Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia.. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih.
Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi
akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang
menyebabkan aku malu besar?..
Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye
mamat pengantin tu jawab " lima ". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil,
dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku
rasa jawapan tu ok la kut. Tok kadi tanya lagi contoh najis besar , mamat tu
mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam
nak tolong je mamat pengantin tu?bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi
je,..tapi mamat tu dah mula berpeluk jantan keluar kat dahi?.tok kadi mula
senyum?
Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi
rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas
itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling
majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai
orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik,
dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air
mata. Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin
tu keadaan senyap sunyi?.tapi bila pengantin tu jawap " Taik Gajah " suasana jadik
hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ? taik gajah? besar betul...nak2 bila gajah makan durian.
Pengantin dan Najis Besar!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
www.flickr.com
|
perlukah si to kadi tu mengaibkan si pengantin?
ReplyDeletehuhu taik gajah jantan lg besar..nak tu yg kat afrika.penah tgk taik ikan paus.lg besar kot.hahahah
ReplyDeleteheheheeh
ReplyDeleteada2 jela..tak patut la bt mcm tu...bt malu pengantin aje..huhu
ReplyDeletexbaik megaibkan seseorang..
ReplyDeletebetul tu.tak baik kita mengaibkan orang lain.suatu ari nanti kita pulak yg kene
ReplyDeleteAper Saje Lah Tok Kadi Tu.. Dah Tau Pengantin Senyap Tu, Tukar lah Soalan.. Tkde Lah Malu Sgt.. Mengaibkan Pengantin Aje.. Ishk!
ReplyDeletesalah ke tok kadi tu nak tanya ? penganti patot bersedia .. jangan tahu nak kawen jek tp hukum hakam fail !
ReplyDelete