Majlis Bertunang Adik di Subang...

cincin bertunang
Hari ni hari last bekerja untuk minggu ni sebab esok dah cuti sebab nak berangkat ke KL kerana ada majlis pertunangan adik ipar di Subang. Lepas solat jumaat nak bertolak ke KL sebab hari sabtu majlis pertunangan nak berjalan, so kena prepare awal sikit ler...kena sampai selewatnya jumaat malam, tak ler kalut sangat hari sabtu tu. Perjalanan dari Penang ke KL ambil masa lebih kurang 5 jam kalau naik kerete, kalau naik bas jadi 7 jam sebab ada berenti 2-3 kali kot kat RnR, ok tak per... Kalau bertunang macam ni macam mana agaknya pengurusan hantaran. Katakan hantaran tu ada 7 dulang lah (biasanya ganjil) dan dari pada 7 dulang tu ada 2-3 dulang berbentuk makanan seperti puding, agar-agar, buah-buahan ker dll. Agaknya bila sampai KL nanti lumat tak makanan tu? Rasanya kalau letak dekat bonet kereta, boleh jadi hancur makanan tu...kalau buah anggur mungkin layu, kecut... Kalau nak riba, tak kan nak ribakan dulang tu dari penang sampai KL, mak aiii....jauh tu.

So macam mana yer nak buat...dok fikir-fikir, mungkin kita boleh buat macam ni:-

Dulang yang bukan makanan kita bawak dari Penang dan dulang makanan yg mudah rosak tu, mintak adik sediakan di KL lah, senang, tak payah nak pegang atau riba sepanjang perjalanan tu nanti. Amacam boleh tak....

Atau cara lain, buat hantaran berbentuk makanan yg. tidak mudah rosak seperti biskut raya, kek yg tak der aising dan fikirkan lagi apa yg. sesuai. Jadi boleh selesaikan masalah takut hantaran tu rosak.

Atau satu cara lagi, dalam 7 dulang tu tak payah buat makanan, buat semua benda yang boleh dipakai contohnya handbang, alat mekap dll.

Terpulanglah pada anda macam mana nak buat, tapi bagi trip saya kali ni, rasanya saya pilih cara yang kedua, mudah dan senang, hantaran pun terdiri dari benda dan makanan, ada variety...Moga perjalanan saya ke KL nanti berjalan lancar dan majlis bertunang pun berjalan lancar...

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr