Ketenangan Abadi

Sesungguhnya Isteri itu pakaian bagi suami dan suami itu pakaian bagi isteri

Pelamin Impian

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Bersama Berbahagia Hidup Bersama

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Mawar Merah Lambang Cinta Sejati

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Facebook Punca Perceraian?

Semalam saya sempat membaca Harian Metro yang ada artikel yang saya agak terkejut adalah ramainya pasangan dah berkahwin bercerai akibat Facebook. Mula-mula tak terfikir macam mana Facebook boleh menyebabkan mereka bergaduh lalu bercerai, bila habis baca artikel tu, memang logik dan masuk akal.




Rasa tak percaya pun ada bila baca metro yang mendedahkan tentang kesan negatif Facebook. Menurut laporan yang diperolehi melalui kajian tentang FB, ramai pasangan yang berpisah kerana pasangan yang curang, dan segala macam masalah yang berpunca dari laman sosial yang semakin menghantui pelbagai lapisan masyarakat terutamanya remaja dan golongan muda. Busy manapun seseorang itu, masih ada masa nak ber FB semata-mata tidak mahu ketinggalan zaman dengan teknologi ICT.

Tidak tergambar lagi ada pasangan yang rumahtangganya bagai retak menunggu belah tidak sampai sehari mendaftar dengan FB.

Sebenarnya kita terlalu banyak disogok dengan budaya macam ni hingga cerdik pandai pun ramai terpedaya. Ini boleh dikatakan sebagai fitnah alam siber.

Daripada bacaan saya, banyak kes perceraian berlaku gara-gara berpunca daripada pasangan yang merujuk semula kekasih lama yang ditemui dalam FB. Maka, bila dah jumpa kekasih lama, perasaan pun mula menghantui lalu mengabaikan tanggungjawab sebagai suamia atau isteri.

Mengapa boleh berlaku macam tu? Ini semua kerana kejahilan kita dalam memanfaatkan teknologi ICT yang ada. Kini bukan lagi kita yang menguasai teknologi, tetapi teknologi telah menguasai kita.

Justeru, berhati-hati dan gunakan kebijaksaan anda ketika menggunakan FB. Jangan sampai ia menjadi punca kepada kegagalan kita.

Terima kasih

Soalan Mimie Nurul Mengenai Kahwin Sepupu

Terima kasih kepada Mimie Nurul yang bertanyakan soalan ini. Macam mana kalau berkahwin dengan sepupu? Apa pro & kons nyer... Bagaimana pula dari sudut syariah... Ada yang kata anak kemungkinan jadi cacat atau down-sindrom.
Mungkin ada antara kita yang telah berkahwin sepupu. Jadi bagaimana butiran lanjut mengenai perkahwinan seperti ini. Jom kita baca...


Berkahwin dengan kaum keluarga terdekat yang bukan mahram seperti sepupu dan seumpamanya adalah antara perkara yang dibenarkan oleh Allah swt sebagaimana firman Allah setelah menerangkan wanita-wanita yang diharamkan berkahwin dalam ayat 24 surah al-Nisa’ yang bermaksud: “Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu…” Juga firmanNya dalam surah al-Ahzab ayat 50 yang bermaksud: “…dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu…”

Tiada perselisihan tentang hukum boleh berkahwin dengan mereka, cuma para ulama berselisih pandangan tentang hukum boleh tersebut. Ada yang mengatakan boleh tetapi makruh seperti pandangan mazhab Syafie dan Hanbali. Ada yang mengatakan harus (boleh), seperti pandangan mazhab Maliki dan ada yang mengatakan sunat seperti pandangan mazhab Zahiri.

Pendapat kedua (yang mengatakan hukum berkahwin dengan mereka boleh atau harus) lebih rajih (kuat) berdasarkan dalil-dalil berikut:

1. Firman Allah swt dalam surah al-Nisa’ ayat 3 yang bermaksud: “…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari kalangan perempuan…”

2. Rasulullah saw sendiri berkahwin dengan sepupu baginda yang bernama Zainab, bahkan baginda sendiri mengahwinkan anak perempuan baginda Umm Kulthum dan Ruqayyah dengan ‘Utbah dan ‘Utaybah yang kedua-duanya adalah sepupu kepada anak-anak perempuan baginda, serta baginda juga mengahwinkan Fatimah dengan Ali (Ali adalah sepupu baginda).

Oleh itu tidak berbangkit masalah wali dan waris jika berlaku perkahwinan di antara sepupu, kerana perkahwinan itu sendiri adalah dibenarkan oleh Allah swt bahkan dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW.

Mungkin ada yang mengatakan perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu akan menyebabkan berlaku kecacatan pada anak yang bakal dilahirkan. Namun dakwaan ini tidaklah boleh diterima secara mutlak, kerana banyak kajian-kajian perubatan yang dijalankan mutakhir ini menunjukkan risiko untuk mendapat anak yang cacat atau mempunyai penyakit warisan hanya pada nisbah 7-8 peratus sahaja bagi suami dan isteri yang terdiri daripada keluarga terdekat, manakala risiko yang sama hanya pada kadar 5 peratus sahaja jika suami dan isteri bukan terdiri daripada keluarga terdekat. Kajian-kajian tersebut membuat kesimpulan bahawa tidaklah boleh untuk menghalang daripada berlakunya perkahwinan di kalangan keluarga terdekat, sebaliknya mereka hendaklah dinasihatkan menjalankan pemeriksaan perubatan terlebih dahulu sebelum melangsungkan perkahwinan bagi mengenal pasti penyakit yang mungkin diperolehi oleh anak yang bakal dilahirkan. Tambahan pula, perkahwinan di antara keluarga terdekat juga turut mempunyai sudut-sudut yang positif, seperti mengekalkan sifat-sifat istimewa tertentu yang terdapat dalam sesebuah keluarga seperti pintar, kuat, cantik dan sebagainya. Pada ketika itu, perkahwinan dengan keluarga terdekat adalah lebih baik daripada perkahwinan dengan orang yang jauh kerana sesuatu keluarga itu akan terus mengekalkan sifat-sifat baik tersebut.

Kesimpulannya, perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu adalah halal dan dibolehkan secara mutlak, dan tidak ada kemudaratan yang berterusan padanya. Tidak mungkin Allah membolehkan sesuatu secara berterusan dan mutlak, kemudian perkara itu mempunyai kemudaratan umum terhadap manusia.

Rujukan : Sekretariat Majlis Ulama ISMA

Perlu ke Buat Pinjaman untuk Kahwin?

Pejam celik pejam celik, dunia semakin berubah. Sekarang semua benda dahn berubah. Nak kahwin pun dah berubah, dulu gotong-royong, kini pakai catering, dulu hanya bunga telur, sekarang macam-macam ada, kuih, dodol, coklat, cendol pulut pun ada.

Bila dah macam-macam ada, maka kosnya juga bertambah. Bila kos bertambah, mula la duit pun tak cukup. Jadi nak pinjam ke tak?


Dari segi kos memang meningkat, dulu hantaran RM4-6 ribu (lebih kurang), sekarang RM7-10 ribu, tu kira murah dah la tu...Nak buat kenduri pihak lelaki lagi, paling tidak pun pihak lelaki kena ada 15 ribu nak kahwin. Tu tak masuk nak pergi honeymoooooooon lagi...

Persoalannya, perlukan kita buat pinjaman untuk kahwin?? Sebab nak kumpul duit simpanan cukup RM15 ribu tu lambat, bila nak kahwin nyer...Jadi anda rasa patut ke buat pinjaman untuk kahwin.

Pendapat saya macam ni, katakan kos kahwin tu RM15 ribu, tak kan la nak pinjam RM15 ribu, tak kan tak der simpanan sesen kot. Cukup rasanya pinjam RM10 ribu dan di topup simpanan RM5 ribu. Pinjam 10k baru berapa bayaran sebulan yer tak...

Yang penting, kalau nak buat pinjaman anda perlu:-

1) Pastikan jumlah pinjaman itu tidak terlalu besar, nanti nak bayar balik semput. Pinjam sekadar nak topup sahaja, bukan pinjaman keseluruhan. Makner nyer perlu ada simpanan jugak.
2) Pastikan anda tidak menggunakan kad kredit untuk belanja perkahwinan, kerana ia amat membebankan selepas anda kahwin nanti.

Sekarang banyak kemudahan pinjaman peribadi, terutamanya sapa yang kerja kerajaan. Jadi rasanyer tak salah untuk kita meminjam untuk perbelanjaan perkahwinan nanti asalkan kita pandai tidak melebihi amaun yang kita mampu bayar.

Apa pulak pendapat anda, pinjam ke tak?

TQ

Suami boleh didakwan jika paksa isteri...

Sekarang ni macam-macam insiden berlaku kepada rumahtangga, suami dera isteri, isteri dera suami, bahkan saya terbaca dalam kosmo tengah hari tadi, suami boleh di dakwa jika paksa isteri melakukan hubungan intim. Wow...
Mungkin zaman ini banyak perkara negatif berlaku sehinggan pihak berkuasa terpaksa ambil tindakan kepada para suami yang rakus...


Sang suami boleh didakwa di bawah Seksyen 376 kanun Keseksaan, jika memaksa isteri melakukan hubungan kerana ia dianggap seperti merogol isteri. Rasionalnya, tiada keadilan kepada pihak isteri jika ia tidak rela untuk melakukan hubungan intim.

Nah, sang suami, hati-hatilah dengan semua ini, jangan main ikut suka ja, mintak dulu keizinan isteri sebelum melakukan adengan itu. Baru adil dan saksama.

Memang ISLAM itu indah, memelihara kepentingan semua kaum secara adil dan saksama.

Apa pendapat anda plak mengenai isu ini... Luahkan...

Tip Mengesan Jenis Kelamin Bayi dalam Kandungan (Tanpa ujian ultrasound)

Dalam dunia perubatan, ujian ultrasound digunakan untuk mengesan jantina bayi yang dikandung ibunya. Walaupun begitu cara-cara tradisional atau naluri seoranng ibu telah banyak terbukti tepat biarpun sekadar meneka buah hati yang dikandungnya.


Hasilnya memang tidak dijamin 100 peratus, tetapi ramai wanita hamil yang telah membuktikannya selama beratus-ratus tahun. Beberapa cara yang boleh dilakukan untuk meneka jenis kelamin tersebut adalah:

1. Mengalami mual-mual yang agak teruk selama trimester pertama itu pertanda akan mendapat bayi perempuan. Sebaliknya jika tidak mengalami mual-mual teruk atau tahap mualnya rendah petanda anak laki-laki.

2. Tonjolan perut tinggi (runcing) petanda anak lelaki. Sebaliknya jika tonjolan perut rendah petanda anak perempuan.

3. Tubuh terasa lebih bengkak terutama pada peha dan punggung dipercayai sebagai tanda anak perempuan yang sedang mengambil kecantikan ibunya. Tapi jika kelebihan berat badan cenderung ke depan itu pertanda anak lelaki.

4. Lebih suka makanan yang mengandungi protein seperti daging serta suka makanan yang masin dan asam itu pertanda anak lelaki. Sebaliknya jika suka makanan manis dan buah-buahan petanda anak perempuan.

5. Posisi tidur jika lebih suka arah utara dipercayai petanda anak laki-laki, tapi sebaliknya jika lebih senang tidur ke arah selatan petanda anak perempuan.

Memang belum ada bukti ilmiahnya, tapi dari pengalaman perempuan-perempuan hamil ciri-ciri tersebut terjadi ketika mereka mengandung anak lelaki atau perempuan.

Wallahu A'lam...

Ketahui Rahsia Akad Nikah!

Satu perkara yang penting yang selalu diambil mudah oleh bakal pengantin adalah akad nikah, kerana kebiasannya mereka lebih fokus kepada persediaan sebelum berkahwin seperti bunga telur, panggilan kenduri, katering, khemah, baju pengantin, pelamin dll. Tahukah anda, ramai pengantin lelaki yang terpaksa ulang akadnya hingga berkali-kali sebelum jurunikah dan saksi mengatakan SAHHHH.....


Sebenarnya tidak salah untuk buat persediaan perkahwinan, tetapi jangan terlupa atau abaikan persediaan upacara akad nikah. Kerana ia bakal mencabar maruah pengantin lelaki jika tok kadi suruh ulang akad sampai 3-4 kali.
Jadi, apa persediaan yang perlu dilakukan? Sebenarnya anda perlu tahu beberapa perkara sebelum akad nikah ni, antaranya:

1) Ayat-ayat yang digunakan oleh tok kadi semasa akad
contoh: Aku nikah akan dikau.....

Ayat2 ini berbeza mengikut negeri masing2. Kekadang, walaupun sedikit saja pengantin tersilap sebut lapaz akad ini, maka dah jadi tak sah.

2) Bersedia soalan dari Tok kadi. Biasanya dia akan tanya rukun nikah, syarat wajib nikah, dia suruh baca fatihah, mengucap, baca kunut. So be prepare yg tu.

3) Pastikan anda datang awal, jangan tok kadi sampai dulu dari anda.

4) Berlatih menyebut nama penuh isteri anda dengan betul. Kalau isteri anda nama panjang, susah la skit kan...

dan banyak lagi...

Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai 10 jenis kesilapan yg. biasa dilakukan oleh pengantin lelaki semasa akad dan 6 tip penting sebelim akad nikah,

sila layari http://www.nikahkahwin.com/


Terima kasih

Perlukah Berbulan Madu?

Bulan madu selalu dikaitkan dengan keindahan, kebahagiaan, keseronokan. Setiap pasangan yang kahwin rasanya mesti merancang untuk berbulan madu bila kahwin nanti kan... Agaknya kemana nak pergi berbulan madu ni. Mungkin itu yang selalu difikirkan.

Namun adakah anda telah membuat persediaan untuk pergi berbulan madu selepas kahwin nanti. Ramai pasangan yang nak berbulan madu, tapi tak bersedia...


Sebenarnya, perlukah anda pergi bulan madu selepas kahwin nanti? Mungkin ada yang kata perlu, ada yang kata tak perlu lah...

Mengapa Perlu
--------------

1. Menikmati hidup yang dulunya haram tetapi kini telah halal (faham-faham la)
2. Menenangkan jiwa anda di tempat peranginan sambil ditemani insang tercinta
3. Berehat setelah penat mengadakan kenduri kahwin
4. Merasai sendiri pengalam bagaimana yang dikatakan bulan madu itu.
5. Memberi perhatian seketikan kepada pasangan setelah sibuk persiapan perkahwinan.

dll...

Mengapa Tidak Perlu
--------------------

1. Bajet tidak mencukupi
2. Cuti tak ada
3. Jangan sampai berhutang

Sebenarnya perlu atau tidak adalah bergantung kepada bajet pasangan itu sendiri. Kalau bajet ada, pergilah melancong ke mana pun. Tetapi kalau bajet tak ada, dinasihatkan tak perlu sebab itu bukan benda yang wajib pun...

Kalau anda ada RM3-4 ratus pun dah memadai untuk pergi bulan madu ke tempat menarik yang berhampiran, contohnya ke Langkawi, pun sudah memadai. Tak payah la habis beribu-ribu ringgit melancong jauh-jauh, kerana banyak lagi keperluan lain yang perlu contohnya persiapan nak masuk rumah, alatan perabot dan lain-lain. (kalau anda jutawan tak pa la...)

TIPS: Jika anda ingin berbulan madu selepas kahwin nanti, pastikan anda masukkan bajet berbulan madu ini dalam senarai untuk simpanan anda bulan2.

Bagi anda yang ada pengalaman berbulan madu & pengalaman tidak berbulan madu, kongsi-kongsikan ler pengalamn tu...

Berkahwin Menjelangnya Ramadhan!

Jika anda bertanya kepada orang tua-tua dahulu, boleh tak kahwin di saat hampirnya bulan Ramadhan atau bulan puasa? Sudah tentu mereka akan mengatakan tidak berapa sesuai, Mengapa tidak sesuai? Mesti ada sebab dan musababnya kan.

Bagi anda dan sesiapa sahaja yang nak berkahwin, sudah tentu anda berkata bahawa sesuai, sebab apa, sebab tak sabar-sabar nak kahwin. Tapi, orang tua-tua berfikir lebih panjang daripada kita yang muda. Mungkin ada implikasi yang negative lebih banyak dari yang posotif.
Okey, mengapa orang tua-tua tak menggalakkan kahwin apabila menjelang Ramadhan?


Sudah tentu jawapannya adalah, takut si pengantin tidak dapat menahan hawa nafsu yang sedang bergelora, maklumlah baru berkahwin, perkara yang haram sebelum ini telah menjadi halal. Bimbang takut-takut anda terlajak hingga terlanjur bersama isteri anda.

Mungkin kita sibakal pengantin kata, taka pa, boleh kawal, boleh control, mana tahu, tiba-tiba anda tak boleh kawal kerana tak dapat menahan nafsu yang membara, sampai tak sempat tunggu malam hari, kan bahaya tu…

Biasanyanya, lepas kahwin orang pergi HONEYMOON, jadi jika anda kahwin menjelang puasa, takut tak sempat nak pergi honeymoon, bulan puasa pun sampai. Tak kan nak pergi honeymoon bulan puasa kot.

Jika anda terlanjur, hukuman,denda yang dikenakan kepada anda adalah Kaffarah. Bukan setakat kaffarah, wajib mengqadha’ puasa yang terbatal itu. Kan berat tuuu….

Kaffarah tersebut hendaklah mengikut urutan di bawah;

a) Membebaskan seorang hamba mukmin sama ada lelaki atau wanita

b) Jika tidak didapati atau tidak mampu, hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut (yakni tanpa selang),

c) Jika tidak mampu, hendaklah ia memberi makan 60 orang miskin dengan setiap orang satu cupak makanan asasi penduduk setempat. Bagi penduduk di Malaysia ini, makanan asasinya ialah beras.

Jadi, adakah anda mahu teruskan juga berkahwin dibulan Ramadhan, tepuk dada, Tanya Iman anda. Jika anda benar-benar yakin boleh control, teruskan, tetapi jika bimbang terkena kaffarah, tunggulah lepas raya baru kahwin…

Terima kasih

Maya - Steven dan Mahkamah!

Tidak sampai sejam pernikahan mereka disahkan, pelakon dan model, Maya Karin dan suaminya, Steven David Shorthose ‘dihujani’ dengan persoalan berhubung perceraian.

Bagaimanapun reaksi yang diterima daripada kedua-dua mereka amat berbeza. Terdahulu, kira-kira pukul 3.36 petang, Steven, 41, atau nama Islamnya, Mohamed Ali Abdullah tiba di Mahkamah Rendah Syariah di sini dengan ditemani oleh seorang rakan perempuan dipercayai peguam syarie yang bertindak sebagai penasihatnya.


Maya atau nama penuhnya, Maya Karin Roelcke, 31, pula tiba kira-kira 20 minit kemudian dengan ditemani dua orang saudaranya.

Pelakon utama filem Pontianak Harum Sundal Malam itu sempat menegur dan bersalaman dengan petugas media yang menunggunya sejak pukul 3 petang. Steven yang tidak diwakili peguam syarie, hanya ditemani rakan perempuan tersebut.

Pada prosiding hampir sejam itu, hakim syarie itu memutuskan pernikahan Maya dan Steven pada 14 Ogos 2008 di Vila La Corte del Lago, Tasik Como, Bellagio, Itali sah dari segi hukum syarak. Kedua-dua mereka ketika itu dinikahkan oleh Imam Abdullah yang didatangkan khas dari Algeria.

Permohonan pengesahan pernikahan itu dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Kira-kira pukul 4.30 petang, Steven dan rakannya keluar dari kamar hakim.

Pada ketika ini, Steven hanya tersenyum dan menyatakan We married, married, ketika ditanya mengenai prosiding tersebut.

Terus diasak dengan persoalan cerai, Steven akhirnya menyatakan, dia tidak kisah sekiranya Maya mengambil langkah untuk memfailkan perceraian malah dia turut menjangkakan bahawa pelakon itu yang akan ‘membuka langkah’ ke arah itu.

Walaupun menyatakan masih ada rasa cinta pada isterinya, Steven mengesahkan perceraian akan tetap berlaku di antara mereka.

Sementara itu, pelakon filem Anak Halal dan Pisau Cukur itu terus ‘kunci mulut’ terhadap setiap pertanyaan yang diajukan oleh pihak media termasuk keputusan yang dibuat oleh hakim syarie.

Diminta memberi komen mengenai perasaan Steven terhadapnya dan isu perceraian, Maya dilihat terdiam seketika sebelum menjawab: ‘‘Lebih baik macam ni. Lebih baik saya tutup mulut dan ia baik untuk semua,’’ dengan riak wajah yang seakan-akan hendak menangis.

Ditanya sama ada pelakon itu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, Maya memberitahu: ‘‘Semua manusia mesti bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.’’ Beliau turut menyatakan, pasangan itu sedang cuba menyelesaikan masalah mereka dengan baik.



Bercinta di Universiti, Faedahnya...

Universiti merupakan tempat menceduk ilmu sebanyak mungkin. Ia jugak tempat ehmm...ehmm... kepada sesetengah individu. Betul ke?
Tidak salah untuk bercinta kerana memang kita dilahirkan untuk cinta mencintai, tetapi perlu ada adab dan batasannya.

Selepas SPM, masuk universiti seusia 19-20 tahun, tengah semarak nak bercinta masa tu. Ketika ini lah kita perlu hati-hati supaya cinta tidak mengatasi pelajaran di universiti.


Ada sesetengah pihak, bila di universiti, keputusan exam merudum jatuh hanya kerana masa banyak terbuang bersama pasangan. Namun ada juga pasangan yang pandai membahagikan masa mereka dan hasilnya keputusan exam meningkat lebih baik.

Pengalaman saya semasa di universiti, memang ada yang berjaya sambil bercin dan ada juga gagal kerana cinta. Yang mana satu nak pilih? Tentu lah bercinta dan berjaya.

Antara kelebihan bercinta semasa belajar di universiti:

1) Dapat bertukar fikiran secara terbatas
2) Discussion pelajaran, kalau kursus yg. sama
3) Saling bantu membantu
4) Meningkatkan motivasi jika pasangan dapat keputusan yg baik
5) Dan yang lebih bagus lagi, kalau itu lah pasangan yg anda pilih sebagai calon isteri, maka anda boleh nilai sejak dari universiti lagi.

Tetapi awas, jangan sampai percintaan itu memakan pelajaran kerana:

1) Banyak membuang masa bersama dari mentelaah pelajaran
2) Banyak habis duit kerana enjoy
3) Belajar semata-mata untuk lulus, bukan nak score kerana matlamat telah bertukar.
4) Hilang fokus, tumpuan kepada study

Semuanya bergantung kepada diri masing-masing, kalau pandai membawa diri, nak bercinta pun tak pa, tapi kalau takut hanyut, lebih baik jauhkan dari bercinta dikampus. Biasanya tahun akhir adalah masa paling sesuai untuk kita mengintai-intai pasangan yg. kita inginkan, kerana kalau se awal tahun pertama dah mencari pasangan, bimbang kalau-kalau tersasar dari matlamat asal ke universiti.

Tepuk dada tanya hati anda...

Kahwin diusia Muda?

Bak irama lagu, "Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang". Adakah maksud lagu itu suruh kita kahwin cepat? Atau maksudnya tak payah bercinta lama-lama, kenal jer terus kahwin atau...

Sapa tak nak kahwin yer tak, rasanyer semua orang nak kahwin, cuma modal jer tak cukup. Tu yang ada yang sanggup berhutang semata-mata nak kahwin...



Berkahwin diusia muda ni, ada pro dan kons nyer... Pandangan saya, tak salah nak kahwin muda asalkan anda telah bersedia. Kekadang, kahwin diusia lanjut pun rasa masih belum bersedia kan...Cuba tanya pengalaman mereka yang kahwin tua...
Umur yang paling ideal untuk seorang lelaki itu berkahwin adalah antara 25 - 33 tahun bagi lelaki dan perempuan pula antara 20 - 28 tahun. Tetapi ketika usia inilah banyak masalah timbul, antaranya:

1) Duit tak cukup
2) Baru mula kerja, nak bantu keluarga dulu
3) Masih belajar di universiti
4) Tak bersedia
5) Tak puas nak enjoy lagi
6) Ada yang tak reti nak cari pasangan pun ada....he...he

dan macam-macam...

Rasanya nak tunggu sampai umur 30 lebih baru nak bersedia ker? Belum tentu...Kelebihan kahwin diusia muda antaranya:

1) Sama-sama bekerja membina ekonomi rumahtangga
2) Terselamat dari fitnah
3) Dapat mengawal pergaulan
4) Melepaskan nafsu yang memang tengah bergelora
5) Susah senang berdua, bukan sorang-sorang
6) Yang paling untung, anak kita membesar pada ketika usia kita masih muda.

Untuk pengetahuan, saya berkahwin diusia 26 tahun, kira sedang elok la orang kata...ha...ha...Kini anak dah 4, umur kira muda la lagi...Bayangkan kalau lewat kahwin, umur dah 35 tahun, anak baru berusia 2,3 bulan, umur 40, anak tak sekolah lagi...

Jika benar-benar nak berkahwin pada usia ideal, rancang dari sekarang, simpan ler duit sikit-sikit, lama-lama cukup la tu. Yang penting jangan berhutang, takut nanti anak-anak dah besar, hutang kahwin tak habis bayar lagi...

Pandangan anda macam mana plak....

Hamil Luar Rahim, Ancam Nyawa?

Setelah berkahwin, seperti biasa pasangan berhajat untuk menimang cahaya mata. Mereka akan berusaha untuk memperolehi anak kerana mungkin bimbang mertua akan berkata, dah 2 tahun kawwin, anak tak der ke? Namun, jika anda telah hamil, pastikan kandungan bukan diluar rahim, kerana ia amat merbahaya kepada si ibu...


Kandungan luar rahim atau istilah perubatannya kehamilan ektopik merupakan satu proses patologi yang amat jarang berlaku. Ia terjadi apabila fetus membesar di luar kawasan rahim atau uterus.

Kandungan seumpama ini merupakan ancaman kepada nyawa si ibu kerana ia berisiko menyebabkan pendarahan yang banyak serta koyakan tisu.

Kes seperti ini berlaku apabila telur yang subur dan telah bersenyawa tidak tertanam di dalam rahim. Sebaliknya dalam kebanyakan kes kandungan di luar rahim, telur tersebut tertanam di dalam tiub fallopio atau ovari. Kadangkala terdapat juga keadaan di mana telur tersebut melekat dalam ruang abdomen.

Kehamilan jenis ini merupakan keadaan perbidanan yang serius dan memerlukan rawatan perubatan segera.

Jika telur yang akan berkembang menjadi embrio tertanam di luar kawasan uterus, maka secara logiknya ia tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk membesar.

Bukan itu sahaja, embrio tersebut juga tidak mendapat khasiat yang mencukupi untuk tumbesaran serta pembangunannya.

Tiub fallopio terlalu sempit untuk fetus yang membesar dengan pesat, jadi besar kemungkinan boleh terjadi kerosakan serta koyakan pada tisu di kawasan tersebut.

Bila itu terjadi maka pendarahan akan berlaku dan mengancam nyawa wanita tersebut.

Anda Tak Der Modal Besar Nak Kahwin?

Sapa nak kahwin mesti sibuk simpan duit, untuk belanja semasa urusan perkahwinan nanti. Kalau setakat budget kecik tu tu ....ermmm segan la nak jemput member ramai-ramai datang ke majlis perkahwinan.


Sebenarnya bajet perkahwinan boleh dijimatkan hampir 45% jika anda pandai berjimat. Berikut adalah beberapa tip yang boleh anda ikut, bagi menjimatkan kos belanja kahwin nanti.

1. Adakan majlis kenduri secara gotong-royong. Buat satu mesyuarat khas dirumah anda, jemput jiran, rakan dan saudara-mara, berkaitan majlis kenduri kahwin yang bakal diadakan nanti. Adakan sedikit jamuan ringan. Lantik seorang pengerusi yang pandai bercakap bagi pihak anda.

(kalau nak cari katering pun pastikan kosnya berpatutan)

2. Masak sendiri lauk kenduri. Cari saudara atau sahabat yang berpengalaman dan sudi untuk masak untuk majlis kahwin anda nanti. Tapi jangan kedekut pula untuk sedekah tiga empat ratus ringgit sebagai saguhati. Minta bantuan saudara atau sahabat anda sebagai pembantu tukang masak.

3. Cari tempat yang boleh menyediakan sewa peralatan pinggan mangkok untuk majlis kenduri. Buat hidangan secara buffet, ini bagi memudahkan anda serta tidak menggunakan tenaga yang ramai.

4. Tidak perlu menyewa dewan sebagai tempat berlangsung majlis. Gunakan ruang depan laman rumah anda sendiri. Sekiranya anda tinggal di kampung lagi senang. Tetapi sekiranya anda tinggal di taman atau flat, anda perlu tulis surat kepada majlis tempatan bagi menggunakan jalan di hadapan kediaman anda sebagai tempat mendirikan kanopi/khemah.

5. Tidak perlu menyewa sehingga 10 kanopi sebagai tempat makan. Cukup sekadar 3-4 khemah sahaja. Cari pekej yang menyediakan sekali dengan kerusi dan meja makan. Kebiasaannya jemputan akan datang diantara jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang. Inilah waktu yang paling ramai pun. Selepas itu jemputan akan mula berkurangan. Ini merugikan anda, jika anda menyewa kanopi secara berlebihan.

6. Bagi pengantin perempuan, cari rakan anda yang pandai mengandam. Tidak perlu menyewa mak andam yang akan mengenakan caj ribu-riban. Ini merugikan anda. Tetamu tidak akan memuji cara solekkan anda. Tapi yang lebih penting cara mereka dilayan.

7. Gunakan jurugambar sedia ada. Mungkin saudara anda mempunyai kamera. Gunakan kamera yang sedia ada, dan rakamkan gambar-gambar sebagai kenangan. Digital kamera lebih senang dan murah. Anda boleh cetak gambar-gambar kahwin anda dikedai-kedai foto digital. Sekitar 50 sen sahaja sekeping, jika anda cetak dengan banyak. Juru gambar upahan akan mengenakan caj yang lebih tinggi, terutama pada musim kahwin.

Banyak lagi perkara-perkara yang anda boleh fikir, dan lakukan sendiri bagi menjimatkan kos majlis perkahwinan anda. Jangan membazirkan wang anda dengan bayaran-bayaran yang tidak perlu.

Tapi kalau anda memang nak buat grand, modalnyer pun grand la.... Yang penting buat majlis walimatul urus mengikut kemampuan, jangan berpinjam, bergolok, bergadai, nanti merana lepas kahwin nak bayar hutang...

Tip Alam Perkahwinan!

Anda nak kahwin, dah bersedia nak menjadi raja sehari. Nak buat apa-apa pun mesti kena bersedia terutama perkara yang penting seperti perkahwinan ni. Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t, di bawah ada beberapa tips sebagai panduan semua, jom kita tengok:


1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.

Surah Al-Furqan ayat 74 :-
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan
kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang
bertaqwa."

2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi
itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa
perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan
penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat
bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak
mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang
beriman dengan qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh
anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.
Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :-

"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang
menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan
kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu
ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah
melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan
anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri
pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara',
memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan
menguruskan rumahtangga.

Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat
bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya
melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati
pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s. w. t.

4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan
Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya.
Firman Allah yang bermaksud :-

"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak,saudara-saudara, isteri-isteri,kaum
keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu
khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah
lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka
tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi
petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah AtTaubah, 24]

Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda
bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami,selepas ketaatan kepada
Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan
keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan
RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang
ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami isteri
dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.

5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak
terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu
sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan.
Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara
suami dan isteri.

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri
sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian
bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas, begitulah
pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap
masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya
daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah
menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri
daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.

7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda
dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda
suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini.
Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi
juga sebagai saudara seiman dan seagama.

8) Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami
hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan
meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan
maksud:-
"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang
Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya
dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."

Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah
agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan.
Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada
anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami. "

Pertelingkahan antara suamiisteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan
lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan.
Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula
diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana
lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walaubagaimanapun sesiapa yang
marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku
telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak,
nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling
mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga.

Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diujikan
membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya.
Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam
melayari kehidupan berumahtangga.

Fahrin Tuntut Linda Onn Mohon Maaf


Mohon maaf secara terbuka atau jumpa di mahkamah. Itu kata putus yang diberikan oleh aktor popular, Fahrin Ahmad yang sudah tidak mampu lagi membendung kemarahannya terhadap penyampai radio popular, Linda Onn.


Kemuncak kemarahan terhadap bekas kekasihnya itu dizahirkan oleh Fahrin yang turut menitiskan air mata pada sidang akhbar hari ini bagi meminta Linda memohon maaf secara terbuka dan menarik balik pernyataan fitnah yang dibuatnya.

Fahrin, 31, menerusi peguamnya Tengku Naufal Tengku Mansor daripada firma guaman Tetuan Naufal & Co. juga memberi tempoh selama seminggu kepada Linda, 33, untuk berbuat demikian.

Notis tuntutan tersebut telah dikeluarkan oleh Fahrin melalui peguamnya pada 22 Januari lalu.

Menurut Tengku Naufal, selain dua tuntutan berkenaan yang perlu disiarkan di akhbar, Linda turut diminta mengeluarkan surat akujanji secara bertulis untuk tidak lagi mengulangi perbuatannya yang memburukkan imej Fahrin.

Tuntutan itu juga menyebut Fahrin menuntut ganti rugi dan kos atas kenyataan berbau fitnah oleh Linda yang disiarkan dua buah akhbar, masing-masing akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris bertarikh 19 serta 20 Januari lalu.

Linda yang kini bertugas sebagai penyampai radio Suria FM didakwa mengeluarkan kenyataan dalam dua akhbar berkenaan bahawa bekas kekasihnya seorang yang panas baran serta ‘cepat naik tangan’ selain pernah mengasarinya sewaktu mereka bercinta.

Sementara itu, Linda ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, dia menyerahkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Selebihnya tiada apa yang mahu saya ulas mengenai tindakan Fahrin terhadap saya,” katanya.

Menurut Linda, dia bersyukur kerana segala tuntutan Fahrin terhadapnya tidak memberi sebarang tekanan kepadanya.

Berita Utusan Malaysia

Utamakan Pasangan Yang Tidak Merokok!


Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.


Ini atas beberapa alasan;

Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.

Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.

Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.

Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.
Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.


www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr