Ketenangan Abadi

Sesungguhnya Isteri itu pakaian bagi suami dan suami itu pakaian bagi isteri

Pelamin Impian

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Bersama Berbahagia Hidup Bersama

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Mawar Merah Lambang Cinta Sejati

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Tip Mengambil Hati Pasangan





















Bahtera rumahtanggan memerlukan kerjasama dan toleransi penghuninya. Dalam konteks ini, suami isteri perlu bekerjasama dan saling memahami antara satu dengan lain. Berikut tip bagaimana untuk mengambil hati pasangan masing-masing.



Tips mengambil hati suami

1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami.
2. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
3. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
5. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh.


Tips mengambil hati isteri

1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda.
2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta.
4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.

Terima kasih


Lagi Istilah Munakahat

Assalamualaikum semua,

Ingat tak lagi, sebelum ni saya ada menulis 7 istilah perkahwinan? Dan kali ini saya sambung dengan memberi 7 lagi istilah perkahwinan yang wajib kita tahu untuk menempuh alam rumah tangga.



















Jom sama-sama kita lihat dan faham istilah tersebut

Mahar – Mas kahwin iaitu pemberian kepada isteri dengan sebab nikah sama ada berupa wang atau barang-barang bermanafaat.

Nafkah – Apa yang wajib atas suami menyempurnakannya untuk keperluan isterinya.

Nikah – Perjanjian yang menggunakan perkataan nikah atau kahwin bagi menyatukan lelaki dan perempuan bagi mengharuskan pergaulan dan menghalalkan persetubuhan.

Nikah Mahalil – Nikah cina buta. Ia diharamkan dalam islam.

Nusyuz – Keengganan isteri dari menunaikan kewajipannya terhadap suami.

Rujuk – Kembali semula kepada ikatan perkahwinan dengan perempuan yang telah diceraikannya di dalam masa idah.

Ta’liq - Lafaz talak ta’liq (talak tergantung) yang dibaca dan dilafazkan oleh suami selepas aqad nikah dijalankan.

Terima kasih

p/s: Download calender wallpaer Percuma di sini...

Tip Mertua-Menantu

Salam,

Tip hari ni adalah mengenai hubungan anda dengan mertua. Macam mana untuk anda menghadapi suasana keluarga baru disebelah pasangan anda. Tengok kat bawah ni saya ada berikan sedikit tip yang berguna untuk kita amalkan.

Semoga ia menjadi panduan kepada kita semua, yang baru kahwin dan juga yang dah lama kahwin.




Tips hubungan dengan mentua-menantu seperti berikut:

1. Cuba bermesra - Kuncinya adalah usaha. Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian bersama. Pokok pangkalnya, mentua anda adalah orang yang selama ini membesarkan pasangan anda dan bagi mentua yang ditakuti menantu, terimalah kenyataan yang anak anda sudah memilih menantu anda itu untuk menjadi pasangan hidup mereka. Kalaupun anda tidak dapat menyukai mereka, tunjukkanlah rasa hormat dan kewarasan anda. Jika kedua-dua pihak bercanggah pendapat, tunjukkan persetujuan atau bangkangan anda dengan cara yang betul dan jangan pula mengkritik atau memberi komen negatif di belakang mereka.

2. Dahulukan keluarga anda - Memandangkan anda sudah berumahtangga dan mempunyai anak,keutamaan seharusnya diberikan kepada keluarga anda kini. Mungkin kedengarannya tidak patut, namun jika anda terus meletakkan ibu bapa lebih dulu daripada pasangan anda serta anak-anak, mereka akan mula berasa 'jauh' dengan anda. Ini bermakna, jangan biarkan ibu atau bapa anda campur tangan dalam membuat keputusan untuk keluarga anda. Apabila timbul apa-apa masalah, anda haruslah tampil untuk mempertahankannya. Rungutan yang selalu didengari mengenai mertua selalunya membabitkan campur tangan yang keterlaluan mereka dalam kehidupan anak mereka yang sudah berkahwin. Mereka seharusnya sedar bahawa anak mereka kini sudah mempunyai kehidupan sendiri dan cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri. Bagi anda yang merasakan mertua terlalu masuk campur dalam urusan rumah tangga anda, cuba beritahu mereka secara baik dan pada masa sama melayan mereka dengan baik.

3. Usah babitkan anak-anak dalam masalah - Andainya hubungan anda dengan mentua tidak begitu baik, jangan babitkan anak-anak di dalamnya. Anak-anak tidak seharusnya didedahkan dengan hal negatif yang berlaku antara anda dengan datuk, nenek atau bapa saudara dan ibu saudara mereka. Lebih-lebih lagi jika anak-anak anda rapat dengan mereka. Pada ibu bapa pula, jangan sesekali menggunakan cucu anda sebagai umpan.

4. Dapatkan nasihat - Sesekali, mintalah pendapat atau nasihat daripada mentua anda. Dengan cara itu, mereka akan merasakan masih mempunyai impak dalam kehidupan anak mereka selain merasa dihargai sebagai seorang yang berpengalaman. Jika anda lakukannya sebelum perkahwinan, anda berpeluang mendapat sedikit sebanyak gambaran mengenai keluarga yang bakal anda sertai itu.

5. Terima seadanya - Jika hubungan anda dengan mentua tidak dapat dibantu lagi, terimalah ia seadanya. Lama-kelamaan, hubungan ini akan beransur baik. Apapun, pastikan mereka tahu bahawa anda sayangkan anak mereka dan sanggup berkorban apa saja untuk keluarga.

Terima kasih.
admin

Beberapa tip mencari jodoh!


Assalamualaikum,

Jodoh pertemuan ditangan Tuhan tetapi kita sebagai manusia perlulah berusaha mencari jodoh yang sesuai dengan citarasa kita dan kehendak agama. Mungkin ada yg. tertanya-tanya, macam mana nak cari jodoh ni yeeee...

Berikut adalah beberapa tips untuk anda mendapat jodoh.


1. Minta bantuan dari ibu bapa (teknik turun temurun) - teknik ini sangat popular ketika dahulu dimana ibubapa mencari jodoh untuk anak mereka tetapi ia masih lagi boleh digunapakai untuk zaman ini kerana ibubapa mempunyai kenalan dan mungkin mereka tahu bagaimana akhlak anak rakan mereka tersebut untuk dijadikan calon.



2. Hadiri aktiviti - sertai pelbagai aktiviti. Lagi banyak anda terlibat, lagi banyak pendedahajan dan perkenalan. Orang yg. aktif tentu ramai kenalan kan...

3. Minta bantuan rakan - Mungkin rakan anda ada kenalan yang sesuai untuk diperkenalkan kepada anda.

4. Minta bantuan adik beradik

5. Chat room - Anda perlu berhati2 dengan teknik ini kerana bimbang ada penipuan secara maya, maklumlah kita sukar nak tahu cerita sebenar melainkan bersemuka.

6. Laman cari jodoh - Teknik ini juga anda perlu berhati-hati.

7. Cari sendiri - Mungkin anda tahu pilihan yg. bagaimana yg. sesuai dengan anda. Kalau anda masuk universiti, ia merupakan platform yg. baik untuk pencarian jodoh, tapi jangan lupa batasan agama semada perkenalan.

Yang mana satu pilihan anda ? Silakan...

Download panduan perkahwinan percuma di sini...

Terima kasih

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr