Ketenangan Abadi

Sesungguhnya Isteri itu pakaian bagi suami dan suami itu pakaian bagi isteri

Pelamin Impian

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Bersama Berbahagia Hidup Bersama

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Mawar Merah Lambang Cinta Sejati

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Idea-idea Kad Kahwin

Zaman sekarang ni, orang memang kreatif, malah nak design kad kahwin pun kreatif. Kalau dulu kad kahwin direka berbentuk hanya sekeping kad jemputan, tetapi kini, masyarakat menambah nilai kad hingga menjadi macam-macam jenis kad. Mungkin ada anda yang bakal melangsungkan perkahwinan tercari-cari macam mana nak design kad kahwin tu, kami di sini ingin berkongsi idea mengenai pelbagai rekabentuk kad kahwin yang masyarakat kita gunakan. Jom tengok contoh-contoh rekabentuk kad, mungkin memberi sedikit idea kepada anda nanti.




Kad seperti Tiket AirAsia



Kad kahwin biasa


Kad berbentuk FB


Kad berbentuk iPhone
 


Kad seperti surat kahabar utusan
 


Kad seperti bil elektrik
 


Kad berbentuk tiket MAS
 


Kad seperti sampul Pos Express
 


Kad berbentuk tiket dan passport antarabangsa



Mungkin dari gambar-gambar ni anda dapat sedikit idea macam mana nak design kad kahwin anda nanti, tentu kita nak kad yang lebih kreatif dan menarik.
 

Berjimat dihujung tahun...




Ada benda yang baik hujung tahun ni. Jika anda berniat nak dapatkan ebook kami hari ni, nanti, jangan beli lagi....Mengapa sebab seperti biasa pihak kami di Nikahkahwin.com adakah PROMOSI hujung tahun ni sempena cuti sekolah ni bermula 22 November hingga 22 Disember, 50 unit sahaja atau yang mana dulu.



Untuk maklumat lanjut,  layari http://nikahkahwin.com/promosi/

Eizlan Yusof dan Isteri bercerai??

Entah apa yang berlaku, tiba-tiba jer rumahtangga Eizlan Yusof bergoyang. Mungkin angin dah lama bertiup, sekarang ni baru bergoyang. Eizlan dan isterinya, Vie Santie Harun kini dalam proses penceraian selepas si isteri memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.
Sinar Harian laporkan yang Vie Santie memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003

Semasa sebutan kes itu dihadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, Peguam Syarie Syamimi Ab Rahman yang mewakili plaintif memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan tiga keterangan saksi plaintif

“Terdapat juga beberapa permohonan lain yang berkaitan dengan perkahwinan ini yang sedang dibincangkan dengan defendan untuk diselesaikan,” katanya.
Sehubungan itu peguam itu memohon penangguhan perbicaraan kes itu kerana saksi-saksi plaintif yang sepatutnya memberi keterangan tidak dapat hadir. Pada prosiding itu, pasangan itu juga tidak hadir dan berada di luar kawasan. 

Eizlan Yusof selaku defendan tidak diwakili peguam. Sehubungan itu mahkamah menetapkan 13 Januari tahun depan untuk menyambung semula perbicaraan.

Elly Mazlein Sah Isteri kepada Azmi Hatta - ke Pusara Ibu Di Hari Pernikahan

Tarikh perkahwinan Elly telah banyak kali ditunda, akhirnya pelakon dan penyanyi jelita Elly Mazlein telah selamat bergelar isteri kepada pengarah drama dan filem Azmi Hatta. Majlis ini diadakan di surau As Sakinah. Sejurus selepas diijabkabulkan, beliau pergi menziarahi pusara ibunya. Ini jarang berlaku kepada artis dan juga bukan artis. Tapi Elly telah pergi menziarahi pusara ibunya pada hari pernikahannya.

Penyanyi berusia dalam masa yang sama gembira dan bersyukur kerana telah selamat diijabkabulkan. Dalam masa yang sama dia turut sedih kerana arwah ibunya tidak sempat menyaksikan hari bersejarah ini.

Berikut gambar pasangan pengantin tersebut.




Kad Kahwin Kreatif, Anda Berminat...

Memang rakyat kita ni kreatif dalam semua segi, tambahan dalam mengikut dan mengubah suai sesuatu benda yang dah ada. Begitu juga yang berlaku kepada kad kahwin sekarang ni, ada yang begitu kreatif sampai mereka design kad sampai macam ni.




Bagi anda yang baru merancang nak kahwin, anda masih sempat nak design kad macam ni, kalau berminat la. Boleh ubah sikit, dari guna color putih, boleh pilih color kesukaan anda. Anda berminat??

Cara memujuk isteri yang merajuk

Macam mana nak pujuk isteri kalau depa merajuk ni, tak kan nak tinggikan suara plak. Nak pujuk, tapi tak tau nak buat macam mana. Kalau anda nak pujuk anda nak kata apa kat dia. Jadi kalau tak tau nak kata apa jangan bimbang, video kat bawah ni akan tunjuk cara cam ner nak pujuk.


 Anda tak perlu kepada kata-kata, pujuk cara perbuatan dan tindakan lebih berkesan dari kata-kata.

Amacam, boleh cuba kot!!

Perkahwinan TMJ dengan Khaleeda Bustamam

Tunku Mahkota Johor(TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah selamat menamatkan zaman bujangnya pada pagi 24 Oktober 2014 lalu dengan gadis bertuah Cik Khaleeda Bustamam. Majlis bertunang dan akad nikah dilangsungkan secara tertutup yang dihadiri oleh kerabat diraja dan keluarga terdekat sahaja. Istiadat tersebut berlangsung dengan lancar di Istana Bukit Serene.

Walaupun begitu, upacara persandingan akan diadakan pada 8 November 2014 dan rakyat berpeluang melihat secara dekat pasangan mempelai diraja itu. Menurut Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, pasangan tersebut bakal menaiki kereta tanpa bumbung dari Istana Bukit Serene menuju ke Istana Besar Johor di sini bermula pada 8 malam hari tersebut.

Rakyat negeri Johor boleh berhimpun di sepanjang jalan dari Istana Bukit Serene ke Istana Besar Johor sekiranya mereka mahu melihat lebih dekat pasangan Tunku Ismail dan Cik Khaleeda pada 8 November ini.

Jom kita tengok gambar majlis pernikahan TMJ dan  Cik Khaleeda Bustamam.





Khaleeda Bustamam
Khaleeda Bustamam

Apa kata pakar IT??

Apa la kaitan pakar IT dengan perkahwinan ni agaknya, ada kaitan ker? Mungkin ada yang jawab ya, mungkin anda jawab tak, tak tau ler... Namun bila tanya kepada pakar IT mungkin ada persamaan antara hati lelaki dan wanita dengan teknologi sekarang ni. Dengar elok2 ayat2 yang diberi oleh pakar IT di bawah:-

Pakar IT ada bagi tahu...
Hati Perempuan macam MIFI/WIFI
Hanya orang yang ada password sahaja boleh buka...

Hati lelaki macam BLUETOOTH
Bila dekat dia sentiasa connect
Tapi bila berjauhan dia akan
Try to search a new device...

Apa yang anda faham dari kata-kata pakar di atas?
Ya sifat seorang perempuan ni lelaki kena tahu cara macam mana nak memujuk, mengorat, mendekatinya dengan cara yang dia suka. Kalau anda tahu cara-cara bagaimana mendekati seorang perempuan dengan cara yang dia suka, maka anda telah menemui PASSWORD kepada perempuan itu dan anda boleh membuka pintu hatinya untuk menerima anda. Jika anda masih belum jumpa password itu, jangan putus asa, teruskan mencuba, mana tau kalau-kalau password yg. anda gunakan itu mungkin betul.

Sifat seorang lelaki ni pulak lain dari perempuan. Ya la macam BLUETOOTH, bila dekat dia sentiasa nak connect jer tapi bila jauh dia sentiasa dok searching jer...kot-kot ada device yang baru kan...Sebab tu lelaki ni mudah tertarik kepada perempuan, tak kira la isteri ker atau sapa-sapa jer...Sebab tu kadang-kadang kita dengar suami orang mengorat isteri orang, lelaki menggoda janda dan macam-macam.

Rasanya ada kebenaran jugak apa yg pakar IT tu kata. Apa yang penting pandanglah kepada diri masing2, sama ada WIFI atau pun BLUETOOTH kita kena jaga tatasusila orang timur apatah lagi agama, pandai-pandailah berpacaran...

Nikah Gantung...

Selalu kita dengar ada antara rakan2 kita yang berkahwin dengan cara 'Nikah Gantung'. Apa sebenarnya nikah gantung ni dan adakah ia dibenarkan dalam agama kita. Mungkin ada antara kita yang nak melakukan nikah seperti ini tapi risau adakah ia dibenarkan atau tidak dan apa tujuan ia dilakukan. Macam2 dok fikir dalam kepala ni.

Dalam bahasa arab, nikah gantung ni di panggil dengan 'Nikah Khitbah' adalah perkahwinan yang memenuhi semua syarat sah perkahwinan, tetapi pasangan tidak hidup bersama. Senang cerita cara nikah gantung ni sama seperti perkahwinan biasa, cuma kenduri kahwin jer ditangguh, belum diadakan. Hukumnya adalah harus. Biasanya pasangan kahwin gantung ini akan tinggal di rumah ibu bapa masing2.

Oleh kerana mereka dah sah sebagai suami isteri, mereka boleh keluar bersama atau menjalankan apa saja aktiviti yang mahu seperti pasangan suami isteri biasa. Ia lebih baik dari berkapel atau bertunang.

Mereka boleh melakukan hubungan intim, sebab dah berkahwin, tapi perbuatan itu akan menamatkan tempoh nikah khitbah dan mereka akan menjadi pasangan suami-isteri yang biasa, dengan tanggungjawab yang biasa. Kalau ditakdirkan berlaku kehamilan, anak itu adalah anak sah. 


Mengapa Nikah Gantung?

Dah pasti nikah gantung ni dilakukan bagi memenuhi tujuan2 tertentu:-

a) Pasangan yang masih lagi belajar di universiti dan lain2 tempat
b) Suami masih belum cukup modal, belum mampu untuk hidup bersama. Bila dok bersama dan tentu kena sara kos rumah sewa, makan, pakai dll.
c) Tak ready lagi bagi komitmen dan menunaikan tanggungjawab berumah-tangga.

Tujuan Nikah Gantung

'Nikah Gantung' ni bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pergaulan bebas lelaki & perempuan, elakkan zina dan lahirnya anak luar nikah. Jika dah rasa nak kahwin, modal tak cukup, boleh bincang dengan ibu bapa masing2, boleh tak nak kahwin gantung, kalau mereka setuju, lakukanlah. Ia boleh mengelak perkara2 tak baik antara pasangan tersebut.

Moga memberi manfaat bersama.

Panduan Akad Nikah
http://www.nikahkahwin.com



Jangan Tempah Ebook Ni Lagi...


Minggu depan cuti sekolah seminggu. Pebagai pembaca blog kami, kami ingin maklumkan bahawa jika anda berminat nak beli ebook ini hari ni, tolong jangan beli lagi. Ya jangan beli lagi kerana anda akan jimat jika anda beli pada minggu depan. Mengapa?

Pihak kami mengadakan promosi ebook ini dengan tawaran menjimatkan. Ya, sempena cuti sekolah mingu depan, kami akan menawarkan harga rendah kepada anda yang berhajat nak membaca ebook ini. Kalau anda nak kahwin hujung tahun ni, maka inilah masa yang sesuai untuk memiliki ebook ni.

Layari web promosi kami sekarang tapi buat tempahan pada masa promosi tau, jangan buat tempahan sekarang, baru jimat duit anda.

http://nikahkahwin.com/promosi.html

Pastikan anda yang berhajat nak baca ebook ni tak terlepas peluang ini,

Terima kasih.

Suami Virus : Pencetus masalah rumahtangga...


Solat itu tiang agama, jika kita tidak solat maka runtuhlah agama. Bila runtuh agama maka akan runtuhlah kebahagiaan didunia dan akhirat. Tapi ramai yg tidak sedar akan tiang ini yang juga menjadi tunjang kepada kerukunan rumahtangga. Saya petik sikit peringatan dari Dr. Zaharuddin berkaitan penting sangat2 pasangan menjaga solat. Jangan kita menjadi virus dalam rumahtangga.

Jika suami TIDAK mendirikan solat fardhu, itu adalah virus utama pencetus masalah rumahtangga & agama. Inilah suami 'keladak' yang tidak membawa kepada isteri dan keluarga KECUALI kemudaratan dan masalah bermula di dunia hinggalah ke akhirat. Dua jalan perlu dipertimbang, usaha agar dia TAUBAT segera atau tuntut FASAKH (hanya fokus ini sudut hukum agama, sudut sukarnya urusan mahkamah itu hal administrasi).

Nabi sebut dalam hadis sohih ( إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلَاةِ) Ertinya : Sempadan diantara seorang lelaki/wanita dengan KEKUFURAN adalah MENINGGALKAN SOLAT) - Hadis riwayat Muslim`


Moga sama2 dapat manfaat.


Ramli MS dan Alyah sah sudah bernikah...

Akhirnya segala spekulasi mengenai hubungan antara pengarah muzik, Dato` Ramli MS dengan penyanyi Alyah terjawab hari ini apabila mereka sendiri mengesahkan yang sudah berkahwin lebih setahun lalu.

Semuanya gara-gara apabila kediaman mereka diserbu Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) awal pagi tadi.

Menurut laporan Berita Harian (BH), Pegawai JAIS telah mengunjungi kediaman mewah komposer ternama itu di Bandar Kinrara, awal pagi tadi untuk status hubungan beliau dan Alyah.

Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu, mereka mendapati pasangan ini sudah berkahwin.

Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat.

Wartawan BH yang berada di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah turut berada di kediaman itu.

Pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.

Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu.

Katanya, Ramli dan penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu akan ke JAIS dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.

Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.

Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang.

Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka.


sumber : Astro Awani

Mudahnya nak kahwin...

Sesuatu perkara itu akan jadi mudah jika kita menjadikannya mudah, dan sesutu itu akan jadi susah jika kita menyusahkannya. Begitulah yang berklaku kepada kepada pasangan ini. Jom kita baca pernikahan dihari pertunangan.


pertunangan


Moga dapat manfaat bersama.

Kenduri kahwin masa cuti raya

kahwin raya
Hari raya bakal menjelma, tak berapa hari dah nak puasa ni. Biasanya cuti raya ni orang cuti agak panjang, 4 atau 5 hari. Jadi mungkin ada yang merancang nak mengadakan walimatul urus pada cuti hari raya. Biasanya orang akan buat pada raya ke-3 atau raya ke-4, takkan nak buat raya pertama plak kan...pelik sangat. Okey post saya sebelum ni ada menyentuh topik ini tetapi ia menceritakan berkaitan kelebihan buat kenduri kahwin masa cuti raya, tapi kali ni kita sentuh bab apa kekurangan atau kelemahan jika kita buat kenduri kahwin masa cuti hari raya.

Antara kekurangannya:

  1. Tak sempat nak raya sakan sebab kena buat persiapan untuk majlis perkahwinan pulak.
  2. Perbelanjaan mungkin meningkat kalau tidak diurus dengan baik kerana perlu membuat 2 persiapan serentak.
  3. Mungkin ada sedara-mara yg tidak dpt hadir sebab kena raya sebelah mertua plak setelah beraya di rumah bapa sendiri.
  4. Keadaan lalu lintas biasanya sibuk dimusim perayaan, jadi mungkin kena rancang perjalanan pengantin kalau masing2 mempunyai jarak yg jauh.
  5. Hotel, charlet, homestay biasanya penuh dimusim raya, jadi bagi mempelai yg kahwin jarak jauh (pengantin lelaki Kedah, pengantin perempuan Johor),  perlu pastikan semuanya telah ditempah.

Itulah antara perkara2 yg perlu kitafikirkan jika anda memang berhajat untuk buat kenduri masa cuti hari raya. Mungkin ada perkara lain lagi yg anda nak kongsi, dipersilakan. Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idulfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog ini, moga raya tahun ni memberikan kebahagian kepada kita semua.

Apa perubahan yg perlu kepada pasangan yg bakal berkahwin

Hidup membujang ni dah tentu beza dengan hidup berumahtangga. Perubahan hidup perlu dilakukan jika anda telah berkahwin bagi menyesuaikan kehidupan berumahtangga. Baru lah mahligai yg dibina itu boleh belayar dengan bahagia. Jadi perubahan yang macam mana yg perlu kita lakukan untuk hidup bahagia dengan pasangan anda. Berikut beberapa perubahan yang perlu anda lakukan :-

1) Kalau dulu anda membujang, fikiran bebas fikir diri sendiri jer, tak perlu fikir tangungan anda, tapi kini sebagai suami kena fikir tanggungan anda iaitu isteri anda dari segi tempat tinggal, makan minum, perbelanjaan, menuntut ilmu agama dll.

2) Kelau dulu anda nampak benda baik jer dari pasangan, kini anda akan nampak benda2 yang tidak baik (kelemahan) pasangan. Maka belajarlah menerima pasangan, baik buruk sikap pasangan. Tak ada manusia yang sempurna di dunia ni. Jadi terimalah pasangan anda seadanya.

3) Kalau dulu anda bebas nak keluar kemana saja, tapi kini anda perlu bagi tau isteri jika nak keluar, apatahlagi isteri kena mintak izin suami jika nak keluar rumah.

4) Pasangan perlu mempelajari kerja suami & isteri. Ada suami yg kerja sampai lewat malam, ada isteri yg kerja shif, ada yang bekerja opis hour, ada yg buat part-time dan macam-macam. Semua ni pasangan kena belajar memahami kerjaya masing2.

5) Pasangan juga kena belajar memahami cara pemakanan pasangan masing-masing. Ada yg suka makan pedas, ada yang suka makan kari, ada yg suka masin sedikit dan macam2. Baiknya, isteri masaklah mengikut apa yg suami suka dan sesekali masaklah makanan kesukaan isteri pulak.

6) Pasangan perlu memahami tanggungjawab masing-masing. Tanggungjawab ni bukan hanya dipejabat, tetapi dirumah, dikampung atau taman perumahan atau di qariah anda. Mulakan dengan tanggungjawab dirumah, sebagai bapa, sebagai ketua keluarga apa yg patut anda buat. Sebagai ibu, isteri, apa yg patut anda buat kepada keluarga dan anak2. Dah selesai tangungjawab pada keluarga, baru beralih kepada tanggungjawab diluar rumah.

7) Pasangan perlu belajar memahami kehendak zahir dan batin pasangan. Dah kahwin ni suami isteri kena faham la kehendak masing-masing. Pandai-pandai lah anda mengaturnya yer....

8) Pasangan perlu belajar memahami keluar disebelah suami & isteri. Mungkin ada yg perlukan kepada bantuan kewangan dan sebagainya.

9) Pasangan perlu memahami peraturan yang ada dalam rumah. Ini bergantung pada keluarga la macam mana nak tetapkan peraturan.

10) Kalau dulu gaji seorang kini gaji berdua (kalau isteri bekerja). Maka bincang dengan isteri macam mana ekonomi rumahtangga anda, kalau suami gaji kecik, boleh tak isteri bantu sikit, kalau boleh Alhamdulillah.

Semua perkara di atas akan jadi cantik jika anda dan pasangan anda sedia belajar, sedia berbincang dan sedia melakukan perubahan demi kebahagian mahligai yang dibina. Moga dapat manfaat...

Cara Mengurus Uri Selepas Kelahiran ...

Para lelaki bergelar suami mesti tahu bagaimana nak uruskan uri ni. Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni. Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital.
Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi. Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam.
Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri
  1. Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
  2. Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
  3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
  4. Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
  5. Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
  6. Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
  7. Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.***Mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti
  8. Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
  9. Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
  10. Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
  11. Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
  12. Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
  13. Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM). 

Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.
Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat. Moga ia memberi manfaat kepada suami, ayah atau bakal menjadi ayah.

