Nak kahwin pakai duit KWSP?

Dulu bekerja dengan swasta jer, kerja kilang, kerja company guaman, hartanah, syarikat multinasional dan sebagainya. Bila mula bekerja tu biasanya orang muda terutama lelaki mesti berfikir, satu hari nanti aku nak kahwin dan nak kumpul duit.
Kalau gaji kecik jer berapa tahun agaknya nak kena kumpul duit baru boleh kahwin ni. Kalau anda dah memang ada awek dari awal pekerjaan, mesti dok fikir cam ner nak kumpul duit dengan kos perbelanjaan dan sara hidup yg semakin tinggi sekarang ni.

Dari kenalan beberapa rakan yang saya kenali, lepas tamat belajar jer (sijil, diploma ...) mereka terus bekerja, tak kira apa kerja asalkan halal. Bila dah start kerja, maknanya anda dah start mencarum kwsp. Walaupun gaji kecil, tapi masih ada caruman setiap bulan.
Bekerja lah dulu sambil mengintai peluang kerja yang lebih baik dan gaji yang semakin banyak. Bila anda dah kerja 2-3 tahun, secara tidak sedar anda sebenarnya dah simpan duit di kwsp. Kalau yang nak sambung belajar tu sambung lah. Tapi jangan lupa, sambil bekerja dengan swasta tu, intai-intai jugak peluang kerja dijabatan kerajaan kerana ia menjamin masa depan anda dan berpencen.

Nh, sekarang bila anda dah kerja 3 tahun lebih dengan swasta dan katakan anda dapat kerja dengan kerajaan pada tahun ke-4, ia memang cukup bagus. Sebab apa bagus, kerana anda boleh dapatkan wang kwsp untuk perkahwinan anda. Bila? Bila anda telah confirm dijabatan kerajaan dan anda memilih skim pencen, makan semua wang kwsp boleh mula diproses untuk dikeluarkan. Lagi lama anda kerja-lagi banyak ler duit anda dlm kwsp tu.

Walaupun kwsp tu untuk simpanan hari tua anda, tapi anda telah selamat kerana anda masih ada skim pencen bila anda tua dan bersara nanti. Betultak? Bukan semua orang dapat peluang macam ni, tapi jika anda cuba berusaha cara macam ni, ia amat menguntungkan. Bila duit kwsp dah ada ditangan anda, apa lagi bolehler merancang untuk hari bahagia anda. Kalau tak cukup pun cari ler sikit lagi untuk top-up belanja kahwin tu dan ia tak membebankan.

Pengalaman saya, berkahwin sebelum dapat kerja dengan kerajaan dan duit kwsp tu dapat agak lewat kerana saya juga agak lewat dapat kerja dengan kerajaan. (Lagi lambat lagi banyak kwsp). Bila confirm saja, proses pengeluaran terus dibuat dan kebetulan duit itu dapat selepas saya beli rumah. Kalau anda gunakan duit kwsp untuk kahwin, saya gunakan duit kwsp untuk bayar hutang dan renovate rumah baru.

Kesimpulan, tak rugi anda bekerja swasta terlebih dahulu3,4 tahun sebelum mohon kerja kerajaan. Tapi ingat, anda perlu buat demikian sebelum umur 35 tahun. Biasanya lebih dari 35 tahun susah skit ler nak dapat ker gomen ni...Apa pendapat anda...

16 comments:

  1. askum..bleh sy tnya,bleh ke bwk kuar duit kwsp untuk kawin?sbb keje pon cukup2 mkn,byk nk byr hutang,nk simpan duit kawin pon x bleh..klu dpt kuar duit kwsp untuk kawin,ringan skit beban,dpt la kawin lgi setahun lebih ni..

    ReplyDelete
  2. Kalau nak keluarkan duit KWSP hanya semata-mata nak kahwin tak boleh ler... KWSP boleh dibawa keluar duitnyer atas sebab, kesihatan, pendidikan, beli rumah, beli komputer, kahwin tak boleh. Kalau kebetulan masa tu beli rumah ker atau belajar lagi ker boleh la guna duit KWSP tu.

    Lagi satu kalau dulu keje swasta dan sekarang dapat kerja kerajaan dan anda pilih skim pencen, boleh la keluar semua duit KWSP. Dalam 1 tahun ni, kena simpan duit, sempat tuuu...

    ReplyDelete
  3. Salam encik meor..maknanya jika sy kerja di swasta selama 7 tahun then baru ni sy kerja di sektor kerajaan..jdnya duit kwsp akaun 1 n 2 sy boleh dpt semua yer msa sy kerja di swasta...confirm ke atau dia amek 55 peratus simpn msa tuk penven and another 45 percent sy dpt...x dpt full or camner. ...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas soalan anda. Begini, duit kwsp boleh dikeluarkan semuanya, jika anda memilih skim pencen bila anda berkhidmat dengan kerajaan. Sebab tu saya kata, lagi lama anda bekerja swasta, lagi banyak duit kwsp anda yg boleh dikeluarkan.
    Bila anda bekerja dengan kerajaan, pilihan pencen boleh dibuat selepas anda confirm. Sepanjang anda masih belum confirm, caruman kwsp masih berjalan. Anda kena ingat yer, caruman kwsp ada 2, dari pekerja & majikan. Jadi, pihak kerajaan akan ambil semula caruman majikan sepanjang anda masih belum confirm.
    Jadi pengeluaran kwsp anda adalah semua wang masa kerja swasta + dengan caruman pekerja sahaja (sektor kerajaan), caruman majikan tak termasuk. Harap menjawab soalan anda. TQ

    ReplyDelete
  5. Blh ke kita gunakan kwsp untuk bayar hutang bank??Di Sebab kan xnk nama blacklist kat bank negara?

    ReplyDelete
  6. Pada pandangan saya macam tak boleh, sebab bila semak balik alasan pengeluaran KWSP yg. dibenarkan adalah seperti Pendidikan, Beli rumah, dulu beli komputer, kesihatan dll, tak der plak utk bayar hutang. Utk pengesahan boleh semak ngan KWSP sendiri, kot ada polisi baru...

    ReplyDelete
  7. Kluakn wet kwsp utk bli rumah ley ea?pe yg nk disediekan ye?

    ReplyDelete
  8. Dokumen tu biasanya akan disediakan oleh lawyer masa beli rumah tu, rasanya kena isi borang pengeluaran di kwsp dilampirkan dgn domumen tersebut, dah lupa lama dah beli rumah.

    ReplyDelete
  9. Sy ade beli rumah dan penah guna akaun 1 untuk dpt 10% hrga rumah tu. Skrang sy nak guna akaun 1 untuk bayar bulanan rumah sama pulak.boleh ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang pasti, boleh rujuk website kwsp http://www.kwsp.gov.my/

      Delete
  10. untuk org kerajaan sja la...bg org keja swata tidak boleh la..

    ReplyDelete
  11. kalau nak klua kan sikit boleh tak nak buat bayar hutang...agak dalam 2k jer

    ReplyDelete
  12. Pengeluaran dibenarkan utk tujuan tertentu sahaja, macam nak beli rumah, pendidikan, kesihatan. Yang lain tu tak dibenarkan.

    ReplyDelete
  13. Hi....klu masih bkrja di sektor swasta boleh ke keluar kan kwsp?..sorry,sy x brpe fhm..

    ReplyDelete
  14. Macam komen saya sebelum ini, pengeluaran kwsp dibenarkan utk tujuan tertentu sahaja, macam nak beli rumah, pendidikan, kesihatan. Yang lain tu tak dibenarkan. Nak kahwin tak boleh ler guna duit kwsp. Tapi jika anda telah berhenti kerja swasta dan mula bekerja kerajaan dan memilih skim pencen, maka anda boleh keluarkan semua duit kwsp dari mula anda mencarum. Boleh ler guna modal untuk kahwin nanti...

    ReplyDelete

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr