Ketenangan Abadi

Sesungguhnya Isteri itu pakaian bagi suami dan suami itu pakaian bagi isteri

Pelamin Impian

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Bersama Berbahagia Hidup Bersama

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Mawar Merah Lambang Cinta Sejati

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Macam mana nak pilih Cincin Perkahwinan?

Nak cari cincin kahwin yang macam mana ni, tak tau nak pilih. Itu lah persoalan yang selalu terbayang dalam kepala bila nak cari cincin, bukan apa, takut tak sesuai.

Sebenarnya, cincin ditentukan mengikut bentuk, berat dan karatnya iaitu kadar emas dalam campuran aslinya (24k). Emas asli tak berapa ssesuai nak dijadikan cincin kahwin sebab ia lembut dan mudah berubah bentuk. (senang rosak ler, tak setahan emas 18k yang dah dicampur logam sebanyak 75 %))

Biasanya harga cincin ditentukan oleh berat dan kadar bahan yang digunakan. Jika bajet anda ngan-ngam, maka buat survey dulu, berapa harga yang sempoi yang mampu anda miliki.

Jika anda dapat harga cincin yang lebih rendah, cek jugak kualitinya. Emas dengan kadaran 14K boleh dipertimbangkan sebagai pilihan. Harga cincin 14k memang ler rendah sebab kadar emasnya semakin kurang berbanding logam.

Selain itu, belilah cincin ketika harga emas turun. Banyak anda boleh berjimat ketika beli masa harga turun. Jangan bila dah nak kahwin baru tergesa-gesa cari cincin, beli awal pun tak pa jika masa itu harga emas lebih rendah.

Bagi memastikan cincin perkahwinan tahan lama dan boleh dipakai sepanjang masa, perhatikan kualiti pembuatan dan keselesaan pemakainya. Keselesaan adalah faktor utama bagi pemilihan cincin. Elakkan memilih cincin ketika cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk, atau selepas melakukan aktiviti fizikal berat.

Lagi satu perkara yang penting, sukat ukur lilit jari pasangan anda dulu, jangan main beli jer. Lebih baik kalau dia pergi bersama untuk membeli, boleh try terus.


Nak kahwin pakai duit KWSP?

Dulu bekerja dengan swasta jer, kerja kilang, kerja company guaman, hartanah, syarikat multinasional dan sebagainya. Bila mula bekerja tu biasanya orang muda terutama lelaki mesti berfikir, satu hari nanti aku nak kahwin dan nak kumpul duit.
Kalau gaji kecik jer berapa tahun agaknya nak kena kumpul duit baru boleh kahwin ni. Kalau anda dah memang ada awek dari awal pekerjaan, mesti dok fikir cam ner nak kumpul duit dengan kos perbelanjaan dan sara hidup yg semakin tinggi sekarang ni.

Dari kenalan beberapa rakan yang saya kenali, lepas tamat belajar jer (sijil, diploma ...) mereka terus bekerja, tak kira apa kerja asalkan halal. Bila dah start kerja, maknanya anda dah start mencarum kwsp. Walaupun gaji kecil, tapi masih ada caruman setiap bulan.
Bekerja lah dulu sambil mengintai peluang kerja yang lebih baik dan gaji yang semakin banyak. Bila anda dah kerja 2-3 tahun, secara tidak sedar anda sebenarnya dah simpan duit di kwsp. Kalau yang nak sambung belajar tu sambung lah. Tapi jangan lupa, sambil bekerja dengan swasta tu, intai-intai jugak peluang kerja dijabatan kerajaan kerana ia menjamin masa depan anda dan berpencen.

Nh, sekarang bila anda dah kerja 3 tahun lebih dengan swasta dan katakan anda dapat kerja dengan kerajaan pada tahun ke-4, ia memang cukup bagus. Sebab apa bagus, kerana anda boleh dapatkan wang kwsp untuk perkahwinan anda. Bila? Bila anda telah confirm dijabatan kerajaan dan anda memilih skim pencen, makan semua wang kwsp boleh mula diproses untuk dikeluarkan. Lagi lama anda kerja-lagi banyak ler duit anda dlm kwsp tu.

Walaupun kwsp tu untuk simpanan hari tua anda, tapi anda telah selamat kerana anda masih ada skim pencen bila anda tua dan bersara nanti. Betultak? Bukan semua orang dapat peluang macam ni, tapi jika anda cuba berusaha cara macam ni, ia amat menguntungkan. Bila duit kwsp dah ada ditangan anda, apa lagi bolehler merancang untuk hari bahagia anda. Kalau tak cukup pun cari ler sikit lagi untuk top-up belanja kahwin tu dan ia tak membebankan.

Pengalaman saya, berkahwin sebelum dapat kerja dengan kerajaan dan duit kwsp tu dapat agak lewat kerana saya juga agak lewat dapat kerja dengan kerajaan. (Lagi lambat lagi banyak kwsp). Bila confirm saja, proses pengeluaran terus dibuat dan kebetulan duit itu dapat selepas saya beli rumah. Kalau anda gunakan duit kwsp untuk kahwin, saya gunakan duit kwsp untuk bayar hutang dan renovate rumah baru.

Kesimpulan, tak rugi anda bekerja swasta terlebih dahulu3,4 tahun sebelum mohon kerja kerajaan. Tapi ingat, anda perlu buat demikian sebelum umur 35 tahun. Biasanya lebih dari 35 tahun susah skit ler nak dapat ker gomen ni...Apa pendapat anda...

Tok Kadhi, Temuduga & Soalan

Tok Kadhi, Temuduga & Soalan

Salam,

Musim cuti sekolah ni, terfikir juga, banyak kenduri kahwin di adakan. Bagaimana agaknya bakal pengantin menghadapi peristiwa sekali dlm seumur hidup ni (ada kemungkinan 2 dan .....) terutamanya bila berhadapan dengan tok kadhi. Dan tentu macam-macam soalan tok kadhi akan tanya kepada anda sebelum dia tandatangan borang permohonankahwin kan...

Pihak NikahKahwin.com dah terfikir lama agak benda ini dan juga berfikir bagaimana untuk membantu anda untuk menyelesaikan masalah ini dan membantu anda supaya lebih mudah berhadapan dengan tok kadhi.

Justeru, pihak kami telah menulis satu ebook bertajuk "Soalan Bocor Tok Kadhi" yang mendedahkan apakah soalan-soalan yg. selalu ditanya oleh tok kadhi semasa sesi temuduga dan semasa upacara akad nikah.



Mungkin anda pernah dengar soalan-soalan yang ditanya oleh tok kadhi dari pengalaman rakan-rakan anda, ada yang boleh jawan dan ada juga yg tak dapat jawab (memalukan). Justeru kami baru saja melancarkan ebook ini 2 hari yang lepas dan anda boleh dapatkannya bagi memudahkan urusan perkahwinan menghadapi tok kadhi nanti. Layari link di bawah untuk maklumat lanjut.

http://nikahkahwin.com/ebook2.php

Terima kasih
admin@nikahkahwin.com

Baca Blog Sambil Dapat Komisyen...

Ramai pembaca blog atau blogger kini menjana komisyen dengan mudah. Untuk itu Nikahkahwin rasa terpanggil untuk memberi peluang kepada semua untuk berkongsi pengetahuan sambil mendapat duit poket. Bukan susah pun, mudah sahaja cuma anda promosi  link dibawah dengan letakkannya pada blog, FB, Twiter, email, forum dll. Itu sajer...

http://meor30.jomniaga.com/affiliates/

Mudah saja, jika anda rezeki anda, anda akan dapat komisyen secara pasif tanpa anda menduga.

Selain daripada itu, promosi diNikahkahwin masih lagi berjalan sehingga 20 Disember 2012

http://www.nikahkahwin.com/order_promosi.html

Sambil berkongsi ilmu, petua dan tips sambil juga jana keuntungan.


Kenduri Kahwin Rakan Sekelas

Ingatkan dah tak mau kahwin, rupanyer lambat dapat seruan. Akhirnya kawan sekelas saya kahwin jugak akhirnya.Lama dan menunggu, kawan-kawan yang lain dah ramai anak dah, yang dah besar, bersekolah dan sebagainya. Nampaknya hari Ahad ni, dapatla berjumpa dengan rakan kita tu yang dah lama tak jumpa sejak keluar sekolah lepas SPM dulu. Berapa lama tu ya, dekat 21 tahun tak jumpa....Mak aiii...dah lama tuuu...
Disebabkan lama sangat menunggu, majoriti rakan sekelas dulu nak datang kenduri, dah jadi macam reunion plak nanti masa kenduri tu, mesti best.
Tak per ke kawin lewat ni, umur dah nak mencecah 40 tahun ni?? Sebenarnya tak jadi masalah, kahwin ler umur berapa pun, cuma bagi perempuan tu lebih baik kahwin awal sikit, kurang risiko untuk mendapatkan zuriat. (bergantung kepada kuasa allah).

Umur yang sesuai untuk berkahwin bagi lelaki adalah antara 25-35 tahun, dan bagi perempuan pula antara 20-28 tahun, kebiasaanyya pada umur berikut mereka dah ada pasangan masing2 dan menunggu hari untuk disatukan sahaja. Walau bagaimana pun ada juga yg. terlajak dati umur tu, biasa la...

Selamat pengantin baru kepada sahabat lama saya yg akan melangsungkan perkahwinan Ahad ni ri Taiping Perak, semoga berkekalan bahagia hingga akhir hayat...



Contohi Ustaz Don - Selepas Majlis Akad Nikah

Masa cuti sekolah ni ramai yang akan mengakhiri zaman bujang dengan perkahwinan. Perkahwinan yang diberkati adalah apabila mematuhi suruhan Allah SWT dan mengamalkan sunnah rasul
Apa yg. boleh kita contohi, ialah ketika Ustaz Don Daniyal melalui upacara akadnikahnya. Beliau mengamalkan beberapa perkara sunat selepas akad nikah. Antaranya, meletakkan tangan di ubun-ubun isterinya dan berdoa. Selain itu, Ustaz Don Daniyal juga solat sunat 2 rakaat. 



Berikut beberapa perkara sunat tersebut:

1. Solat Sunat Selepas Akad Nikah






2. Sujud Syukur
3. Suami memegang atau meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun atau kepala isteri dan berdoa.



4. Isteri bersalaman dengan Suami sambil cium tangan dan mengucapkan 2 Kalimah Syahadah  

Kalau lah kita dapat amalkan perkara sunat macam ni, InsyaAllah, bahagia rumahtangga dunia & akhirat

Terima kasih


Promosi Ebook di NikahKahwin.com Sempena Cuti Sekolah!

Assalamualaikum {!name},moga sentiasa sihat dan ceria dalam menjalankan tugas anda. Tahun 2012 kini sudah sampai ke penghujung, dan cuti sekolah semakin hampir. Musim cuti sekolah begini, sudah tentu banyak majlis walimatul urus akan diadakan, jenuh makan kenduri.
Bersempenan musim cuti ini juga, kami di NikahKahwin.com ada sesuatu untuk anda. Bagi anda yang masih lagi belum memiliki ebook "RAHSIA MUDAH AKAD NIKAH", anda boleh milikinya sekarang dengan tawaran harga potongan yang menjimatkan.
Kami menurunkan harga ke harga promosi iaitu cuma RM20 sahaja, dan anda akan jimat sebanyak RM10. Inilah masa nya yang paling sesuai untuk anda miliki ebook ini. 
Tawaran ini sah sehingga 20 DISEMBER 2012 SAHAJA. 
Jadi, segera rebut peluang ini...Anda perlu terus ke web promosi untuk membuat tempahan di
Tawaran ini khas untuk anda.
Terima kasih
admin
NikahKahwin.com

Pra Perkahwinan Lee Chong Wei & Wong Mew Choo

Jaguh Badminton negara telah melangsungkan pra-perkahwinan mereka dan dijangka akan berkahwin tahun hadapan. Oleh kerana penulis meminati sukan Badminton, jadi penulis rasa nak post jugak gambar kahwin selebriti terkenal sukan ni. Mungkin secara kebetulan jaguh China, Lin Dan pun kahwin sama, macam berjanji pulak...

Jom kita tengok shooting terbaik Datuk Lee ChongWei dan Wong Mew Choo bergambar.
 









Terima kasih

Majlis Perkahwinan Farid-Kamil-Diana-Danielle

Tanggal 3 Nov 2012, sah lah Farid-Kamil dan Diana-Danielle bergelar sebagai suami isteri. Kalau ditengok memang sama padan, sama cantik, sama lawa. Setelah hampir 3 tahun bercinta akhirnya disatukan dalam majlis akad nikah yang unik - open air.

Jom detik-detik majlis perkahwinan tersebut.






Selamat Pengantin Baru...

Terima kasih

Tujuan Perkahwinan Menurut Pandangan Imam Al-Ghazali

Telah banyak artikel yg bincang mengenai perkahwinan, hantaran, kenduri, akad nikah, mas kahwin. Kini jom kita renung semula kebelakang seketika, apakah sebenarnya tujuan perkahwinan itu. Jangan kita sibuk membuat persiapan perkahwinan tetapi tidak tahu apa sebenarnya tujuan perkahwinan itu sendiri.

Imam al-Ghazali ada menyebutkan di dalam kitabnya al-Ihya’ Ulumuddin, terdapat 5 tujuan iaitu :

1) Dapat menghasilkan keturunan supaya dunia ini tidak kepupusan makhluk dari bangsa manusia. Dan seterusnya anak tersebut dapat berdoa untuk kedua ibubapanya setelah kematian mereka.

2) Menghilangkan tekanan syahwat seks terhadap wanita yang sentiasa datang mengganggu di dalam ibadatnya. Tekanan ini juga akan membawa kepada zina mata atau zina faraj. Dengan perkahwinan seseorang itu dapat memelihara diri dari syaitan yang akan membawa ke arah perkara-perkara yang haram.

3) Membereskan gangguan hati dalam masalah urusan rumahtangga seperti memasak, mengemas, membasuh dan lain-lain. Dengan ini, masanya tidak banyak terbuang hanya untuk urusan tersebut sahaja.

4) Dengan pergaulan dan percampuran suami isteri dapat menggembirakan serta menjinakkan hati dan perasaan. Di mana perkara ini akan mendorong dan menguatkan hatinya untuk rajin melakukan ibadat.

5) Dapat bermujahadah melawan hawa nafsu di dalam kehidupan berumahtangga, antaranya ialah:

i. Dengan menunaikan hak-hak yang diwajibkan terhadap isteri.
ii. Bersabar terhadap tingkah laku isteri yang tidak secocok dengannya.
iii. Berusaha untuk memperelok akhlak anak dan isterinya serta memberi tunjuk ajar kepada mereka ke jalan agama.
iv. Berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan rezeki yang halal untuk menyara anak dan isteri.
v. Mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna.


Moga kita semua jelas tujuan sebenar perkahwinan. Bagi yang nak kahwin tak lama lagi, jom sambung semula persiapan perkahwinan anda.

Terima kasih

Mengapa Sebahagian Perempuan Takut Kahwin?

Sebahagian perempuan rela tidak berkahwin sehingga ke akhir hayat mereka. Mengapa? Mereka lbih suka hidup bersendirian dari bertemankan seorang lelaki bernama suami. Mungkin ada sebab nyer mereka macam tu.
Setiap orang mesti ada sebab masing-masing hingga sanggup membujang atau janda/duda sampai ke tua. Mungkin takutkan peristiwa ngeri atau pengalaman ngeri masa lampau dan macam-macam lagi. Antaranya puncanya seperti:-





1) Terlalu memilih

Hanya ingin bersuamikan lelaki memenuhi citarasa tersendiri dari aspek rupa, perlakuan dan layanan diterima.

2) Kecewa

Pernah bercinta atau bertunang dan kemudian dikecewakan sebelum pernikahan berlangsung. Berikutan kejadian terbabit perempuan berfikir lelaki seterusnya hadir di dalam kehidupan juga akan membawa kekecewaan di dalam hidup mereka. Mereka menjadi phobia dan terlalu berhati-hati dalam pencarian calon seterusnya sehingga tidak menyedari usia semakin tua.
3) Disegani lelaki

"Jangan lah Lan oi! Malu mak nak meminang si Farah tu. Kau ada diploma, dia ada Phd. Enggang sukar nak terbang bersama pipit," ujar emak lelaki. Barangkali ramai antara kita pernah mendengar komen sebegitu dilontarkan orang tua. Lalu perempuan terbabit menjadi mangsa keadaan hanya kerana dia berpendidikan tinggi.
4) Ego keterlaluan

Sememangnya lelaki sering dikatakan memiliki sikap keegoan tinggi namun sebilangan perempuan zaman sekarang tidak terkecuali.

"He is not my taste!"

Ujar perempuan tanpa menyedari dia juga mungkin tidak memenuhi keinginan lelaki. Kekadang perempuan sebegin kelihatan bergaya, berkerjaya tetapi dari aspek pergaulan, dia terlalu kepingin untuk menang dalam segala hal.

Berasa diri terlalu bijak kekadang membunuh impian lelaki untuk memperisterikannya.
5) Lelaki gay

Barangkali bukan sebab utama tetapi tetap wajib diambil kira.

Sebilangan perempuan takut andai terjabak dengan lelaki bergelar suami namun mengamalkan kehidupan songsang di belakang mereka. Bukan semua lelaki gay mampu dikenal pasti dari aspek fizikal dan penampilan harian mereka. Segelintir kelihatan 'keras' tetapi memiliki jiwa hanya menaruh nafsu serakah terhadap kaum sejenis. Berkahwin hanya usaha mengkaburi mata keluarga dan masyarakat sekeliling.
Apa lagi faktor lain yg. anda tahu?

Perspektif Jodoh, Yang Salah Yang Betul...

Apa yang kita faham tentang jodoh, dan apa yang kita tak faham tentang jodoh. Apa yang salah tentang jodoh dan apa pula yang betul tentang jodoh. Ha, bagi anda yang baru berjinak nak mencari jodoh ni mungkin ada lagi beberapa perspektif jodoh yang kita sendiri tak tahu dan tak perasan.

Berikut beberapa panduan yang amat berguna untuk kita faham dan praktikkan supaya jodoh kita memberi kebaikan dunia dan akhirat. Klik atas gambar untuk besarkan sebelum membaca...

Terima kasih.

Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik dan Bahagia

1. Selepas solat Isya', ambil ...air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
2. Tiup dalam air dan minum.
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.
Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manafaatnya.See More

By: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Perkahwinan Lisa & Yusri

Genap 23 Februari 2012, detik yang ditunggu dan dinantikan oleh seluruh peminat Lisa Surihani menjelma tiba. Saat Yusri Abdul Halim melafazkan ijab sekali lafaz “Aku terima nikahnya...”, terikat sudah perkahwinan atau pernikahan antara Yusry dan juga Lisa Surihani pada malam Jumaat ini.

Dat saat itu, sepenuhnya diri Lisa Surihani menjadi milik penuh Yusry Abdul Halim. Berikut antara gambar sekitar majlis akad nikah Yusry dan juga Lisa di Hotel Marriott, Putrajaya. Sebagai mas kahwin, Lisa Surihani dihadiahi seutas rantai platinum.
Majlis pernikahan yang bertemakan “Winter Garden” ini berjalan dengan suasana sederhana. Semasa lafaz nikah disahkan oleh para saksi, Lisa kelihatan mengalirkan air mata terharu. Untuk makluman, pihak pengantin perempuan menghantar 9 dulang hantaran dengan keyboard dan koleksi lagu Beatles antara hantaran yang menarik. Manakala pihak pengantin lelaki menghantar 7 dulang sebagai balasan.







Janggut dan Kesuburan Isteri!


Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.


Bagaimana Caranya?

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami.

Kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic, ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Hukum Memelihara Janggut

Berjanggut telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan persoalan yang interim. Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara janggut dan berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang keras.

Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah, menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq.

Sikap tidak memperdulikan larangan Allah swt adalah perbuatan keji. Dianggap keji kerana meremehkan hukum-ahkam syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut.

Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini. Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil.

Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka.

Talasemia dan Pasangan Anda!

Ramai pasangan yang ingin berkahwin tidak betul-betul faham tentang isu Talasemia dan kepentingannya pada masa depan. Dok merancang nak kahwin, sibuk dgn perancangan bajet, hantaran, pelamin, katering jangan sampai abaikan kepentingan kesihatan iautu talasemia.

Sebelum berkahwin dengan pasangan, lebih baik anda mengaetahui pasangan masing-masing sama ada dia pembawa talasemia atau tidak.

Sebenarnya, apa itu talasemia???
Talasemia merupakan penyakit genetik sel darah merah. Pesakit Talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.

Bagaimana Talasemia merebak???
Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan di mana anak mendapat gen Talasemia daripada ibu bapa. Ianya bukan penyakit berjangkit iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara, air atau pun sentuhan fizikal. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini. Satu daripada 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen Talasemia.

Jenis Talasemia.
Terdapat 2 jenis Talasemia yang utama iaitu Talasemia minor (pembawa gen Talasemia) dan Talasemia Major (Pesakit Talasemia). Pembawa gen Talasemia tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan tetapi seorang pembawa gen Talasemia boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknnya. Manakala pesakit Talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak dari umur 3-18 bulan. Antara gejala tersebut adalah seperti badan sentiasa lemah dan resah, kesukaran bernafas, perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa, tumbesaran terbantut dan terdapat perubahan pembentukan pada muka apabila anak semakin membesar.

Apa yang anda perlu lakukan???
Terdapat langkah pencegahan untuk mengelakkan Talasemia dan perlu dilakukan oleh pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga sebagai langkah keselamatan. Langkah yang pertama adalah menjalani penyaringan darah bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia. Langkah kedua, sekiranya anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada dia juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak. Langkah ketiga, jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dengan penghadiri kaunseling genetik . Ini perlu kerana sekiranya kedua-dua pembawa gen Talasemia berkahwin, kemungkinan besar anak yang dilahirkan merupakan pesakit Talasemia major yang boleh membawa maut. Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa gen Talasemia, 25% kemungkinan anak mereka adalah pembawa Talasemia, 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa dan 50% kemungkinan anak mereka normal.

Diharap, sedikit sebanyak dapat membantu anda yang akan berkahwin nanti...TQ

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr