Perkahwinan Fahrin Ahmad Kahwin Elena Hani

Genap 9 Mei, artis/pengacara Fahrin Ahmad telah selamat diijab kabulkan bersama pasangannya, Elena Hani Eleas yang sebelum ini menjadi rahsia mengenai perhubungan mereka. Upacara akad nikah berlangsung di Sime Darby Convention Centre, kehadiran 250 ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan media.

Elena dan Fahrin sudah mengenali antara satu sama lain sejak di zaman universiti lagi, di mana mereka berdua mengambil jurusan yang sama iaitu Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Semasa di universiti, Fahrin dan Elena hanya saling mengenali tetapi tidak berkawan. Namun, atas sebab jodoh itu kuat, selepas 17 tahun, Fahrin dan Elena bertemu kembali yang hanya bertemu atas sekadar untuk bertanya khabar. Sehingga kini, bertemuan kembali mereka ini masih belum sampai setahun. Itulah yang dikatakan jodoh. Elena adalah seorang ketua pramugari di syarikat penerbangan antarabangsa terkemuka Emirates Airlines bermula tahun 2007,  kini Elena masih lagi bekerja dan menetap di Dubai. Bertuah Fahrin dapat pasangan bekerja di Dubai.

Jom tengok skit gambar perkahwinan mereka.








0 comments:

Post a Comment

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr