Alhamdulillah, Baby Sihat, Mama baby pun sihat...

Alhamdulillah, isteri dah bersalin dengan selamat, baby sihat, mama baby pun sihat. Kalau ikut due 31/1/2015 tapi baby 23/1/2015 dah keluar. Kali ini bersalin secara normal tetapi kena vacuum. Untuk bersalin ni ada beberapa cara: berul-betul normal, vacuum, forceps dan operation. Semua kaedah ni dah isteri lalui. Mungkin ada antara anda yang musykil, apa beza vacuum dan forceps ni. Kedua-dua cara ini adalah bertujuan untuk membantu si ibu push dan baby keluar dengan lebih cepat. Sesetengah ibu cepat penat untuh push, so perlukan alat bantuan seperti 2 kaedah ini. Baik, vacuum ialah doktor meletakkan satu alat penyedut pada kepala baby dan menarik baby perlahan2 keluar semasa si ibu push. Biasanya kepala baby ada sedikit mengelembung kesan bulatan sebesar bulatan gelas, tapi ia akan hilang beberapa hari selepas itu. Forceps pula, doktor memasukkan alatan untuk untuk mengepit kiri dan kana kepala baby dan menarik baby keluar ketika si ibu push. Ada sedikit kesan kemerahan pada baby namun ia akan hilang beberapa hari selepas itu.

Kalau anda masih ingat, pada post saya yang lepas, ada 6 perkara yang perlu kita buat untuk sambut baby baru, penulis baru buat 4 perkara kerana perkara ke-5 adalah Aqiqah dan ke-6 adalah berkhatan. InsyaAllah sampai masa nanti akan dilaksanakan 2 perkara ni.

Seperkara lagi, kebiasaanya baby yg baru lahir ni kena kuning, maka baby saya pun kena jugak. Kena la pergi cek kat hospital selang 2 hari, dah 5 kali ulang pergi cek dah ni. Tapi Alhamdulillah dan semakin menurun kuningnya. Ada petua untuk baby yang terkena kuning ni, antaranya mandikan baby dengan air daun kucai, si ibu banyak makan kurma dan susukan baby dengan susu badan, berikan beberapa titis susu kambing segar pada baby dan banyak lagi. Apa yang penulis buat adalah memberi beberapa titis susu kambing kepada baby, Alhamdulillah nampak kesannya kerana kadar kuningnya semakin menurun.

Jom kita tengok beberapa gambar baby yang sempat diambil:






Apa yang ditulis ini adalah pengalaman yang penulis sendiri lalui, tiada kaitan dengan orang lain. Semoga pengalaman ini sedikit sebanyak berguna untuk anda yang bakal bergelar bapa nanti.

0 comments:

Post a Comment

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr