Kahwin Semasa Belajar, Wajar?


Perkahwinan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi menjadi perbincangan yang sentiasa ada pasang dan surutnya. Ibubapa, penuntut dan masyarakat mempunyai pelbagai pandangan dalam menghadapi isu ini. Apa yang pasti kebanyakan pandangan ini amat sukar di satukan.

Pernikahan merupakan suatu tuntutan yang tidak dapat dipisahkan dalam memperkasakan sistem kekeluargaan. Umumnya, masyarakat meletakkan urusan pernikahan adalah perkara yang amat penting untuk dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran. Pelbagai perkara yang akan diberikan tumpuan di dalam memastikan berjaya atau tidaknya sesuatu majlis yang akan diadakan.

Berikut beberapa kebebaikan dan kelemahan berkahwin semasa di menara gading.

KEBAIKAN

1.Dapat  mengawal nafsu dan elakkan maksiat.
2.Batas2 pergaulan terpelihara
3.Selamat dari gangguan orang
4.Dapat kahwin diusia muda & mempunyai anak yg. telah dewasa semasa pencen nanti
5.Menambah pengalaman hidup
6.Bebas dari terjebak dlm cinta monyet
7.Semogahidup lebih berkat
8.Orang laki yg dah kawen lebeh afdal amalannya.

KEBURUKAN
1.Duit sara hidup masih ditanggung keluarga, macam mana nak sara isteri?
2.Kebayakan psngan yg kahwin muda byk yg cepat bercerai.
3.Mengandung mengganggu waktu study dan juga tempoh bersalin - kena extend semester
4.Belum cukup matang
5.Tangguungjawab bertambah dari student yg tak kahwin.
6.Biasanya timbul masalah  kewangan
9.Seorang sakit sorang lagi mesti kene jage...macam mana masa belajar?
10.Kalau belum ada penaja susah nak dpt...sebab kebanyakan penaja letak syarat single.

Fikir-fikirkan lah...

8 comments:

  1. tumpang tanya berkenaan keburukan no4. Adakah matang itu diukur dengan umur?

    ReplyDelete
  2. Biasanya matang itu adalah berkaitan dengan umur. Kalau bab hiburan rasanya umut student dah matang, tapi kalau bab kahwin pada saya belum cukup matang.

    ReplyDelete
  3. Bagi saya, berkahwin semasa masih belajar ini ada keburukan dan kebaikannya. Cuma saya cadangkan, daripada dok pikir2 nak kawin masa belajar tu, apa kata pikir untuk tamatkan pelajaran cepat2, habiskan paling pantas melebihi orang lain pastu cepat-cepat kawin dengan pilihan hati (tapi lepas bakal suami dah dapat kerja la) (^_^)


    http://princehardy.blogspot.com/2011/07/berkahwin-ketika-masih-belajar-pada.html

    ReplyDelete
  4. tapi lau parents jd halangan mcm mn nk kawin...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, saya bahagia dengan perkahwinan saya walaupun sedang belajar dan ambil masa 1 tahun lebih lagi untuk habiskan engajian. Syukur ada suami yang memahami dan penyayang. Tanya pendapat orang yang sudah berkahwin masa belajar. Tak semua keputusan yang kita buat tuh menghala kepa keburukan. Yang penting, muhasabah diri, istikharah terlebih dahulu. Kalau hubungan pernikahan bersama landasan syariat, insyaAlah, masalah-masalah dalam perkahwinan takkan wujud:)

    ReplyDelete
  6. Saya juga akan merasai pengalaman ini sendiri tak lama lagi insyaallah...Kalau dah tiba masanya kita perlu kawin walaupun di usia muda jadi kawin la kita untuk mengelakkan perkara2 yang tak elok..Bagi pendapat saya sendiri sebagai student, kawin dapat meningkatkan prestasi pelajaran berikutan tanggungjawab yang ada dan akan lebih menjadi matang..

    ReplyDelete
  7. Bagi saya, berkahwin semasa masih belajar ini ada keburukan dan kebaikannya. Cuma saya cadangkan, daripada dok pikir2 nak kawin masa belajar tu, apa kata pikir untuk tamatkan pelajaran cepat2, habiskan paling pantas melebihi orang lain pastu cepat-cepat kawin dengan pilihan hati (tapi lepas bakal suami dah dapat kerja la) (^_^)

    Bagi pendapat saya pula,untuk lelaki/bakal suami kejarlah dulu cita-cita sebelum kejar cinta. Bukan susah pun, Habiskan Belajar Secepat Mungkin (kalau tempoh belajr 4 tahun, compress jadikan 3 tahun), Dapatkan Kerja Terbaik Cepat-Cepat, Kumpul Duit Secukupnya cepat-Cepat then Pinang la Bakal Isteri Cepat-Cepat, tak susah pun. Kalau Allah dah takdirkan itu jodoh kita, InsyaAllah takkan ke mana-mana. Sekadar pendapat saya, maafkan saya jika tersilap.hehehehe

    Entry saya berkenaan tajuk ini >>>
    KAHWIN SEMASA BELAJAR DAN USIA MUDA
    Cinta : TIPS BERCINTA CARA ISLAM

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum.. saya bersetuju dengan pendapat saudara hardy boy.. mmg niat tersebut suci.. tapi hakikat perkawinan itu sendiri lah yg pelu dihadapi.. bukan mudah.

    ReplyDelete

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr