Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam

Biasanya bila kita adakah majlis perkahwinan, selalunya ada upacara persandingan mempelai, sama ada belah lelaki atau perempuan. Tapi, apa sebenarnya yang islam telah gariskan mengenai persandingan ini, boleh ker? Tak boleh ker? Haram ker...atau apa hukum persandingan ni sebenarnya. Jom kita baca artikel kat bawah.




1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.

Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".

10 comments:

  1. Salam to all,

    Pendapat saya persandingan tetap tidak mendatangkan manfaat yang banyak walaupun dengan meletakkan syarat2 di atas.

    Pengalaman saya mengadakan majlis perkahwinan tanpa bersanding tetap meriah dan meninggalkan kenangan manis seperti beramah mesra dengan keluarga kedua-dua belah pihak dan meraikan tetamu yang hadir.

    Yang terbaik sebenarnya ialah meletakkan agama dihadapan walaupun terpaksa mengorbankan budaya.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...
    saya bersetuju dgn saudara Azri..Kesederhanaan dlm setiap pekerjaan itu lebih penting... hidup akn lebih berkat,insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Ye betul..dalam islam pun cakap jangan boros

    ReplyDelete
  4. minta izin share ye? terima kasih. suka artikel ni.

    ReplyDelete
  5. mohon share ye artikel ni. trima kasih admin..;]

    ReplyDelete
  6. Silakan share artikel mana yg dirasakan perlu. Sharing is caring...

    ReplyDelete
  7. mmg dlm islam bersanding tu x la penting.. tp mak abah kite ni je yg terlalu taksub dengan adat n kate org.. anak sendiri jd mangsa hutang

    ReplyDelete
  8. sy berumur 18,dan telah bercadang utk bernikah lpas habis belajar(selepas balik dr australia,manakala calon insyaAllah balik dr uk)..kami bercadang tdk mahu adakan persandingan,krna mesti meletihkan,dan sy juge ada masalah sakit belakang..jd,pandai2 lah merancang apa yg perlu..doakan perhubungan kami direstui Allah

    ReplyDelete
  9. Boleh saya tanya, saya sudah berumahtangga lebih dari 2tahun.Tapi belum pernah bersanding. Cuma akad nikah aja.Saya nak tahu sekira nya, saya boleh buat majlis bersanding? Ye atau tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda telah selamat diijabkabulkan selama 2 tahun, mengapa baru sekarang nak bersanding. Saya sarankan tidak perlu lah bersanding lagi, pengantin yang baru berkahwin pun kita galakkan supaya tidak bersanding, apatahlagi anda yang telah 2 tahun berkahwin. Saya rasa tiada manfaat dan hanya membazir sahaja. Lebih baik anda tumpukan kepada perkara yang lebih penting. TQ

      Delete

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr