Berapa umur sesuai untuk kahwin?

Kahwin lah kamu, kerana perkahwinan itu dapat mengelakkan diri dari perbuatan keji dan mungkar. Itulah salah satu kebaikan berkahwin, namun berapakah umur yang sesuai untuk sebuah perkahwinan?

Mungkin ada yang kahwin diusia muda, ada plak yang kahwin diusia agak tua. Ada pulak orang muda yang kahwin orang tua, macam-macam.
Bagi seorang lelaki, mungkin tidak sama kesuaiannya untuk berkahwin jika dibanding dengan wanita.

Orang tua-tua selalu kata, bagi lelaki umur yang sesuai untu kahwin adalah antara usia 25-33 tahun. Tapi bagi perempuan pulak kata mereka antara 20-26 tahun. Itu masa paling ideal bagi pasangan, jika ekonomi dah ok laaa...

Bagi lelaki, jika umur lebih 30 tahun itu biasa, tapi tidak bagi perempuan. Biasanya, bila perempuan itu dah mencecah angka 30 dan belum kahwin, ia sebenarnya sudah agak lewat, bukan tak boleh kahwin, tapi agak lewat.

Bagi perempuan yang kahwin umur 20 tahun tu biasa, tapi bagi lelaki, jika kahwin pada umur 20, tu namanyer gateeee... sebab masa tu belum ada ekonomi yang kukuh untuk rumahtangga. Nak kasi duit hantaran pun tak cukup.

Bagaimana pulak pandangan anda?

11 comments:

  1. pd pndpt sy, kwin muda lbih baik drpd mlakukan maksiat. sekarang banyak kes anak luar nikah. jika dibandingkan gelaran pengantin muda dengan penzina, glaran pngntin muda lebih baik. ksmpulannya, kwin muda ok jew klu pndai mrancang.

    ReplyDelete
  2. pndapat sy,kawin time usia muda mmg bnyak kebaikkan..kita sendiri pon tahu sbb apa,so salah satunya nk cegah maksiat..umur sesuai utk lelaki 24-30,kalo bg perempuan plak sy cadangkan 20-25..orait,cmni kalo yg nk kawin time usia muda 2 jgn la terburu-buru k,pikir dulu,rancang dulu dn sbgainya..kalo yg si lelaki yg gatee nk menikah 2 kukuhla dulu ekonomi tu (makesure ada pekerjaan tetap)..nnt senang..xkn pas kawin xnk honeymoon mana2 kot,tol x??cian si istri tu..hehehe,sya mmg sokong kalo kawin muda,yg penting pandai merancang!!ingt yg penting EKONOMI

    ReplyDelete
  3. Maksud muda tu bukan nyer baru lepas SPM terus kawin. Yang paling baik macam komen no.2 tu kata, lelaki 24-30, perempuan, 20-25. Kalau umur 19 atau 20 tu terlalu muda, memang tak sesuai.

    ReplyDelete
  4. kahwin gantung aja...janji halal

    ReplyDelete
  5. saya umur bru 16 nk kwen jgk bleh x?
    sbb sya x snggup trma mcm2 ujian..
    sya syg kekasih sya..

    ReplyDelete
  6. kpd izzat,
    nikah kihtbah itu bagus dn tiket halal utk ber-couple. Sudah sedia maklum, couple mmg haram. boleh jadi halal dgn cara bernikah.
    tapi adik baru 16 tahun kan? mungkin adik bole cuba banyakkan berpuasa sunat utk cuba tahan nafsu.spt tgk aurat wanita. semua tu nafsu kan? pada pndgn sy, nikah adalah yg terakhir skiranya nafsu sudah tidak dpt dibendung lagi.
    tp jgn slah paham, nikah bukan kerana Nafsu..Wallahua'lam

    ReplyDelete
  7. erm.. soalan..
    situasi :
    skrg saya umur 20 (lelaki), dan kekasih saya umur 22 jadi pada umur brape sesuai kawen? kami takut klu lmbt sgt menjadi sukar utk si dia mendapat anak

    p/s: kami berdua grad insya allah pada masa yg sama, saya akan berumur 23 dan dier berumur 25

    ReplyDelete
  8. assalammualaikum,saya umur 19,kekasih saya 27,dan dia ada kerjaya,tp masalahnya skg,ibubapa saya yg masih mnganggap lg yg saya masih terlalu muda utk berkahwin,tp sy tetap nak berkahwin,dan skg sy masih berlajar,sy bercadang nak kahwin hujung tahun ini,hbis exam sy..jd apa pndapat kamu?

    ReplyDelete
  9. Kahwin muda memang baik tapi jangan terlalu muda. Umur ideal bagi lelaki 25-33 tahun dan umur ideal perempuan adalah 20-26 tahun. Dan biasanya pada peringkat umur ini ekonomi dah boleh diuruskan sendiri dan diri kita lebih matang.

    Kalau umur lelaki 16 tahun, 19 tahun dah nak kahwin, rasanya tak berapa sesuai kerana selain takut kehilangan pasangan, perlu juga difikirkan ekonomi untuk menguruskan rumahtangga dan kematangan untuk bersedia sebagai suami. Jangan hanya berkata sayang kepada kekasih, takut kehilangan dia sahaja tetapi perkara lain belum bersedia.

    Dari segi nak dapat anak, perempuan umur ideal maksimum untuk perolehi baby adalah 40 tahun. Jadi tiasa alasan kalau pasangan anda baru berumur 25-30 tahun.

    Fikirkan apa yg. akan berlaku jika kita belum bersedia menjadi suami isteri diumur muda ini. Nafsu sentiasa mendesak manusia untuk berkahwin tanpa mengira persediaan diri. Fikirkan....

    ReplyDelete
  10. umur sy 25 perempuan..hbes master taun ni,tp xde keje lg..sy nk kawen,tp ade pendpt suh bls jasa ibu tiri dulu....huhhu..sedehnye...

    ReplyDelete
  11. Habiskan master dulu, sambil cari kerja boleh rancang untuk kahwin. Umur 25 thn bagi perempuan sedang elok untuk berkahwin. Anda boleh bantu ibu anda bila dah ada keje nanti. Teruskan membantu ibu anda walaupun selepas kahwin. Tidak bermakna bila anda dah kahwin anda tidak boleh bantu. Jelaskan kepada bakal suami tentang perkara ini awal2. Yang penting be positive dan doakan yg terbaik.

    ReplyDelete

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr