Betul ka pertengkaran itu boleh memanjangkan usia perkahwinan anda. Kalau tak bertengkar usia perkahwinan jadi pendek ker?? Begitulah satu kajian yang dilakukan di India yang menyatakan suami isteri digalakkan bergaduh seminggu sekali bagi memastikan usia perkahwinan mereka berpanjangan. Pasangan yang bertengkar itu masih berkomunikasi walaupun seminggu sekali secara terbuka dan tidak mendiamkan diri ketika marah. Masyarakat kita pun percaya bahawa, kalau orang tu pendiam dan dia marah dan dia tidak suarakan kemarahan dia, lama-lama boleh meletup besar. Ada relevan juga fakta ini dengan kepercayaan masyarakat kita.
Satu perkara kita kena tahu bahawa, kalau kita tidak marah dan bahagia, tiada sebab untuk kita pendam perasaan marah lalu mencetuskan boooommmm. So dalam erti kata lain, jangan ler cari punca kepada tercetusnya rasa marah bagi si suami dan isteri. Perselisihan sikit-sikit tu biasa lahhhh....Sedangkan lidah lagi tergigit.
Satu persoalan yang kita kena fikir, sejauh mana kita percaya kepada kajian yang tercatat dalam akhbar itu, kita sebagai orang yang beragama islam tidak perlu terus ikut kajian tu, kita kena lihat pula ajana dan contoh yang dibawa oleh nabi kita. Adakah baginda menggalakkan suami isteri itu bergaduh?? Cuba fikirkan... Malah baginda sendiri pun tidak pernah lakukan demikian. Islam telah memberi cara bagaimana untuk memanjangkan jodoh perkahwinan umatnya, maka ikutlah cara itu, bukan kita ikut cara seperti kajian dalam keratan akhbar tu...
Maka, jangan mudah sangat ikut benda-benda macam ni, perlu fikir dengan rasianal. Pendapat anda macam mana plak...