10 perkara disukai Suami jika Isteri buat padanya

tips-suami-isteri
Ada beberapa rahsia rumah tangga yang makin lama makin hilang dari masyarakat kita, yang sepatutnya kita praktikkan. Mungkin kita menganggap benda ni kecik jer....tak buat pun tak pa, tetapi ketahuilah sebenarnya ia memberi impak yang besar dalam rumah-tangga. Tanpa disedari ia memberi kebahagiaan kepada pasangan. Suami biasa suka isterinya melakukan perkara-perkara yang kadang-kadang tidak diketahui oleh isterinya. Jom kita tengok apa benda yang disukai oleh suami jika isterinya melakukan kepadanya.
  1. Kejut suami bangun dengan nada yg lembut dengan ungkapan "10 minit lagi bangun ya"
  2. Baju untuk ke pejabat telah siap digosok
  3. Bersedia untuk keluar rumah dengan menunggu suami di tepi kereta, bukan suami menunggu isteri.
  4. Semasa duduk dikereta, pegang paha kiri suami
  5. Cium tangan dan pipi suami sentiasa
  6. Bagi isteri yang bekerja, wajib salam dan cium tangan dan ucapkan "Abang saya pergi kerja dulu"
  7. Tunggu dipintu ketika suami pulang ke rumah
  8. Membiarkan suami menonton program tv kegemarannya dengan tidak berebut untuk lihat rancangan isteri.
  9. Tidak bertanya soalan yang sama beberapa kali kepada suami.
  10. Berjimat cermat dalam membelanjakan wang yang suami bagi

Itulah antara perkara-perkara yang disukai suami jika isteri buat padanya. Jika anda seorang isteri, maka jadilah seorang isteri yang baik yang sentiasa melakukan apa yang suaminya suka kerana suami itu adalah ketua sebuah rumahtangga.

Konflik Rumah Tangga....

Sedangakan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri...Itu antara ungkapan lagu Tan Seri P.Ramlee yang penuh dengan kata-kata nasihat. Dalam setiap rumah-tangga mesti ada sesuatu yang tidak kena, apa yang penting bagaimana kedua-dua pasangan yang berkahwin harus menangani konflik dengan bijaksana, mintak nasihat dari orang tua supaya ikatan perkahwinan kekal selamanya. Berikut beberapa panduan kepada kita mengenai konflik rumahtangga, jika kita telah bersedia untuk berkahwin, kita juga harus bersedia untuk menghadapi konflik seandainya berlaku.

Bentuk-bentuk konflik

Terdapat tiga bentuk konflik yang biasa dihadapi oleh pasangan iaitu:
  1. Nusyuz – dilakukan oleh salah seorang daripada pasangan. Dapat dikesan melalui komunikasi pasangan seperti muka kelihatan masam, wajah selamba atau tidak mahu bertentangan masa. Bercakap dengan kasar atau tidak mahu bertegur sapa, pura-pura tidak mendengar atau berkomunikasi melalui perantaraan. Tidak menghiraukan pasangan, mengelak istimta’ dan bersetubuh. Tidak berlaku adil dalam poligami sedangkan pasangan yang seorang lagi adalah orang yang berakhlak baik dalam pergaulan dengan pasangannya. Bersikap atau tingkahlaku yang membawa nusyuz kepada pasangannya.
  2. Syiqaq – Perselisihan faham suami isteri yang sudah sampai ke tahap saling cerca-mencerca serta pukul memukul.
  3. Dharar – Penganiayaan suami kepada isteri sedangkan isteri adalah wanita yang baik akhlaknya
Cara menangani konflik rumah tangga
  1. Mengelak keadaan yang boleh menimbulkan konflik sebagai langkah
  2. mencegah berlakunya konflik.
  3. Mengadakan proses menyelesaikan masalah mengikut punca, bentuk dan tahap konflik yang dihadapi oleh pasangan.
Menghindari konflik

Walaupun perceraian adalah suatu perbuatan yang diharuskan oleh syarak, namun menghindarinya punca berlakunya perceraian (konflik) adalah langkah yang paling bijak antaranya ialah:
  1. Mengesan perubahan di peringkat awal dengan memerhatikan air muka, gerak geri dan percakapan.
  2. Elakkan dari bersangka buruk terhadap pasangan.
  3. Apabila menyedari terdapat isu-isu atau masalah yang berpotensi untuk mengeruhkan hubungan suami isteri segera tanganinya tanpa menyimpan sehingga menjadi banyak masalah dan melewat-lewatkan tindakan sehingga keadaan menjadi bertambah parah.
  4. Apabila menyedari kelemahan atau kesilapan pasangan, bantu pasangan untuk membuat perubahan atau baiki kesilapan. Berikan motivasi.
  5. Apabila berhadapan dengan sesuatu isu atau masalah, pasangan perlu menyatakan pendapat secara terbuka, tidak mengkritik pasangan atau menyerang pasangan. Buatlah perbincangan dengan sikap tolak ansur.
  6. Dalam pergaulan, pasangan hendaklah menyelaraskan kehendaknya yang inginkan rumah tangga bahagia dan harmoni serta bertimbang rasa dan bersikap terbuka, sedia menerima pandangan pasangan terhadap dirinya. Tidak cepat melenting dan sentiasa meminta maaf bila menyedari kesalahan sendiri. Tunjukkan kasih mesra yang ikhlas dengan mencari kekuatan dalam hubungan suami isteri.
  7. Tidak mendapatkan nasihat atau panduan daripada mereka yang tidak mempunyai kepakaran atau tidak menyukai diri suami atau isteri.
  8. Amalkan teknik komunikasi berkesan dalam pergaulan suami
Moga kita dapat menangani konflik dengan baik dan bijaksana....InsyaAllah...

Nak kahwin, kena ada kereta dulu...

Ramai yang nak berkahwin berfikir sebelum kahwin kena pakai kereta dulu, baru ada style, bakal mak mertua akan pandang skit, ada gaya, kasi orang konfiden untuk kahwin. Perasaan macam ni lah yang selalu bermain dalam kepala orang muda yang nak kahwin. Kalau tak pakai kereta, lece ler, nanti nak bawa bakal isteri macam mana, tak boleh bawa mertua jalan-jalan, susah kalau dah ada anak nanti tak der kereta, macam-macam.

Sebenarnya, benda ni sangat subjektif, nak pakai kereta boleh, tak pakai kereta pun boleh sebelum kahwin. Kalau kita ni gaji nyer kecil, cukup untuk makan, rumah sewa, belanja yang asas dan nak kahwin, maka tak perlulah tunggu ada kereta dulu baru nak kahwin. Sebenarnya kereta itu boleh dibeli lepas kahwin nanti, kalau isteri tu bekerja, lagi bagus, boleh share bayar kereta kan...

Tapi kalau gaji kita agak banyak, ada lebihan skit setelah berbelanja sebulan, maka boleh ler beli kereta sebelum kahwin, tu pun tengok jugak kereta apa, ikut ler kemampuan, jangan lah sampai kereta itu membebankan. Sebab, lepas kahwin nanti banyak nak guna duit.

Ada 1 nasihat dari penulis kepada anda yang bakal berkahwin iaitu jika ada kat kredit, jangan guna kad kredit untuk perbelanjaan kahwin, sila buat simpanan yang mencukupi. Sebab kad kredit ni dia punya interest tersangat tinggi, bagi yg dah ada pengalaman tahu lah penangan dia. Bimbang takut membebankan bila lepas kahwin nanti, dok bayar hutang kat kredit tak habis-habis, hutang kereta lagi. Pandai-pandai lah menguruskan perbelanjaan.

Kalau gaji anda memang besar, maklumlah graduan universiti yang baru dapat kerja, maka dialu-alukan berkereta dulu sebelum kahwin, kalau boleh beli rumah siap-siap, lagi bagus. Sapa yang tak mau lengkap serba-serbi sebelum kahwin kan, semua orang mau, tapi semua itu perlu elari dengan gji kita, jangan terlebih pulak sudah ler.

Yang paling penting, semua itu sebenarnya perlu mengikut kemampuan, kalau anda mampu berkereta sebelum kahwin, maka dipersilakan, tapi jika tidak, tangguh seketika, lepas kahwin nanti beli. Memang ler nampak macam lece skit kan, tapi ia lebih baik dari kita menanggung hutang kereta yang membebankan. Kita na lece pun sekejab jer, lepas kahwin nanti bila dah beli kereta tak lece dah. Tapi kalau dok tanggung hutang kereta, tak sampai hujung bulan gaji dah habis, itu lagi lece, fikirkan lah.

Misha Omar sah bergelar isteri kepada Firos Ezzwan

Kini Misha Omar dan pasangannya Firos Ezzwan Rossly sah bergelar suami isteri pagi tadi. Majlis pernikahan berlangsung sekitar jam 9.30 pagi di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan. Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah Omar menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas manakala tiada wang hantaran disediakan dari pihak pengantin lelaki.

Sebelum ini, penyanyi Bunga-Bunga Cinta ini berkata, tarikh 2 Mei dipilih kerana mengambil keberkatan bulan Rejab selain kebetulan jatuh pada hari Jumaat.

misha omar kahwin

misha omar kahwin



Tahniah


Laman Sosial Punca Perceraian Adam & Fiza?

perceraian adam fiza
Begitu kuat fitnah dunia sehingga boleh memporak peranda kan sebuah keluarga. Hebatnya pengaruh laman sosial hingga boleh menimbulkan gosip-gosip dan perasaan tidak puas hingga timbulnya keretakan rumahtangga. Begitulah antara punca yang dihadapi oleh pasangan ini.

Pelakon Fiza (Elite) mendedahkan, laman sosial Instagram antara penyebab berlakunya perceraian antara dia dan suaminya iaitu Adam (AF2).

Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, berkata, ia bermula apabila pengikut-pengikut Instagram miliknya mula mempersoalkan sebab-sebab dia tidak memuat naik gambar Adam di laman sosial itu dan begitu juga Adam yang tidak berbuat demikian.

"Apabila perkara itu dipersoalkan sehingga mencetuskan spekulasi diantara pengikut-pengikut Instagram, maka perkara itu turut menjadi bualan antara kami sehingga mencetuskan pergaduhan.

"Saya bertindak membuang gambar-gambar kami di laman sosial itu juga kerana terlalu banyak spekulasi mengatakan rumah tangga kami bermasalah.

"Bagaimanapun, itu antara sebahagian punca (perceraian). Mengenai perkara lain, saya tidak boleh ulas. Cuma apa yang saya anggap, tiada jodoh di antara kami," katanya.

"Jujurnya gosip-gosip yang tersebar membuatkan kami tertekan. Tambahan pula, ayah saya sedang sakit tenat ketika itu dan kini baru saja selesai menjalani pembedahan pintasan di IJN (Institut Jantung Negara).

Sebagai pengajaran, berhati-hati dalam kita bersosial di internet, bimbang kalau-kalau ada gosip2 liar yang datang hingga boleh mengganggu ketenteraman. Ingat, fitnah dunia ini begitu hebat, jika tidak berhati-hati, padahnya anda sendiri yg tahu. Jika rasa tak boleh kawal, maka tak perlulah melayari laman sosial. Pilihan di tangan anda.

Perubahan Sebelum & Selepas Kahwin

hantaran kahwin
Bila ditanya pada lelaki, rasanya semua oarang nak kahwin, sapa tak mau kahwin kan. Tapi adakah kita dah bersedia atau pun dah mula buat persediaan...ya, persediaan sebelum dan selepas kahwin. Kali kita cerita tentang perubahan sikap, perangai kita yang dulunya bujang, tapi bila dah kahwin nanti macam mana, tak kan nak buat perangai sama jer bila dah ada pasangan, perlu ke kita ubah?? Sudah semestinya sedikit sebanya perlu kepada perubahan, sebab dulu hidup sorang sekarang dah berdua. Jadi apa agaknya perubahan yang perlu kita buah bila kahwin nanti yer...

Antara perubahan yg. perlu: LELAKI
  • Kalau dulu selalu keluar pada waktu malam, sekarang kena kurangkan, terutama bila dah ada baby nanti.
  • Kalau dulu bila jumpa awek jer suka mengorat, siut sana siut sini, tapi kini kena tinggalkan.
  • Kalau dulu suka melepak dengan kawan2, kini kena kurangkan.
  • Kalau dulu solat sorang2, kini perlu solat jemaah, paling kurang berjemaah dengan isteri.
  • Kalau dulu keluar rumah ajak kawan2, kini keluar rumah ajak ler isteri.
  • Kalau dulu tidur malam sorang2, tapi kini berdua, bertiga, berempat...(jika dah ada anak nanti)
  • Kalau dulu bajet makan cuma RM400 sebulan, tapi kini kena tambah bajet jadi RM600++ sebulan.
  • Kalau dulu bukan ketua, tapi kini kita telah jadi ketua keluarga, tanggungjawab lebih berat.


Antara perubahan yg. perlu: PEREMPUAN
  • Kalau dulu si perempuan jarang memasak, bila dah kahwin kena memasak untuk suaminya.
  • Kalau dulu keluar shopping dengan kawan2, tapi kini kena keluar dengan suami, kurangkan bersosial dengan kawan2.
  • Kalau dulu basuh baju sendiri, kini kena ler basuh baju suami dan anak2. Begitu juga ion baju.
  • Kalau dulu ikut mak ayah pergi surau/tarawih, kini kena ikut suami pula.
  • Kalau dulu uruskan diri sendiri jer, tapi kini kena uruskan suami, anak dan rumah.
  • Kalau dulu tidur malam dengan nyenyak, kini bila ada anak, kena bangun malam bancuh susu anak.
  • Kalau dulu rajin make-up bila nak keluar rumah, kini kena mekap jugak di dalam rumah.
  • Kalau dulu kita taat pada ibu bapa, tapi kini kena taat pula pada suami.

dan banyak lagi...

Kesimpulannya, luangkan banyak masa kepada keluarga, jika dulunya banyak masa dibuangkan di luar rumah. Itulah antara perkara2 yang perlu kita fikirkan sebelum berkahwin supaya kita dapat bersedia bila masa itu datang. Moga memberi manfaat kepada kita semua.

Calon Suami Tak Tahu Mengaji!!

Dalam suasana kesibukan sekarang, mungkin ada yang terleka dalam kriteria memilih calon suami atau isteri yang benar-benar layak untuk dirinya. Ramai yang memandang harta atau wang ringgit boleh memberi keselesaan dan kebahagiaan kepada keluarga yang akan dibina. Tidak salah untuk mencari calon pasangan yang mempunyai kedudukan dan berharta, tetapi jangan lupa bahagian kita di akhirat nanti. Apa dia tu?? Ya, salah satunya adakah bakal calon pasangan kita itu tahu mengaji atau membaca Al-Quran, kerana itu adalah perkara asas yang sepatutnya semua orang boleh buat. Untuk mengupas isu ini, jom kita baca keratan di bawah:-



Semoga sama-sama dapat manfaat.
Terima kasih

Perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana

Gambar kahwin Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana. Tahniah diucapkan kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof kerana telah sah bergelar suami kepada pasangannya Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 dengan hanya sekali lafaz. Majlis akad nikah diadakan di Masjid Sri Damansara, Petaling Jaya bermula pada pukul 10.00 pagi. Majlis perkahwinan dihadiri oleh kenalan rapat dan juga kedua belah pihak keluarga. Pasangan ini turut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Al Fadil Ustaz Mat Syaharuddin Al Rashid Bin Mat Isa dengan mas kahwin berjumlah RM1,111.





Jom kita tengok gambar majlis akad nikah perkahwinan beliau.









 Selamat pengantin baru,s semoga kekal hingga ke Syurga, aminnn...

Sumber: Gambar Kahwin Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana | melvister.com

Tanda Perempuan Itu Jodoh Kita - UAI

Selalu kita dengar orang muda yang nak kahwin berkata, haaa....perempuan tu jodoh aku, ada tanda dia jodoh aku. Betoi ke kita boleh lihat tanda-tanda pada seorang perempuan itu yg. dia tu jodoh kita? Jom kita dengar penjelasan UAI dalam persoalan ni...dengor molek-molek...



Moga dapat manfaat dari penjelasan di atas.

Erra Fazira Bercerai...

Spekulasi mengenai rumah tangga pelakon popular, Erra Fazira terjawab apabila suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidil, 39, melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

Cerai dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husin selepas kedua-dua belah pihak bersetuju menyelesaikannya secara baik.

Engku Emran sebak manakala Erra Fazira yang memakai jubah kelabu kelihatan tenang saat cerai dilafazkan pada jam 12.50 tengah hari tadi.

Mohammad Adib berkata, permohonan hak penjagaan anak diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta  lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira diluluskan apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.

"Mahkamah  turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah,"katanya.

Ketika prosiding, Erra Fazira dan Engku Emran mengesahkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung selama setahun enam bulan.

Pelakon filem Sembilu itu atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 40, diwakili oleh Ahmad Nazib Johari memfailkan permohonan penceraian dan hak penjagaan anak itu pada 17 Februari 2013 masing-masing mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang- Undang Keluarga Selangor 2003.

Engku Emran diwakili oleh Peguam Syarie, Roslan Sujak Rafee enggan memberi komen kepada media sebaik sahaja selesai prosiding.

Sementara, pengacara Primadona yang ditemani oleh rakan baiknya, Erma Fatima dan Umie Aida, meluahkan rasa syukur apabila semuanya selesai dan berjalan dengan baik.

"Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi,"katanya ketika ditemui media.

Ketika ditanya mengenai perancangan selepas ini, dia memberitahu ingin fokus terhadap kerjayanya.

"Ia (kerjaya) menjadi fokus utama saya kini," katanya.




sumber : sinarharian.com


Bajet Isi Rumah, Gaji Suami + Gaji Isteri?

Kebanyakkan sekarang ni suami isteri bekerja, berbeza zaman dulu, kebanyakkan suami jer bekerja, isteri tidak. Ini semua kerana kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat. Dek kerana nak menampung perbelanjaan isi rumah, makan isteri terpaksa bekerja juga. Tanggungjawab menyara keluarga adalah tanggungjawab suami, tapi kalau gaji suami kecik tak cukup untuk berbelanja makan minum, yuran sekolah anak, sewa rumah, kereta dll, maka macam mana, boleh ke isteri menggunakan gajinya untuk membantu menyara keluarga sedangkan nafkah itu terletak pada bahu suami. Jom kita tengok rajah ringkas ni, mungkin boleh memberi kefahaman pada kita semua.


Klik atas gambar untuk besarkan. Moga sama-sama dapat ambil manfaat.

Buncit Lambang Lelaki Sebenar?

Ramai orang lelaki yang sifatnya semasa bujang badan kurus, slim perut leper jer...tapi bila dah kawin lain pulak jadinyer. Biasanya lepas 2, 3 tahun kawin bukan perut isteri jer naik malah perut suami juga makin naik dan kadang-kadang sampai ke tahap boroi...Apa sebabnya yer...




Amalan nak mengelak dari jadi BOROI...
  • Tidur selepas makan - ini akan menyebabkan buncit yang melampau. 3-4 jam lepas makan baru tidur ok ler
  • Mandi selepas makan. - Tunggu 15-20 minit baru boleh mandi, Inshaa Allah perut tu kempis nanti.
  • Jangan makan disulam dengan air. Amalkan minum air lepas 10 minit makan atau  minum air lepas habis makan, air yang dimaksudkan di sini adalah air kosong, bukan ais berperisa.
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari, air kosong membantu proses perkumuhan , tambahan pula ia dapat membuang toksik-toksik dalam badan.
  • Kurangkan makan benda yang berminyak , kalau boleh makan makanan yang direbus.
  • Amalkan makan oat masa breakfast , campur dengan susu segar ataupun milo.
  • Dan yang paling penting senaman atau bersukan.  Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Tunggu apa lagi, jom jaga perut supaya jangan boroi...:)

Perkahwinan Safiq Rahim & Zandra Aziela

Setelah bercinta sekian lama, pemain bola sepak kebangsaan dan juga JDT Safiq Rahim telah pun selamat bergelar suami kepada Zandra Aziela, pemain bowling kebangsaan dengan sekali lafaz. Kedua-dua ahli sukan ini disatukan dalam majlis serba sederhana di Kelab Golf Saujana Impian, Kajang semalam.

Zandra dan Safiq kedua-duanya mengenakan pakaian pengantin serba putih. Zandra menerima mas kahwin sebanyak RM888 dan wang hantaran RM15,000. Mereka berdua telah dinikahkan oleh ayah Zandra sendiri, Ibrahim Hakimi Abdul Karim kira-kira jam 12.30 tengah hari. Majlis pernikahan berlangsung selepas tamatnya perlawanan penuh kontroversi antara JDT dan T-Team di Stadium Larkin, Johor Bahru.

Tahniah atas perkahwinan ini. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat, aminnn...




www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr