Tips Bertunang


Bertunang bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Walaupun ia sekadai ikatan sebelum diijabkabul, namun banyak perkara yang perlu kita ketahui sebelum merancang untuk mengadakan majlis pertunangan. Tidak kiralah sama ada ia majlis pertunangan secara sederhana seperti kebiasaan yang dilakukan, tetapi ia perlu berjalan lancar tanpa sebarang masalah.


Jika membuat perancangan yang terperinci, semuanya akan berjalan lancar dan mudah. Anda perlu tahu perisian majlis pertunangan itu sendiri. Bukan main hantam jer… Jadi kena ada persediaan.

Perbincangan Awal
Kalau boleh pasangan bincang dulu perkara-perkara penting, kemudiaan masing-masing bincang pula dengan pihak keluarga. Jika semua dah selesai maka barulah diadakan majlis pertungan secara rasmi. Majlis ini Cuma nak mengesahkan sahaja apa yang telah dipersetujui. Kalau anda boleh buat macam ni, ia memudahkan proses dalam majlis bertunang itu. Tapi jika semua perkara baru nak dibincangkan semasa majlis bertunang, itu yang mengambil masa yang lama untuk mendapat persetujuan. Semua terpulang kepada anda. Antara perkara yang anda perlu bincang dan ambil perhatian ialah; 


1. Tarikh atau Masa
Sama ada majlis pertunangan tersebut jatuh pada hari cuti atau tidak. Contohnya bagi pasangan yang berasal dari pantai timur, cuti mereka jatuh pada hari Jumaat, manakala tempat lain jatuh pada hari Ahad. Perlunya perbincangan yang teratur agar tidak berlaku ahli keluarga yang tidak dapat hadir. Termasuk juga masa yang dipilih, sama ada sesuai atau tidak dengan keadaan sekeliling. Sesetengah tempat memilih waktu pagi, ada juga memilih selepas zohor dan ada juga waktu malam. Namun ia bergantung kepada anda untuk membuat pilihan yang terbaik.


2. Pertemuan Ringkas
Sebelum majlis pertunangan, keluarga kedua-dua pihak telah berbincang tentang pertunangan yang hendak diadakan seperti jumlah wang hantaran, jumlah dulang hantaran, tarikh perkahwinan, tempoh ikatan pertunangan dan lain-lain lagi untuk mengelakkan kekeliruan.


3. Selitkan Tema
Tidak salah jika anda memilih untuk mengadakan tema pada majlis pertunangan. Ianya mengikut cita rasa anda. Jika anda ingin mencipta kelainan, teruskan dengan niat itu. Ia akan lebih cantik dan meriah. Apapun biarlah majlis pertunangan tersebut sederhana.


4. Kos
Walaupun majlis pertunangan anda dirancang sederhana, namun biarlah tidak membazir kepada sesuatu yang tidak penting. Jika anda mempunyai bajet yang lebih, tidak salah anda fokuskan kepada cincin, solekan, baju, hiasan bilik, barang hantaran dan jurugambar. Semuanya tidak semestinya mahal dan berjenama. Bimbang nanti jika tersalah pelaburan, majlis pertunangan anda jadi kelam kabut dan tidak sempurna. Jadi fikir yang lebih sesuai dan perlu diberi perhatian.


5. Makanan
Ini penting terutama kepada tetamu yang datang dari jauh. Pastikan ada hidangan yang menyelerakan kepada semua. Tidak kiralah secara gotong-royong atau menggunakan khidmat katering. Jika ada bajet lebih, tidak salah menggunakan khidmat katering. Ia lebih mudah dan anda pula tidak kelam-kabut membuat persediaan memasak di rumah.


6. Rakaman
Tidak kiralah gambar atau video, sudah pasti anda ingin menyimpan kengan majlis pertunangan anda dengan pasangan. Dalam hal ini anda tidak semestinya menggunakan khidmat jurugambar professional sahaja. Anda boleh juga meminta sanak-saudara atau adik-beradik untuk merakamkan detik manis tersebut. Jika anda menggunakan khidmat mereka, masih ada kenangan yang tersimpan. Namun tidak salah jika anda inginkan sesuatu hasil yang memuaskan untuk album atau video pertunangan anda. Semua pilihan berada di tangan anda.



Kesimpulannya, perkara-perkara yang akan dibincang oleh kedua keluarga pada hari pertunangan:
  1. Tarikh nikah/ berlangsung kat mana?
  2. Tarikh kenduri ?
  3. Jumlah wang hantaran?
  4. Jumlah wang mas kahwin
  5. Jumlah barang hantaran semasa kahwin?
  6. Mungkin juga boleh bincang jika hubungan pertunangan terputus ditengah jalan, hantaran, cincin macam mana, nak pulangkan ke tak?
Pandai-pandailah anda menyusun ayat yang baik dan indah semasa majlis tersebut.


Terima kasih

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr