Meminang, Adat atau Ajaran Islam?

Meminang
Sebelum orang berkahwin, biasanya proses pertunangan dibuat terlebih dulu. Adakah proses bertunang ini sekadar adat melayu kita atau ia sebahagian dari ajaran Islam. Kalau ikut sejaran, meminag ni telah dilakukan oleh orang arab sebelum kedatangan islam. Ia juga diamalkan oleh nabi kita dan juga para sahabat baginda. Bila seorang lelaki jatuh hati dengan seorang perempuan dan timbul dihati ingin berkahwin dengan perempuan itu, maka sudah tiba masanya proses meminang memainkan peranan. Meminang bermaksud:

Seorang lelaki menyatakan hasratnya untuk berkahwin kepada perempuan yang ingin dikahwininya.

Walaupun begitu, proses pinang-meminang ini ada kaitan dengan hukum sama ada boleh pinang ke tidak mengikut keadaan perempuan tersebut. Contohnya kalau perempuan yang nak dipinang itu adalah isteri orang, maka tak boleh ler.....

Nak meminang ni ada cara yang digunakan sama ada secara Terang atau memberi Bayangan (kiasan). Cara terang ni mudah jer...iaitu lafaz yg. mempunyai satu tafsiran saja, contoh, "aku nak kahwini kamu". Bagi yang lafaz bayangan atau kiasan, lafaz yang mempunyai banyak tafsiran sama ada untuk berkahwin atau sebaliknya, seperti, "awak ni cun ler" , "ramai orang sukakan awak" dll.

Bila dah zahirkan hasrat untuk meminag, maka barulah pihak keluarga perlu berbincang lebih lanjut seterusnya diadakan upacara majlis meminang secara lebih formal.

Hukum Meminang

1. Halal (Sama ada Terang atau Kiasan)
Halal meminang perempuan berikut
a) Bukan isteri orang
b) Tidak dlm iddah
c) Bukan perempuan yg. haram dikahwini

2. Halal meminang secara kiasan
a) Perempuan dalam iddah

3. Haram (secara Terang atau Kiasan)
a) Perempuan yg. masih ada suami
b) Perempuan yg haram dikahwini
c) Perempuan yg. masih dalam talak raj'ie, kerana dia masih bergelar isteri dan suaminya masih boleh rujuk.

Macam tu lah ceritanya bab meminang ni, cuma si bakal pengantin lelaki ni biasanya tak pergi ler ke rumah perempuan masa majlis meminang, kalau pergi jugak tu maknernya tak tahu malu ler...tapi sekarang ni banyak dah yang ikut sekali, terpulang lah...

0 comments:

Post a Comment

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr