Ketenangan Abadi

Sesungguhnya Isteri itu pakaian bagi suami dan suami itu pakaian bagi isteri

Pelamin Impian

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Bersama Berbahagia Hidup Bersama

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Mawar Merah Lambang Cinta Sejati

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Nak kahwin orang jauh ke orang dekat...

calon suami isteri
Jodoh pertemuan di tangan tuhan, kita tak tahu siapa jodoh kita, yang hanya mampu oleh kita adalah berusaha mencari pasangan yang sesuai lagi secocok dengan kita. Jika anda seorang lelaki, biasanya anda lah yang mencari calon isteri sama ada orang dekat atau jauh. Jika anda seorang perempuan, mungkin anda hanya menunggu sahaja orang mengorat atau meminang. Namun anda juga ada pilihan sama ada calon itu sesuai dengan citarasa anda sama ada orang jauh atau dekat.

Orang dekat tu mungkin maksudnya satu negeri dengan bakal suami/isteri, rumah tu tak jauh, mungkin dalam sejam lebih jer perjalanan dah sampai, atau pun 2 jam. Kalau lain-lain negeri tu consider jauh ler jugak.

Zaman sekarang ni kebanyakkannya pasangan dah berkenalan bahkan bercinta dahulu sebelum kahwin. Jadi masa nak berkenalan tu kalau anda berhajat nak berkahwin dengan orang dekat, maka disitulah anda perlu buat keputusan, jangan dah bercinta bagai nak ngak, baru nak pilih bakal calon dekat atau jauh. Kalau dah cinta, orang jauh pun sanggup kan... So, kena buat keputusan sebelum bercinta dan kalau boleh masa berkenalan tu...Kalau anda tak kisah lokasi jauh ke dekat, tak per lar...

Berikut beberapa kebaikan & keburukan yg. mungkin anda boleh fikirkan sebagai bekalan masa depan bagi yang berkahwin dengan orang dekat.

Kebaikan

1. Senang nak balik kampung menjenguk orang tua.
2. Tiada masalah nak balik raya sebab dekat.
3. Tiada masalah kos untuk balik kampung, (murah).
4. Senang nak tinggal anak nanti kalau suami/isteri ada kursus (outstation)


Keburukan

1. Tidak dapat merasai budaya tempat/negeri orang lain.
2. Kena bincang giliran nak balik cuti raya.
3. Kos nak balik kampung sekali sekali tu mungkin tinggi sebab jauh.
4. Mertua mudah nak datang ke rumah, jadi kena jaga-jaga supaya tak der benda tak elok terbongkar (spotcheck)

Semoga  memberi manfaat kepada semua.

Senarai Semak Bajet Perkahwinan

senarai semak kahwin
Musim cuti sekolah datang lagi minggu depan, dan tentu ramai dikalangan kita yang bercadang nak kahwin pada musim cuti begini kan. Namun adakah anda dah bersedia dengan keperluan majlis tersebut? Anda dah buat checklist perkara-perkara penting? takut nanti terlupa, hah... penat... Jadi sebelum terlupa, baik anda buat senarai semak, apa yang anda perlukan untuk majlis perkahwinan anda nanti mengikut bajet poket masing-masing. Kalau bajet besar ok lah, tapi kalau bajet seciput jer...baik semak betul-betul takut nanti kena berhutang plak...

Di bawah ni ada senarai semak yang anda boleh guna pakai sebagai panduan untuk anda semak keperluan majlis perkahwinan itu nanti. Rancang elok-elok supaya majlis berjalan lancar, anda pun senang hati.


Pra-Perkahwinan
Kursus perkahwinan
Wang hantaran - lagi kurang lagi bagus
Mas kahwin
Upah jurunikah - ikut tempat
Kad jemputan - nak murah pakai FB jer...
Setem
Cincin tunang
Cincin kahwin
* Barang kemas
* Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan
* Tempat penginapan untuk rombongan

Barangan Hantaran
Sirih junjung
Al-Quran
Telekung/sejadah
Kain ela
Baju kurung
Beg tangan
Tuala
Jam
Kasut
Satu set peralatan solek
Satu set penjagaan badan
Buah-buahan
Puding
Coklat
Kek

Juruandam
Pelamin
Bunga pahar
Bunga telur/cenderahati tetamu
Baju songket
Hiasan bilik tidur
* Pintu gerbang
Hiasan hantaran

Abadikan memori
Videografi yang siap disunting
* Jurugambar

Kanopi
Kanopi
Kerusi dan meja
Alas meja
Kipas siling
Lampu
Upah pekerja
* abaikan jika majlis perkahwinan dibuat di rumah

Hotel atau Dewan
Sewa hotel atau taman
Kerusi dan meja
Menu
Penyambut tetamu
Pengiring

Makan beradap
Set meja pengantin
Kerusi dan Meja
Alas meja
Skirting
Scallop
Kerusi banquet
Bunga bouquet
Lauk pengantin
Penanggah

Katering
Nasi dan lauk pilihan
Buah-buahan
Air (kordial)

Hiburan RM
Kompang
* Silat pengantin
* Cak lempong
Kumpulan marhaban/berzanji

Sistem PA
Satu set sistem PA
* DJ / MC

Bulan Madu RM
Percutian

Begitulah senarai semak sebagai panduan untuk anda. Cantas lah mana-mana perkara yang kurang penting kalau bajet tak berapa besar, contohnya DJ, hotel, jurufoto tak payah pun tak pa...Ikutlah bajet anda...

Darah sama jenis dengan bakal suami, boleh ker??

darah sama dengan suami
Salam, saya nak tanya satu soalan...
Darah saya jenis 'O' positive manakala pasangan saya pula jenis 'O' positive, darah kami sama. adakah sejenis darah sama akan melibatkan generasi akan datang? maksud saya kalau saya berkahwin dengan pasangan saya yang sama darah tadi, adakah akan effect pada bakal2 anak2 saya nanti?? contohnya cacat ke,kurang darah ke,atau normal??

Terima kasih kepada soalam itu, susah saya nak jawab sebab saya ni bukan doktor pakar nak
respon mengenai darah dan genatik.
Apa yang boleh saya bantu anda dari sudut pemahaman dari pembacaan saya, darah kita ada 4 jenis
iaitu A, B, AB dan O dan setiap satu ada faktor rhesus + dan -. Maka kesemua jenis darah menjadi 8 jenis
dengan setiap satunya ada + dan -. Kebarangkalian untuk kita bertemu atau berkahwin dengan jenis darah
yang sama amatlah tinggi, jadi dari pemahaman saya ia tidak menjadi masalah untuk berkahwin.
Untuk maklumat lanjut layari web ni...


Semoga perkongsisan ini memberi manfaat kepada semua. Kalau ada para doktor nak respond dipersilakan.


Perkahwinan Jehan Miskin...

Tarikh 4 April 2013, dikala semua rakyat Malaysia sibuk membuat persiapan pilihanraya ke 13, ada insan yg juga sibuk untuk melayari hari bahagia mereka. Setelah bercinta selama hampir lima tahun, akhirnya pelakon Jehan Miskin kini secara rasmi bergelar suami  kepada Julie Kamelia Rhee (Julie).

Majlis ijabkabul beliau dan gadis kelahiran Korea Selatan itu berlangsung di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur. Julie menerima mas kahwin (mahar) sebanyak RM12,000 tunai.

Jom tengok beberapa foto romantik Jehan dan isterinya. Tahniah, semoga berbahagia dan berkekalan jodoh hingga ke akhir hayat.








Dari pandangan Islam, hendaklah kita memilih calon isteri itu atas 4 perkara, kecantikan, keturunan, harta dan agamanya. Sekarang Jehan telah memilih warga korea sebagai isteri, yang memang baru nak mengenali agama Islam. Ini adalah tugas berat kepada suami untuk mendidik isteri. Jika lelaki memilih calon yang telah kuat asas agamanya, maka ringan sikit beban untuk tersebut. Apapun, semoga Jehan berjaya mendidik isterinya kepada kebenaran yang hakiki.

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr