Kenduri kahwin + Aqiqah, Macam mana?

Ada antara kita yang merancang nak buat kenduri kahwin dan ada pulak bapa sedara yang nak sponser lembu atau kerbau untuk kenduri tu dan diniatkan untuk buat akikah sekali. Jadi macam mana nak buat tu yer??

Pertama sekali, kenduri tersebut adakah dibuat secara katering atau masak gotong royong? Kalau masak gotong-royong rasanya tak der masalah, tapi kalau buat katering kena cari la katering yang terima daging yang kita cari sendiri dan diniatkan untuk aqiqah. Kebanyakkan katering sekarang banyak yang terima kaedah ini, kalau tidak rugi la...

Bincang dengan katering berapa harga kalau daging kita yang sediakan, sebab mereka cuma masak sahaja dicampur dengan lauk-lauk yang lain seperti sayur dsb. Kalau harga dah ngam dengan bajet (mesti jimat bajet sebab daging orang sponser) maka bersetuju dengan katering tersebut, biasanya mereka akan mintak bayaran deposit separuh.

Bila kita buat majlis kenduri kahwin + Aqiqah, maka pada hari kenduri kita per berhati-hati, bimbang kalau-kalau ada tetamu yang bukan Islam hadir.

Mengikut JAIS, HARUS kenduri aqiqah disatukan dengan kenduri kahwin tetapi haram dagingnya diberi makan kepada orang bukan Islam. Walaubagaimanapun, sekiranya kita tidak mengetahui tetamu yang hadir itu terdiri daripada orang bukan Islam, maka aqiqah tersebut tetap SAH.

Kalau kita ada menjemput orang bukan Islam hadir ke kenduri perkahwinan tersebut, sediakan masakan lain untuk mereka seperti lauk ayam. Biasanya bilangan mereka yang bukan Islam tu tidak ramai, maka cukup la kot makan 3,4 ekor ayam dicampur dengan sayur dll.
Makanan boleh diberi makan kepada bukan Islam asalkan ia bukan dari daging yang kita buat aqiqah.

Mudah-mudahan memberi manfaat bersama.

0 comments:

Post a Comment

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr