Ketenangan Abadi

Sesungguhnya Isteri itu pakaian bagi suami dan suami itu pakaian bagi isteri

Pelamin Impian

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Bersama Berbahagia Hidup Bersama

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Mawar Merah Lambang Cinta Sejati

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Tip memilih pasangan hidup - Ust. Don


Semua orang nak kahwin bukan, semua orang nak pilih pasangan hidup yang sesuai dengan kita bukan, semua orang nak bahagia bukan, tapi bagaimana nak membuat pilihan pasangan hidup kita. Bagaimana memilih pasangan hidup kita yang dapat memberi kebahagian dunia & akhirat. Ikuti tip ringkas dari Ust. Don.




Selain dari video di atas, perhatikan tips dibawah, mungkin anda boleh mengambilnya buat panduan.

1. SUDAH TENTU NO. 1 ADALAH AGAMA PASANGAN KITA

Lihatlah unsur agama pada pasangan kita, ada tak ciri-ciri orang yang baik, beragama padanya, solatnya dll.

2. TEMPOH MASA PERKENALAN.

Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek.

3. SIFAT & KEPERIBADIAN

Bagaimana sifat dan keperibadian pasangan anda, lemah lembut, bertanggungjawab, menghormati orang lain atau kasar, panas baran, suka berhibur. Anda sendiri yang boleh tentukan.

4. KEDUDUKAN EKONOMINYA



Bagaimana kedudukan ekonomi pasangan anda terutamanya lelaki, kerana dia yang akan menanggung anda dan anak2 anda nanti.

5. KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI

Adakah pasangan anda itu peramah atau pendiam. Adakah anda suka yang peramah atau pendiam atau yang sederhana sahaja. Anda boleh kenali melalui persahabatan.

6. KEBOLEHAN MENYELESAIKAN MASALAH

Adakah pasangan anda bijak dalam menyelesaikan masalah, tidak panik, mampu berfikir dengan baik dikala kesusahan, atau mengharapkan anda menyelesaikan masalahnya.

7. CANTIK, SEGAK

Adakah pasangan anda cantik, segak pada pandangan anda, bukan pada pandangan orang lain. Jika ya, maka buat pilihan yang tepat.

Semoga dapat manfaat.

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr