis dulu pun bergaji kecil, tapi bila dah nekat untuk kahwin, maka simpanan perlu ada setiap bulan.

2) Takut tak dapat cahaya mata

Cahaya mata ni adalah rezeki dan rezeki ini datang dari Allah. Mengapa negatif dengan Allah. Memang ramai yang tak dapat anak selepas beberapa tahun kahwin, tapi itu adalah kerja Allah, kalau kita hampir dengan Dia, selalu berdoa, InsyaAllah rezeki itu ada. Ada sahabat yang dah kahwin 8 tahun tapi masih tak dapat anak, memang benar, tapi mengapa kita asyik melihat mereka yang tiada anak, mengapa kita tidak melihat rakan-rakan kita yang telah mempunyai anak. Mungkin kita terlalu berfikiran negatif. Nah, mulai dari hari ini, ubah fikiran kita kepasa lebih positif, kerana ia juga menjadi peransang semangat dan doa kepada kita.

3) Takut pasangan tak serasi

Masa berkawan, bercinta memang semuanya indah, manis, tapi bila dah berumahtangga nanti tak tau macam mana, harap semuanya ok. Sebab bila lepas kahwin, barulah kita tahu sikap sebenar pasangan kita. Jadi, sepatutnya kita cuba mengenali sedalam mungkin perangai, sikap pasangan kita supaya bila lepas kahwin nanti tak banyak perbezaannya. Masing-masing ada taste masing-masing, maka ambil lah masa untuk cuba kenali pasangan dengan baik.

4) Bimbang macam mana nak sesuaikan diri dengan keluarga pasangan

Bila kita kahwin dengan pasangan, kita sebenarnya berkahwin juga dengan keluarga pasangan. Nak tak nak kena la terima. Dari sini kita kena belajar bagaimana nak bercampur dengan keluarga pasangan, jangan kurang dan jangan terlebih, biar bersederhana saja. Bimbang apabila kita berlebih pada peringkat awal, nanti akan berkurang dipenghujungnya. Sederhana adalah yang terbaik.

Moga ia menjadi tip semangat kepada yang belum kahwin tu supaya segeralah kahwin kalau syarat dah cukup.

Ujian Saringan HIV untuk Raja Sehari


Perkahwinan dulu-dulu tak perlu kepada ujian darah untuk menentukan HIV positif atau tidak. Tetapi apabila peningkatan mendadak pengakit bahaya HIV ini, maka kerajaan telah mewajibkan setiap individu yang hendak berkahwin perlu menjalani ujian saringan HIV terlebih dahulu, kalau tidak permohonan perkahwinan tak dapat dilakukan. Untung orang dulu, tak payah buat blood test. Orang sekarang nak kahwin kena buat test. 


Dimana nak buat blood test?

Blood test hanya boleh dibuat diklinik kerajaan sahaja. Sebaiknya telefon terlebih dahulu klinik kerajaan berdekatan anda sebab ujian ini ada masanya, sesetengah klinik buat pagi, sesetengah klinik buat petang dan sesetengah klinik ada hari-harinya untuk buat test. So, elok confirm dulu bila test itu dibuat.

Mulakan proses ujian.

Sampai jer dekat klinik, pegi ke kanuter pendaftaran dan bagi tahu anda nak buat ujian saringan HIV untuk berkahwin. Jangan lupa bawa kad pengenalan anda. Mereka akan bagi borang untuk anda isi. Pendaftaran ini dikenakan bayaran RM1.00 sahaja. Dah siap isi, serahkan pada kaunter.

Selepas tu...

Tunggu giliran nama anda dipanggil untuk masuk ke bilik ambil darah. Biasanya mereka akan gunakan Rapid Test Kit. Darah anda akan diambil dari jari, sikit jer darahnya, jangan takut tak sakit sangat lah, macam semut gigit jer.....ha....ha... Keputusan akan diperolehi biasanya dari 10-20 minit sahaja.

Keputusan??

Setelah hampir 20 minit tunggu, anda akan dipanggil untuk bagi tahu keputusan. Jika keputusannya Negatif anda selamat dan boleh balik, anda akan diberi 1 sampul surat untuk diserahkan kepada pendaftar perkahwinan. Bagi keputusan yang positif, bakal pengantin akan diberi sesi kaunseling serta ujian pengesahan yang mana 5 ml darah akan diambil. Biasanya keputusan ujian pengesahan HIV boleh diketahui dalam tempoh 2 minggu. Bakal pengantin diberi temujanji untuk datang semula ke klinik kesihatan dalam tempoh 2-3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling samada untuk meneruskan perkahwinan atau tidak.

Memang berdebar-debar ler nak ambil keputusan, bukan apa, risau kot-kot keputusan dia tak baik... Tapi kalau anda tidak pernah buat benda-bendah yg. pelik tak perlu ler risau sangat. 





Berapa Kadar Mas Kahwin anda?



Ramai yang keliaru antara mas kahwin dengan wang hantaran, berapa nilainya dan bila masa nak bagi. 2 perkara ini memang berbeza dan kita kena tahu menetapkan berapa nilainya, bila nak bagi dan hukumnya.

Kadar banyak mana nilai mas kahwin itu biasanya mengikut negeri/tempat dimana berlangsungnya perkahwinan itu. Ada negeri telah tetapkan mas kahwin berapa RM dan ada negeri yang tidak tetapkan berapa RM. 

Definisi kahwin?

Mas kahwin atau juga dikenali sebagai mahar merupakan pemberian wajib suami kepada isteri. Pemberian mas kahwin ini akan menjadi hak sepenuhnya isteri.

Bilakah nak bagi mas kahwin?

Mahar haruslah diberi ketika majlis akad nikah dilangsungkan tidak kira anda ingin melangsungkan majlis akad nikah anda di masjid, dewan, rumah atau di mana sahaja dan sebaik-baiknya diberi dalam bentuk tunai. Namun adajuga yang bagi dalam bentuk cek.

Mas kahwin ini bolehlah digubah menjadi bunga dan apa sahaja yang mudah untuk dikira kemudian oleh tok kadi (sebelum akad selalunya tok kadi akan tanya dan tengok). Bagi sesetengah daerah di negeri Selangor, ada tok kadi yang kira mas kahwin nak pastikan cukup atau tidak seperti nilai yang telah diisi di dalam borang.

Biasanya kadar berapa mas kahwin ini telah dibincangkan pada majlis pertunangan. Keluarga sebelah perempuan akan menetapkan berapa mas kahwin itu dan dipersetujui oleh pihak lelaki. Tiada satu nilai yang tetap, dan tidak pula bebas kepada pihak lelaki ikhlas nak bagi berapa. Begitu juga dengan wang hantaran.

Di Kelantan, Terengganu, kadang2 mas kahwin boleh jadi sampai RM10,000. Jadi, nasihat saya, ikut berapa kadar yg telah dipersetujui semasa majlis bertunang dahulu, jika tidak ditetapkan, sila berbincang dengan pihak perempuan berapa kadar yang sesuai. Pemberian ini adalah hak mutlak isteri anda.

Manakala wang hantaran ialah belanja hangus yang diberikan kepada pihak perempuan sebelum majlis perkahwinan. Biasanya untuk belanja walimatul urus.

Terima kasih
www.nikahkahwin.com

DOWNLOAD Prosidur Permohonan Perkahwinan - JAKIM

Ramai yang nak kahwin tapi tak tau nak buat macam mana, prosidurnya apa, dan macam-macam. Dengar citer susah jugak prosesnya, sampai berbulan-bulan. Semua itu pengalaman2 yang pernah dilalui oleh rakan-rakan kita. Tapi sebenarnya tak lah sesusah yang digambarkan. Kita ikut sahaja proses dan peraturan yang telah ditetapkan, segala menjadi mudah, yang susahnya kita tidak ikut prosidur, dokumen yang dikehendaki tidak mencukupi, tu yang jadi berbulan lamanya.

Okey, antara prosidur yang perlu diikuti, kita follow prosidur yang telah ditetapkan oleh JAKIM seperti berikut:

A. KURSUS PRA PERKAHWINAN
B. UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN
C. PERMOHONAN UNTUK KEBENARAN BERKAHWIN
  • Pengesahan Permohonan Berkahwin
  • Kebenaran Permohonan Berkahwin
  • Proses Permohonan Perkahwinan
  • Tempoh Sah Kebenaran Berkahwin
  • Kebenaran Berkahwin Dengan Warga Asing
  • Bayaran Surat Kebenaran Berkahwin
  • Akad Nikah
D. PROSEDUR PENDAFTARAN PERKAHWINAN

Semua keterangan lebih detail perkara di atas boleh anda download dari link di bawah


Semoga bermanfaat kepada anda yang akan melangsungkan perkahwinan.



10 Sebab Mengapa Lelaki Lewat Kahwin!


Ramai dikalangan kaum lelaki di Malaysia ini yang nak kahwin dan ramai juga yang masih belum berkahwin walupun mereka sudah ada kemampuan ekonomi dan kemampuan diri. Faktor nak kahwin ini selalunya kuat ketika diawal 20 han dan ia semakin pudar bila mencecah 40 han. Ramai lelaki sebenar mereka mampu kahwin tapi ada beberapa alasan yang menghalang mereka dari berbuat demikian. Jom kita tengok "10 Sebab" mengapa lelaki lewat berkahwin.

Antaranya:

1. Kedudukan ekonomi yang kurang mantap.
Duit belum cukup nak kahwin, kerja pun gaji kecik macam mana nak kahwin. Kena kumpul lama sikit baru boleh cukup. Zaman sekarang ni nak kahwin mahal, kalau tak der belas ribu, tak dapat ler nak kahwin.

2. Susah nak buat pilihan yang mana berkenan dihati disamping nak jaga hati seorang lagi.
Mungkin banyak kenalan, 2, 3, 4 orang atau lebih. Tak tau nak pilih mana satu semuanya ok atau semuanya tak ok, kena cari lain. Kalau aku pilih yg ni, nanti apa pulak kata yang tu, kalau aku pilih yang tu apa pulak kata sorang lagi. Nak jaga hati semua, alamat lambat la nak kahwin.

3. Rasa diri masih belum bersedia lagi
Ekonomi mungkin dah ok, tapi rasa macam tak ready lagi nak pikul tanggungjawab jadi ketua keluarga, tanggungjawab berat ni, relax dulu lah. Jadi, berapa lama tempoh untuk bersedia ni..

4. Nak cari perempuan yang benar2 baik yang boleh jaga orang tua.
Nak cari calon isteri yang baik, yang boleh jaga dia, boleh jaga orang tua dan keluarga.

5. Sambung belajar ke peringkat yang tinggi.
Kalau sambung belajar masuk universiti sampai PhD, lebih kurang umur 30 tahun baru selesai belajar, belum kerja lagi. Nak cari kerja, nak kumpul duit, nak cari calon isteri yang sesuai, alamat lambat ler nak kahwin.

6. Belum datang seruan.
Rasa malas dan tak yakin pada diri nak kahwin, jadi kalau senang cakap, belum sampai seru lagi. Nak tunggu seru sampai entah bila, jadi tak payah tunggu.

7.  Masih tanggung keluarga, macam mana nak kahwin.
Tanggungjawab tanggung keluarga, biasanya anak sulong ler. Tanggung adik2 belajar sampai sekolah menengah, masuk universiti sampai terlupa fikir soal kahwin, kerana yang penting adalah keluarga dari diri sendiri.

8. Tak puas lagi nak enjoy
Kepada kaki enjoy, mungkin fikir susah nak enjoy kalau kahwin, ada orang yang control nanti. So, enjoy dulu, puas enjoy baru kahwin.

9. Memilih sangat
Kenalan ramai tapi terlalu memilih pasangan, nak yang perfect. Susah la nak cari macam ni.

10. Pernah kecewa dan masih ingat awek lama
Masih menunggu awek lama dan bimbang kalau-kalau bercita lagi akan terluka lagi.

Fikir-fikirkan lah...

Sekian...

Tanda dari Solat Istiqharah - Jodoh Terbaik

Macam mana kita nak tentukan dan memilih sesuatu itu baik untuk kita. Manusia ni tak tahu apa yg akan berlaku dimasa depan. Jadi jalan terbaik untuk membuat pilihan adalah Istiqharah. Dalam menentukan jodoh jugak kita perlu solat Istiqharah, walupun kita cuma ada sorang calon sahaja. Selepas kita dah solat Istiqharah, macam mana kita nak tau perempuan itu adalah jodoh yg baik bagi kita, jom kita dengar jawapan dari UAI, tepat dan ringkas...



Moga memberi manfaat kepada anda semua.

Terima kasih

Idea-idea Kad Kahwin

Zaman sekarang ni, orang memang kreatif, malah nak design kad kahwin pun kreatif. Kalau dulu kad kahwin direka berbentuk hanya sekeping kad jemputan, tetapi kini, masyarakat menambah nilai kad hingga menjadi macam-macam jenis kad. Mungkin ada anda yang bakal melangsungkan perkahwinan tercari-cari macam mana nak design kad kahwin tu, kami di sini ingin berkongsi idea mengenai pelbagai rekabentuk kad kahwin yang masyarakat kita gunakan. Jom tengok contoh-contoh rekabentuk kad, mungkin memberi sedikit idea kepada anda nanti.




Kad seperti Tiket AirAsia



Kad kahwin biasa


Kad berbentuk FB


Kad berbentuk iPhone
 


Kad seperti surat kahabar utusan
 


Kad seperti bil elektrik
 


Kad berbentuk tiket MAS
 


Kad seperti sampul Pos Express
 


Kad berbentuk tiket dan passport antarabangsa



Mungkin dari gambar-gambar ni anda dapat sedikit idea macam mana nak design kad kahwin anda nanti, tentu kita nak kad yang lebih kreatif dan menarik.
 

Kad Kahwin Kreatif, Anda Berminat...

Memang rakyat kita ni kreatif dalam semua segi, tambahan dalam mengikut dan mengubah suai sesuatu benda yang dah ada. Begitu juga yang berlaku kepada kad kahwin sekarang ni, ada yang begitu kreatif sampai mereka design kad sampai macam ni.




Bagi anda yang baru merancang nak kahwin, anda masih sempat nak design kad macam ni, kalau berminat la. Boleh ubah sikit, dari guna color putih, boleh pilih color kesukaan anda. Anda berminat??

Nikah Gantung...

Selalu kita dengar ada antara rakan2 kita yang berkahwin dengan cara 'Nikah Gantung'. Apa sebenarnya nikah gantung ni dan adakah ia dibenarkan dalam agama kita. Mungkin ada antara kita yang nak melakukan nikah seperti ini tapi risau adakah ia dibenarkan atau tidak dan apa tujuan ia dilakukan. Macam2 dok fikir dalam kepala ni.

Dalam bahasa arab, nikah gantung ni di panggil dengan 'Nikah Khitbah' adalah perkahwinan yang memenuhi semua syarat sah perkahwinan, tetapi pasangan tidak hidup bersama. Senang cerita cara nikah gantung ni sama seperti perkahwinan biasa, cuma kenduri kahwin jer ditangguh, belum diadakan. Hukumnya adalah harus. Biasanya pasangan kahwin gantung ini akan tinggal di rumah ibu bapa masing2.

Oleh kerana mereka dah sah sebagai suami isteri, mereka boleh keluar bersama atau menjalankan apa saja aktiviti yang mahu seperti pasangan suami isteri biasa. Ia lebih baik dari berkapel atau bertunang.

Mereka boleh melakukan hubungan intim, sebab dah berkahwin, tapi perbuatan itu akan menamatkan tempoh nikah khitbah dan mereka akan menjadi pasangan suami-isteri yang biasa, dengan tanggungjawab yang biasa. Kalau ditakdirkan berlaku kehamilan, anak itu adalah anak sah. 


Mengapa Nikah Gantung?

Dah pasti nikah gantung ni dilakukan bagi memenuhi tujuan2 tertentu:-

a) Pasangan yang masih lagi belajar di universiti dan lain2 tempat
b) Suami masih belum cukup modal, belum mampu untuk hidup bersama. Bila dok bersama dan tentu kena sara kos rumah sewa, makan, pakai dll.
c) Tak ready lagi bagi komitmen dan menunaikan tanggungjawab berumah-tangga.

Tujuan Nikah Gantung

'Nikah Gantung' ni bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pergaulan bebas lelaki & perempuan, elakkan zina dan lahirnya anak luar nikah. Jika dah rasa nak kahwin, modal tak cukup, boleh bincang dengan ibu bapa masing2, boleh tak nak kahwin gantung, kalau mereka setuju, lakukanlah. Ia boleh mengelak perkara2 tak baik antara pasangan tersebut.

Moga memberi manfaat bersama.

Panduan Akad Nikah
http://www.nikahkahwin.com



Kenduri kahwin masa cuti raya

kahwin raya
Hari raya bakal menjelma, tak berapa hari dah nak puasa ni. Biasanya cuti raya ni orang cuti agak panjang, 4 atau 5 hari. Jadi mungkin ada yang merancang nak mengadakan walimatul urus pada cuti hari raya. Biasanya orang akan buat pada raya ke-3 atau raya ke-4, takkan nak buat raya pertama plak kan...pelik sangat. Okey post saya sebelum ni ada menyentuh topik ini tetapi ia menceritakan berkaitan kelebihan buat kenduri kahwin masa cuti raya, tapi kali ni kita sentuh bab apa kekurangan atau kelemahan jika kita buat kenduri kahwin masa cuti hari raya.

Antara kekurangannya:

  1. Tak sempat nak raya sakan sebab kena buat persiapan untuk majlis perkahwinan pulak.
  2. Perbelanjaan mungkin meningkat kalau tidak diurus dengan baik kerana perlu membuat 2 persiapan serentak.
  3. Mungkin ada sedara-mara yg tidak dpt hadir sebab kena raya sebelah mertua plak setelah beraya di rumah bapa sendiri.
  4. Keadaan lalu lintas biasanya sibuk dimusim perayaan, jadi mungkin kena rancang perjalanan pengantin kalau masing2 mempunyai jarak yg jauh.
  5. Hotel, charlet, homestay biasanya penuh dimusim raya, jadi bagi mempelai yg kahwin jarak jauh (pengantin lelaki Kedah, pengantin perempuan Johor),  perlu pastikan semuanya telah ditempah.

Itulah antara perkara2 yg perlu kitafikirkan jika anda memang berhajat untuk buat kenduri masa cuti hari raya. Mungkin ada perkara lain lagi yg anda nak kongsi, dipersilakan. Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idulfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog ini, moga raya tahun ni memberikan kebahagian kepada kita semua.

Nak kahwin, kena ada kereta dulu...

Ramai yang nak berkahwin berfikir sebelum kahwin kena pakai kereta dulu, baru ada style, bakal mak mertua akan pandang skit, ada gaya, kasi orang konfiden untuk kahwin. Perasaan macam ni lah yang selalu bermain dalam kepala orang muda yang nak kahwin. Kalau tak pakai kereta, lece ler, nanti nak bawa bakal isteri macam mana, tak boleh bawa mertua jalan-jalan, susah kalau dah ada anak nanti tak der kereta, macam-macam.

Sebenarnya, benda ni sangat subjektif, nak pakai kereta boleh, tak pakai kereta pun boleh sebelum kahwin. Kalau kita ni gaji nyer kecil, cukup untuk makan, rumah sewa, belanja yang asas dan nak kahwin, maka tak perlulah tunggu ada kereta dulu baru nak kahwin. Sebenarnya kereta itu boleh dibeli lepas kahwin nanti, kalau isteri tu bekerja, lagi bagus, boleh share bayar kereta kan...

Tapi kalau gaji kita agak banyak, ada lebihan skit setelah berbelanja sebulan, maka boleh ler beli kereta sebelum kahwin, tu pun tengok jugak kereta apa, ikut ler kemampuan, jangan lah sampai kereta itu membebankan. Sebab, lepas kahwin nanti banyak nak guna duit.

Ada 1 nasihat dari penulis kepada anda yang bakal berkahwin iaitu jika ada kat kredit, jangan guna kad kredit untuk perbelanjaan kahwin, sila buat simpanan yang mencukupi. Sebab kad kredit ni dia punya interest tersangat tinggi, bagi yg dah ada pengalaman tahu lah penangan dia. Bimbang takut membebankan bila lepas kahwin nanti, dok bayar hutang kat kredit tak habis-habis, hutang kereta lagi. Pandai-pandai lah menguruskan perbelanjaan.

Kalau gaji anda memang besar, maklumlah graduan universiti yang baru dapat kerja, maka dialu-alukan berkereta dulu sebelum kahwin, kalau boleh beli rumah siap-siap, lagi bagus. Sapa yang tak mau lengkap serba-serbi sebelum kahwin kan, semua orang mau, tapi semua itu perlu elari dengan gji kita, jangan terlebih pulak sudah ler.

Yang paling penting, semua itu sebenarnya perlu mengikut kemampuan, kalau anda mampu berkereta sebelum kahwin, maka dipersilakan, tapi jika tidak, tangguh seketika, lepas kahwin nanti beli. Memang ler nampak macam lece skit kan, tapi ia lebih baik dari kita menanggung hutang kereta yang membebankan. Kita na lece pun sekejab jer, lepas kahwin nanti bila dah beli kereta tak lece dah. Tapi kalau dok tanggung hutang kereta, tak sampai hujung bulan gaji dah habis, itu lagi lece, fikirkan lah.

Perubahan Sebelum & Selepas Kahwin

hantaran kahwin
Bila ditanya pada lelaki, rasanya semua oarang nak kahwin, sapa tak mau kahwin kan. Tapi adakah kita dah bersedia atau pun dah mula buat persediaan...ya, persediaan sebelum dan selepas kahwin. Kali kita cerita tentang perubahan sikap, perangai kita yang dulunya bujang, tapi bila dah kahwin nanti macam mana, tak kan nak buat perangai sama jer bila dah ada pasangan, perlu ke kita ubah?? Sudah semestinya sedikit sebanya perlu kepada perubahan, sebab dulu hidup sorang sekarang dah berdua. Jadi apa agaknya perubahan yang perlu kita buah bila kahwin nanti yer...

Antara perubahan yg. perlu: LELAKI
  • Kalau dulu selalu keluar pada waktu malam, sekarang kena kurangkan, terutama bila dah ada baby nanti.
  • Kalau dulu bila jumpa awek jer suka mengorat, siut sana siut sini, tapi kini kena tinggalkan.
  • Kalau dulu suka melepak dengan kawan2, kini kena kurangkan.
  • Kalau dulu solat sorang2, kini perlu solat jemaah, paling kurang berjemaah dengan isteri.
  • Kalau dulu keluar rumah ajak kawan2, kini keluar rumah ajak ler isteri.
  • Kalau dulu tidur malam sorang2, tapi kini berdua, bertiga, berempat...(jika dah ada anak nanti)
  • Kalau dulu bajet makan cuma RM400 sebulan, tapi kini kena tambah bajet jadi RM600++ sebulan.
  • Kalau dulu bukan ketua, tapi kini kita telah jadi ketua keluarga, tanggungjawab lebih berat.


Antara perubahan yg. perlu: PEREMPUAN
  • Kalau dulu si perempuan jarang memasak, bila dah kahwin kena memasak untuk suaminya.
  • Kalau dulu keluar shopping dengan kawan2, tapi kini kena keluar dengan suami, kurangkan bersosial dengan kawan2.
  • Kalau dulu basuh baju sendiri, kini kena ler basuh baju suami dan anak2. Begitu juga ion baju.
  • Kalau dulu ikut mak ayah pergi surau/tarawih, kini kena ikut suami pula.
  • Kalau dulu uruskan diri sendiri jer, tapi kini kena uruskan suami, anak dan rumah.
  • Kalau dulu tidur malam dengan nyenyak, kini bila ada anak, kena bangun malam bancuh susu anak.
  • Kalau dulu rajin make-up bila nak keluar rumah, kini kena mekap jugak di dalam rumah.
  • Kalau dulu kita taat pada ibu bapa, tapi kini kena taat pula pada suami.

dan banyak lagi...

Kesimpulannya, luangkan banyak masa kepada keluarga, jika dulunya banyak masa dibuangkan di luar rumah. Itulah antara perkara2 yang perlu kita fikirkan sebelum berkahwin supaya kita dapat bersedia bila masa itu datang. Moga memberi manfaat kepada kita semua.

Calon Suami Tak Tahu Mengaji!!

Dalam suasana kesibukan sekarang, mungkin ada yang terleka dalam kriteria memilih calon suami atau isteri yang benar-benar layak untuk dirinya. Ramai yang memandang harta atau wang ringgit boleh memberi keselesaan dan kebahagiaan kepada keluarga yang akan dibina. Tidak salah untuk mencari calon pasangan yang mempunyai kedudukan dan berharta, tetapi jangan lupa bahagian kita di akhirat nanti. Apa dia tu?? Ya, salah satunya adakah bakal calon pasangan kita itu tahu mengaji atau membaca Al-Quran, kerana itu adalah perkara asas yang sepatutnya semua orang boleh buat. Untuk mengupas isu ini, jom kita baca keratan di bawah:-



Semoga sama-sama dapat manfaat.
Terima kasih

Tanda Perempuan Itu Jodoh Kita - UAI

Selalu kita dengar orang muda yang nak kahwin berkata, haaa....perempuan tu jodoh aku, ada tanda dia jodoh aku. Betoi ke kita boleh lihat tanda-tanda pada seorang perempuan itu yg. dia tu jodoh kita? Jom kita dengar penjelasan UAI dalam persoalan ni...dengor molek-molek...



Moga dapat manfaat dari penjelasan di atas.

Jangan Dera Pengantin - Dr. Asri

akad nikah perkahwinan
Selalu kita dengar pengantin gemuruh untuk melalui upacara akad nikah, sebab apa, sebab lafaz akad itu yang agak susah, jika silap sikit kena buat lagi sekali. Lain negeri lain pula cara lafaznya. Berikut pendapat Dr. Asri mengenai cara lafaz ini.

"Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya. Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut ‘saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut.
Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka. Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr ABD AL-KARIM ZAIDAN dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut: “Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi: Bab Iza Qala al-Khatib li al-Wali Zawwijni Fulanah, faqala qad Zauwajtuka bi Kaza wa Kaza, Jaza al-Nikah Wa In Lam Yaqul li al-Zauj Aradita au Qabilta, maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”. Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya.

Apa yang penting proses ijab dan qabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah. Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah"
.

Temuduga sebelum kahwin...

temuduga kahwin
Ramai antara kita di luar sana berhajat nak berkahwin bila dah ada kerja, ada duit nanti yert tak. Sapa tak mau kahwin, rasanya semua orang nak kahwin. Jadi untuk berkahwin kena melalui pelbagai proses dan salah satu daripadanya ialah mengisi borang permohonan perkahwinan. Kedua-dua bakal pengantin perlu mengisi borang permohonan tersebut dan perlu menghantar sendiri borang tersebut kepada pejabat kadi berdekatan. Nah, masa inilah anda akan ditanya oleh kadi tentang beberapa perkara mengenai pengetahuan asas agama Islam. Masa anda jumpa kadi untuk hantar borang permohonan inilah akan diadakan sesi temuduga. Maka anda perlu bersedia terlebih dulu dengan pengetahuan agama sebelum melalui temuduga. Bila sesi temuduga anda dah ok, baru permohonan perkahwinan anda akan diluluskan.

Agaknya, apa yang selalu ditanya oleh kadi semasa sesi temuduga tu yer....Mengikut pengalaman dan bacaan penulis, antara soalan popular adalah soalan yang berkaitan fardu ain & fardu kifayah, soalan yang asas yang sepatutnya seorang Islam tahu. Soalan lain tu jarang ditanya, kalau ditanya pun mungkin ikut nasib ler dan mod kadi tu ler...tetapi anda wajib tahu menjawab soalan yang asas itu. Ok, jom kita tengok sikit apa soalan yang popular yang selalu ditanya:

SOALAN 1
Kadi akan minta anda mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH

SOALAN 2
Sila Istigfar

SOALAN 3 
Sila baca surah AL-FATIHAH

SOALAN 4
Sila baca doa QUNUT

SOALAN 5
Apa makna NIKAH  dan RUKUN NIKAH

SOALAN 6
Nyatakan sebab mengapa perlu mandi junub dan niat

SOALAN7
Apa tanggungjawab suami/isteri

dan ada lagi...

Jadi bersedialah sebelum menghantar borang permohonan tu, takut nanti bila ditanya tak dapat jawab. Bagi anda yang dah biasa bersolat rasanya tak der masalah sebab semasa solat kita ada baca fatihah, ada sebut syhadah, lepas solat beristigfar. Bila dah lalui semua itu dengan jayanya, jangan lupa, ada lagi satu sesi temuduga iaitu masa nak akad nikah nanti, jurunikah akan tanya lagi sekali dan biasanya soalan yang sama seperti di atas. Bagi yang nak dapatkan ebook "SOALAN BOCOR TOK KADI",  layari www.nikahkahwin.com


Terima kasih




Ujian Pegetahuan Islam kepada bakal pengantin!

Bagi anda bakal pengantin yang belum tahu, bermula bulan Jun 2013 hari tu, semua peserta kursus praperkahwinan Islam dikehendaki mengikuti ujian tahap kefahaman pengetahuan asas agama Islam di awal dan akhir kursus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penambahbaikan dalam modul kursus praperkahwinan itu bertujuan mengukur pengetahuan peserta sebelum dan selepas mengikuti kursus mengandungi 11 tajuk itu.

Insya-Allah, sentuhan yang dibuat dalam Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) Versi 3 ini menepati cita rasa semua golongan terutama muda-mudi yang akan mendirikan rumahtangga.

Jadi kepada anda yang bercadang nak ambil kursus praperkahwinan ni, nampaknya ada lagi satu penambahan sekatan yg perlu anda tempuh. Kalau dulu, nak kahwin, tak der pemeriksaan HIV pun, sekarang dah kena, dan yang terbaru ada exam plak sebelum dan selepas kursus.

Nampaknya makin susah sebenarnya nak kahwin. Tapi kalau anda antara orang yg. mendalami pengetahuan agama islam, ia tidak memberikan kesusahan. Apa pun anda perlu bersedia dengan perkembangan terbaru ini.

Kenduri kahwin semasa cuti Hari Raya...

Kebiasaanya, bila tiba cuti sekolah pasti ada kenduri kahwin, kerana masa tu ramai yang bercuti dan seang sebab anak-anak tidak ke sekolah. Kebetulan cuti  Hari Raya tahun ini bertembung dengan cuti sekolah.  Hah...apa lagi raya sakan la tahun ni, mesti guru-guru dan pelajar beraya sakan sebab cuti panjang. Tapi bagi yang kerjayanya seorang guru, cuti raya tahun ni macam biasa, macam tahun-tahun lepas ler jugak.
Pernah tak kita terfikir bahawa selain cuti sekolah, masa cuti raya juga kita boleh buat kenduri kahwin, sebab biasanya raya ni mesti cutinyer agak panjang 3-4 hari atau lebih. Jadi, boleh ler buat kenduri kahwin, tak payah tunggu cuti sekolah. Biasanya, orang buat kenduri kahwin pada raya ke-3 atau raya ke-4. Apa agaknya kelebihan kenduri masa cuti raya ni.

  1. Dah tentu meriah sebab semua orang cuti dan mungkin semua panggilan tetamu boleh datang.
  2. Sedara mara tak payah nak ambik cuti untuk hadir kenduri sebab memang dah apply cuti raya (jimat cuti tahun)
  3. Tak perlu berebut dengan orang lain tentang tarikh perkahwinan, sebab biasanya cuti sekolah tu ramai yang pilih tarikh yg. sama untuk buat kenduri.
  4. Boleh "HONEYMOON" dengan kos yg. lebih jimat, sebab biasanya hotel dan tiket flight mahal masa cuti sekolah.
  5. Boleh berjalan bawa pasangan ke rumah keluarga dalam suasana hari raya.

Jadi, anda ada pilihan sekarang sama ada nak buat kenduri kahwin pada cuti sekolah atau cuti hari raya. Pilih lah mana yang terbaik untuk anda dan keluarga anda.

Kami mengucapkan selamat pengantin baru kepada yang masih baru berkahwin dan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua pembaca bloh nii....Terima kasih

Suasa Majlis Pertunangan di Kampung Melayu Subang

Majlis pertunangan ini dilangsungkan pada 29 Jun 2013 lalu di Kampung Melayu Subang, majlis adik ipar. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar selancar lancar nyer. Sebab apa saya kata lancar kerana hanya mengambil masa 5 minit saja untuk pihak lelaki menyuarakan hajat dan terus dipersetujui oleh pihak perempuan tanpa sebarang bantahan. Kan mudah tu...Bila wakil sebut saja hantaran sekian byk, maskahwin sekian banyak dan tempoh pertunangan maksimum selama 1 tahun, terus jer setuju. Majlis jadi mudah tidak mengambil masa yang lama. Kenapa mudah yer...mungkin sebabnya:-

a) Bakal pengantin lelaki dan perempuan dan berbincang terlebih dahulu berapa wang hantaran, mas kahwin dan tempoh pertunangan.
b) Hasil perbincangan telah dimaklumkan kepada keluarga kedua-dua belah pihak dan mereka bersetuju.
c) Melantik jurucakap dari pihak lelaki dan pihak perempuan iaitu mereka yang memang arif dan pandai menyusun kata-kata.
d) Tidak perlu berpantun (yg. ni ikut adat negeri masing-masing) atau pun ayat berbunga-bunga.
e) Terus menyampaikan hajat
f) Tiada sampukan dari orang lain selain dari jurucakap dalam majlis itu

Maka terhasillah majlis bertunang yang mudah, hanya 5 minit sahaja untuk menyatakan persetujuan, dan lepas tu terus ke upacara sarung cincin. Berikut gambar pada majlis tu....jom tengok....













Dalam majlis tu pihak lelaki ramai jugak ler, hampir 10 buah kereta dan 11 dulang hantaran.

Terima kasih

Senarai Semak Bajet Perkahwinan

senarai semak kahwin
Musim cuti sekolah datang lagi minggu depan, dan tentu ramai dikalangan kita yang bercadang nak kahwin pada musim cuti begini kan. Namun adakah anda dah bersedia dengan keperluan majlis tersebut? Anda dah buat checklist perkara-perkara penting? takut nanti terlupa, hah... penat... Jadi sebelum terlupa, baik anda buat senarai semak, apa yang anda perlukan untuk majlis perkahwinan anda nanti mengikut bajet poket masing-masing. Kalau bajet besar ok lah, tapi kalau bajet seciput jer...baik semak betul-betul takut nanti kena berhutang plak...

Di bawah ni ada senarai semak yang anda boleh guna pakai sebagai panduan untuk anda semak keperluan majlis perkahwinan itu nanti. Rancang elok-elok supaya majlis berjalan lancar, anda pun senang hati.


Pra-Perkahwinan
Kursus perkahwinan
Wang hantaran - lagi kurang lagi bagus
Mas kahwin
Upah jurunikah - ikut tempat
Kad jemputan - nak murah pakai FB jer...
Setem
Cincin tunang
Cincin kahwin
* Barang kemas
* Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan
* Tempat penginapan untuk rombongan

Barangan Hantaran
Sirih junjung
Al-Quran
Telekung/sejadah
Kain ela
Baju kurung
Beg tangan
Tuala
Jam
Kasut
Satu set peralatan solek
Satu set penjagaan badan
Buah-buahan
Puding
Coklat
Kek

Juruandam
Pelamin
Bunga pahar
Bunga telur/cenderahati tetamu
Baju songket
Hiasan bilik tidur
* Pintu gerbang
Hiasan hantaran

Abadikan memori
Videografi yang siap disunting
* Jurugambar

Kanopi
Kanopi
Kerusi dan meja
Alas meja
Kipas siling
Lampu
Upah pekerja
* abaikan jika majlis perkahwinan dibuat di rumah

Hotel atau Dewan
Sewa hotel atau taman
Kerusi dan meja
Menu
Penyambut tetamu
Pengiring

Makan beradap
Set meja pengantin
Kerusi dan Meja
Alas meja
Skirting
Scallop
Kerusi banquet
Bunga bouquet
Lauk pengantin
Penanggah

Katering
Nasi dan lauk pilihan
Buah-buahan
Air (kordial)

Hiburan RM
Kompang
* Silat pengantin
* Cak lempong
Kumpulan marhaban/berzanji

Sistem PA
Satu set sistem PA
* DJ / MC

Bulan Madu RM
Percutian

Begitulah senarai semak sebagai panduan untuk anda. Cantas lah mana-mana perkara yang kurang penting kalau bajet tak berapa besar, contohnya DJ, hotel, jurufoto tak payah pun tak pa...Ikutlah bajet anda...

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr