Ketenangan Abadi

Sesungguhnya Isteri itu pakaian bagi suami dan suami itu pakaian bagi isteri

Pelamin Impian

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Bersama Berbahagia Hidup Bersama

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Mawar Merah Lambang Cinta Sejati

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Bagaimana Bersetubuh menjadi Ibadah

Apa sebenarnya tujuan berkahwin? Jangan hanya nampak untuk memuaskan syahwat sahaja, sedangkan tanggungjawab adalah lebih besar daripada itu. Sekali pun ingin memuaskan syahwat, sebanarnya dalam Islam itu pun mendapat pahala jika mengikut tatacaranya. Bagaimana? Hendaklah memenuhi sekurang-kurangnya 5 syarat . Antara syarat-syaratnya ialah :-

1. Niat kerana Allah ; Niat bersetubuh kerana Allah ialah niat untuk menunaikan perintah Allah, iaitu melepaskan nafsu syahwat ke jalan halal dan menghasilkan zuriat yang baik agar ia dapat membantu membela agama Allah.

2. Persetubuhan hendaklah dilakukan oleh isteri atau suami yang telah dikahwinkan menurut syariat Islam.

3. Pelaksanaan persetubuhan hendaklah mengikut adab-adab yang telah digariskan. Tidak menyetubuhi isteri melalui dubur , ketika saat berpuasa siang hari pada bulan ramadhan atau ketika sedang haid atau nifas.

4. Natijah atau hasil persetubuhan, iaitu mendapat anak dan anak itu dididik agar menjadi anak yang soleh yang mentaati Allah. Selain itu hasil daripada persetubuhan juga boleh memberi ketenangan kepada fikiran dan jiwa serta menyihatkan tubuh badan. Justeru itu badan yg sihat digunakan utk berbakti dan taat kepada Allah.

5. Tidaklah kerana bersetubuh sampai meninggalkan ibadah utama. Contohnya oleh kerana rasa nikmat kesan bersetubuh, sampai tidak bangun bersembahyang subuh . Tidur sampai ke pagi. Perbuatan ini amatlah dilarang.

Demikianlah syarat-syarat bersetubuh yang menjadi ibadah dan mendapat pahala jika diikuti sepenuhnya.Maka jadikalah bersetubuh dan memberi nafkah batin kepada isteri itu sebagai ibadah dan pahala supaya mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak.

Lain- Lain Hikmah


Ketika saat seseorang itu dirangsang nafsu seks, biasanya seseorang itu akan hilang pertimbangan dan melupakan alam sekeliling.Oleh itu tidak hairanlah Nabi S.A.W berpesan agar semasa melakukan persetubuhan / berjimak seseorang itu tidak bersikap seperti binatang , seperti khaldai atau tidak melakukan persetubuan di tempat selain dari faraj atau tidak sewaktu haid dan nifas.

Dengan itu tujuan adab-adab dan peraturan-peraturan diadakan agar seseorang itu bertenang dan bersabar mengikuti satu persatu. Seperti dimulai dengan beristigfar, berwuduk,sembahyang sunat,niat, berdoa,bersenda guraudan bercumbuan serta sebagainya agar nafsu seks dapat dibendung secara tenang dan disalurkan mengikut fitrah, bertata-tertib dan berakhlak. Jika tidak diikuti adab-adabnya, seseorang itu tentu melakukan persetubuhan secara lahap seperti binatang buas dan hal ini memungkinkanakan berlaku kesan sampingan pada kesihatan,kelahiran zuriat yang tidak senonoh, tidak berakhlak, atau pada fizikalnya seperti menyakitkan isteri dan menghilangkan rasa nikmat berjimak.

Begitu indahnya islam.. hingga bab berjimak pun ada adab, bertata tertib dan sentiasa beribadah…

sumber : I Luv Islam.com

Ketahui Rahsia Akad Nikah sebenar...

Berapa anak korang nak bila kahwin nanti??

Tujuan perkahwinan itu salah satunya adalah untuk menambahkan zuriat keturunan kita. Setiap yang berkahwin PASTI berhasrat nak dapat anak. Rasanya jarang-jarang kita dengar orang yang kahwin tu tak mau anak. Kenapa perlu anak dan berapa orang anak yang korang nak?? Anak adalah aset yang paling penting sekali kepada pasangan yang brekahwin. Rumah tangga akan jadi lebih ceria dan bahagia dengan lahirnya orang baru dalam keluarga. (kalau sapa tak suka anak tak tau ler...). Anak bukan sahaja aset kita di dunia tapi juga aset kita diakhirat nanti. Mereka akan mendoakan kita dan membantu kita di sana nanti.

Jadi, berapa orang anak yang korang nak ni....bagi penulis setakat ni baru ada 4 orang anak, 3 perempuan & sorang lelaki. Agak-agak anda cukup tak lagi...Memang dari awal lagi sasaran tu dalam 4-5 orang anak sahaja dan terdiri dari lelaki & perempuan. Sesetengah orang ada 5 orang tapi semuanya perempuan dan ada juga yang semuanya lelaki.

Rata-rata penulis melihat rakan-rakan seperjuangan mempunyai 4-5 orang anak dan kata mereka itu sudah memadai. Terpulang lah kepada masing-masing punya pendapat. Bagi penulis rasanya 4-5 orang anak itu sesuai sekali. Mungkin ada yang kata ramainya, susah nak bela kalau ramai. Ya betul memang susah tapi kita akan senang kemudian nanti. Ramai orang kita yang tak mau susah sekarang senang kemudian dan ramai yang mau senang hari ni dan senang kemudian.

Bagi yang dah kahwin tapi masih belum ada anak, jangan putus ada untuk berusaha, Allah sentiasa mendengar permohonan hambanya, maka berdoalah mudah-mudahan dapat zuriat tu nanti.

Mamcam mana dengan anda, rasanya berapa orang anak yang sesuai pada zaman ni...

Berapa Dulang Hantaran Bertunang?

Mengikut adat kita, kalau pergi ke rumah orang tu mesti bawa sedikit buah tangan kan, tak kan nak pergi dengan tangan kosong jer. Ni kan pulak nak pergi meminang anak dara orang, tak kan pergi lenggang jer...kena bawa skit barang hantaran. Biasanya adat melayu, barang hantaran diberi mengikut bilangan yang ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki, contohnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang). Jangan banyak sangat dulang sebab kahwin nanti nak kena bagi lagi hantaran, jimat kos, ha...haa...

Agak-agaknya berapa bajet yang dah ada untuk beli barang2 hantaran? Majlis bertunang, tak perlulah beli barang-barang hantaran yang terlalu mahal. Cukuplah sekadar membeli barang-barang yang kita akan guna atau yang kita akan pakai semasa majlis perkahwinan nanti. Bagi lelaki, mungkin RM1000 sudah cukup untuk dijadikan ‘modal’ pertunangan.

Sebelum memilih barang-barang hantaran, anda kenalah mengambil kira adat di negeri masing-masing. Kerana setiap negeri ada adat tersendiri, kalau di pantai timur, pihak perempuan akan menerima 2 jenis cincin iaitu cincin merisik dan bertunang jika kedua-dua majlis tersebut digabungkan sekali. Manakala jika di negeri lain pula, cincin merisik mungkin tidak perlu. Jadi, bakal pengantin kenalah berbincang dengan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum memilih barang-barang hantaran, tak gitu...

Barang-barang hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:
1.Sirih junjung
2.Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
3.Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set)
4.Kain songket
5.Sejadah
6.Tuala
7.Kuih-muih
8.Coklat atau cekelat
9.Kek
10.Buah-buahan

Barang-barang hantaran bagi pihak lelaki:
1.Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)
2.Tepak sirih
3.Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
4.Telekung sembahyang
5.Kek
6.Buah
7.Coklat
8.Kuih-muih

Belilah hantaran yang sesuai asalkan dalam lingkungan bajet anda.

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr