Ketenangan Abadi

Sesungguhnya Isteri itu pakaian bagi suami dan suami itu pakaian bagi isteri

Pelamin Impian

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Bersama Berbahagia Hidup Bersama

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Mawar Merah Lambang Cinta Sejati

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Bila Tarikh Kenduri Kahwin Anda?

Bulan Disember hampir kepada penghujungnya, bermakna cuti sekolah pun dah tinggal berapa hari jer lagi, lepas tu mula la sesi persekolahan baru. Habis cuti sekolah, habis laaa kenduri kahwin kot, tunggu cuti sekolah seterusnya baru ada plak kenduri kahwin.

Perlu ke tunggu musim cuti sekolah baru nak buat kenduri kahwin? Kalau diluar musim cuti sekolah tak boleh ker....Mungkin itu lah anda sedang fikir kan....

Sebenarnya bila-bila nak buat kenduri kahwin ni boleh, tak perlu tunggu cuti sekolah, cuma ia dah jadi macam satu tren masyarakat kita ni, nak buat kenduri kahwin jer kena tunggu cuti sekolah. Sebenarnya tak perlu. Kalau buat kenduri pada cuti sabtu ahad jer pun ok, kalau ada cuti berkembar itu bonus lah...

Mungkin ramai yg mudah nak berurusan bercuti kalau cuti sekolah kan, terutamanya kalau jarak yang jauh. Memang mudah. Tapi bagi anda yang mungkin kahwin dengan orang kampung sebelah, jiran sebelah, depan rumah, yang dekat ler maksudnya tak perlu la tunggu cuti sekolah, buat cuti hujung minggu jer pun ok, betul tak? Cuma kadang-kadang kita terikut tren yang biasa orang buat.

Terpulang lah kepada anda masing-masing, pilihla waktu yg sesuai dengan anda, kalau semua pakat tunggu musim cuti sekolah baru nak buat kenduri, tu yang 1 hari kena pergi 2,3 kenduri tu kan...

Apa pun, rancang lah dengan baik.

Terima kasih

Aduhai Leher Ayam!

Petua orang tua-tua masih kah boleh diguna pakai lagi zama sekarang ni? Satu petua yg selalu orang tua-tua bagi berkatan kahwin adalah

 " JANGAN MAKAN LEHER AYAM, NANTI BERSANDING KEPALA TELENG".
Apa kaitan leher ayam dengan kepala teleng tu? Ahli sains sampai hari ni masih belum boleh menjawab soalan tu. Mungkin mereka tak bagi makan leher ayam tu sebab sebenarnya mereka yg nak makan. Rupanya sedap leher ayam tu. Kalau lembu, kira bahagian ekor la perbandingannya. Patut la orang tua-tua tak bagi makan sebab depa nak makan kot...
Walaubagaimana pun, zaman sekarang ni, tak der pantang lagi dah, semua bahagian ayam orang makan termasuk leher bagi yg muda. Orang muda dah tak risau makan leher nanti kepala teleng. Mungkin petua tu dah tenggelam di mamah zaman milenium ni. Dari pengalaman, ia tidak memberi kesan apa-apa.
Tapi bagi anda yg masih berpegang kuat dengan petua tu, anda ada 2 pilihan, sama ada anda berpantang (tak makan) leher ayam sebelum kahwin atau pun makanlah leher tu sepuasnya sebelum kahwin dan bila kahwin nanti tak payah bersanding. Buat la pilihan...
Ada tak antara pembaca yg makan leher ayam kepala teleng masa bersanding, tolong share...

Adakah Aku Suami ROMANTIS!

"Romantis... isy aku tak main lah romantis romantis ni. Yang penting aku beri cukup makan minum padanya setiap hari. Lagipun aku ni dah tua."


"Romantis.... Come on man!!! Kita ni kan pejuang Islam. Orang kafir je yang promote romantis romantis ni. Pejuang Islam kena hidup dengan serious... kita nak tawan dunia tau?"

Realiti yang berlaku masa kini, ramai pasangan (secara umumnya) sudah agak bosan hidup sebumbung dengan pasangan masing-masing. Nampak gaya rakan sekerja yang berlainan jantina di pejabat lebih "interesting" dan "caring".

"Macamana nak buat dengan perangai suami saya ni. Teringin sangat nak bersembang dengan suami saya. Tapi dia ni... kalau dengan rakan sepejabat... bukan main ligat lagi. Tapi dengan saya.... hambar je. Pernah saya travel dengan kereta dari utara ke selatan... hampir basi air liur ni."

Cuba jawab soalan di bawah ini. Jika jawapannya YA ...Insya Allah anda makin dekat dengan istilah pasangan yang romantis.

1. Bila berjauhan... sering menelefon antara satu sama lain?

2. Kalau makan... teringat pasangan masing-masing?

3. Sentiasa peka dengan permasalahan pasangan masing-masing?

4. Jika bermasam muka – sentiasa mendoakan agar pasangan diampunkan Allah dan jangan lupa untuk mengampunkan pasangan masing-masing?

Of course masa 'kabel' tengah rosak susah sikit nak berkomunikasi. Tetapi kebiasaannya apabila baik kembali – kasih sayang akan bertambah.

Kaji punya kaji... rupanya ia adalah sifat naluri manusia... suka di belai dan suka membelai. Ia adalah fitrah. Tetapi dalam dunia yang serba moden ini, manusia makin lama makin jauh dari kehidupan yang selari dengan fitrah. Cuba kita kaji kehidupan manusia unggul di dunia ini. Kehidupan Rasulullah S.A.W. Adakah beliau seorang yang romantis bila berinteraksi dengan isterinya?

Aisyah dipanggil dengan nama "Humaira". Apabila Rasulullah minum air dalam cawan yang dikongsi bersama dengan isterinya, Baginda akan minum tempat mana Aisyah minum.

Beliau amat pelembut dengan isteri-isterinya dan sering membantu kerja-kerja isterinya di rumah.

Tip Tempoh Bertunang!

Tempoh bertunang merupakan 1 tempoh yg. biasanya kita menunggu utk melengkapkan persediaan perkahwinan. Dalam tempoh tersebut kita cuba buat persiapan yg rapi, terutamanya dari sudut kewangan dan persiapan lain. Tapi ramai antara kita yg terlupa sebenanr tempoh bertunang itu perlu juga digunakan untuk menilai bakal pasangan kita tu bagus atau tidak, ok ker...tidak... hati budi macam mana dan banyak lagi yg kita perlu teliti. Berikut kupasan Ust Kazim...



Majlis Akad Nikah Norman-Memey

KEDUA-dua mempelai mengalirkan air mata tatkala Norman Hakim membaca lafaz takliq selepas selamat diijabkabulkan dengan Memey Shuhaiza dalam satu majlis yang sederhana, di kediaman pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Johor, Sabtu lalu.
Baik Norman , 35, mahupun Memey , 23, titisan air jernih tersebut bukan simbol resah jiwa dek lara yang sering singgah dalam kehidupan mereka sebelum bergelar pasangan suami isteri yang sah.
Namun, ia adalah tanda gembira dan kesyukuran yang tidak terucap melalui kata-kata apabila kasih dan janji yang di pateri sudah termeterai dengan ikatan suci sebagaimana yang diimpikan selama ini.
Masakan tidak, dengan sekali lafaz sahaja, Norman atau Muhammad Norhakim Zaidon sah bergelar suami kepada pemilik nama Suhaiza Suhaimi, puteri ketiga pasangan Suhaimi Sarwani dan Norlela Abdul Rahman.
Malah detik bersejarah pasangan pengantin baru itu turut diraikan bersama dua cahayamata Norman hasil perkahwinan pertamanya dahulu dengan Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim, 8, dan Marissa Dania Hakim, 6.



Mengimbau rentetan majlis pernikahan pasangan kontroversi itu, kehadiran Norman diiringi keluarga terdekat di kediaman orang tua Memey pada Sabtu, 24 September lalu kira-kira pukul 4.40 petang disambut meriah keluarga mertuanya.
Nyata Norman kelihatan tenang menunggu saat dia menggenggam tangan juru nikah Mukim Kambau, Zulkipli Tarmizi dengan mas kahwin, RM22.50 dalam satu majlis yang penuh bermakna.
Sebaik sahaja lafaz nikah diucapkan dengan jelas oleh Norman, dari raut wajah Memey, dia nampak lega dan gembira untuk melayari bahtera rumah tangga dengan lelaki yang dicintainya.
Pada majlis yang sama, keluarga masing-masing bertukar-tukar dulang hantaran. Norman memberi lima dulang berupa set barangan kemas iaitu cincin dan rantai, Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS), kek buah yang dibentuk menjadi beg tangan Gucci, sirih junjung serta senaskah al-Quran.
Pemberian Norman dibalas tujuh oleh Memey iaitu sebuah iPad2, cincin berlian, coklat, buah-buahan, kek lapis Sarawak dan senaskah al-Quran.
Pasangan itu sebelum dinikahkan, telah mengikat tali pertunangan pada 13 September tahun lepas dan pada majlis pernikahan, Memey turut menerima wang hantaran sebanyak RM24,000 daripada suaminya.

Balik raya rumah isteri atau suami tahun ni?

Setiap tahun, bila penghujung ramadhan sahaja, timbul persoalan nak balik rumah suami dulu ka atau isteri dulu. Kadang-kadang benda macam ni boleh menimbulkan ketegangan kepada suami isteri yang masing-masing mahu berkeras nak balik rumah masing-masing. Ha, macam mana nak buat ni?
Sebenarnya, benda ni amat mudah diselesaikan jika suami isteri mengadakan sistem giliran. Tahun ni balik rumah isteri, kemudian tahun depan balik rumah suami dan macam tu lah seterusnya.

Tapi kalau ibu atau bapa suami isteri telah tiada contohnya, maka di situ suami isteri perlu bincang lagi sekali nak balik rumah sapa dulu, kerana biasanya balik kampung nak jumpa orang tua. Kalau ibu bapa isteri dah tak der, maka rasanya balik la rumah suami dulu kemudian baru rumah isteri, begitu juga sebaliknya.

Jika anda berkahwin orang jauh, contohnya suami orang perlis, isteri orang johor, jauh tuuu... Jadi nak balik mana dulu? Kes yang macam ni, kena ikut bajet la. Kalau mampu, balik kedua-duanya, tapi kalau bajet ciput, balik jer la sama ada rumah isteri atau suami, kemudian tahun depan bergilir pulak.

Ada lagi 1 kes dimana, berapa lama nak duduk rumah isteri kalau balik sana dan berapa lama pulak nak duduk rumah suami? Kadang-kadang kena adil, 2 hari rumah isteri dan 2 hari rumah suami. Bagi pasangan yang tak kisah ok lah, tapi bagi yg berkira, kena ikut mana yg baik. Suami kena la pandai ayat...Patutnya, sebelum kawin dulu dah ada bincang benda-benda macam ni.

Jadi tahun ni amda balik mana?

Trend Kahwin Lewat...

Lewat berkahwin berlaku dengan beberapa sebab dan alasan tersendiri, tak kira lelaki atau perempuan. Biasanya kalau lelaki, alasannya tak cukup modal, sibuk dengan kerjaya, memilih, tak der calon, rasa diri tak der orang yang hendak dll. Manakala perempuan pulak memberi alasan tak der orang datang meminang, takut perigi cari timba, kesibukan kerjaya, berpendidikan tinggi (orang lelaki takut nak dekat), terlalu memilih dll. Ada yang kata tak cuku Trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi bukan sahaja membawa implikasi negatif kepada institusi kekeluargaan malah turut merencatkan pembangunan negara.


Pensyarah Jabatan Sosiologi dan Antropologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Fatimah Daud berkata, trend negatif itu akan menyebabkan pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara semakin lembap.

"Sekiranya trend ini berterusan, saya khuatir kadar kelahiran bayi di negara ini akan semakin menyusut dan kita tidak dapat menambah jumlah penduduk yang merupakan aset paling berharga.

"Negara kita tidak akan berkembang dengan jumlah penduduk sedia ada sekitar 26 juta orang sahaja. Kita perlu jumlah penduduk yang lebih ramai untuk membantu membangunkan negara.

"Perkara ini akan menimbulkan masalah kepada negara pada masa akan datang kerana kita bakal kekurangan tenaga kerja sehingga memaksa membawa masuk tenaga dari luar yang saya lihat merupakan satu pembaziran," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selain itu, menurut Fatimah, kos perbelanjaan perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit turut menjadi faktor penyumbang kepada trend tersebut.

Katanya, situasi itu mendorong golongan yang berhasrat untuk berkahwin membuat pinjaman daripada bank bagi menampung segala kos perbelanjaan.

"Paling tidak pun pasangan yang ingin berkahwin perlu menyediakan RM20,000. Ia merupakan antara sebab ramai yang membuat pinjaman bank untuk berkahwin.

"Kesannya pula, bebanan hutang bertambah kerana kadar bunga bagi pinjaman bank agak tinggi dan menjejaskan kehidupan pasangan selepas berkahwin," jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Datuk Ramani Gurusamy berpendapat, keinginan golongan wanita untuk memiliki kehidupan yang stabil menjadi faktor penyumbang trend itu semakin berleluasa.

Awas Hadiah Perkahwinan!

Majlis perkahwinan selalu cukup meriah dengan kehadiran saudara-mara, sahabat handai yang datang. Dan bukan mereka datang saja, biasanya mereka bawa hadiah sekali untuk diberi kepada raja sehari. Kadang-kadang sampai berpuluh-puluh kotak hadiah yang diterima.

Kebiasaannya upacara membuka hadiah dilakukan sebelah malam sama ada dirumah pengantin lelaki atau pun perempuan dan dikelilingi oleh sanak-saudara dikeliling serta ada yang ambil gambar sebagai kenangan. Satu perkara yang perlu kita ingat bahawa, dalam berpuluh-puluh hadiah yang diterima tu, adakah semuanya hadiah yang menceriakan kita? Mungkin ada hadiah yang memalukan dan ada juga hadiah yang memberi masalah kepada kita.

Sebagai contoh, cerita ini memang pernah berlaku. Seorang lelaki, dia ada hubungan dengan beberapa seorang perempuan tetapi berkahwin dengan gadis yang lain. Makan awek lama dia tu mungkin rasa kecewa kerana ditinggalkan oleh teman lelaki tersebut.

Diringkaskan cerita, bekas kekasihnya itu tahu hari perkahwinan si lelaki ini dengan gadis pilihannya. Lalu si gadis yang kecewa ni memberi hadiah istimewa kepada bekas kekasihnya itu semasa kenduri perkahwinan tersebut tanpa disedari oleh si lelaki tadi.

Ok, pada sebelah malamnya, ada la upcara membuka hadiah. Pengantin ni pun buka la hadiah dengan suasana gembira. Dan tiba giliran untuk membuka hadiah dari bekas kekasihnya itu (dia tak tahu).

Nah, apabila dibuka hadiah itu, terkejut semua orang sekeliling. Mengapa? Rupanya hadiah yang diberikan oleh gadis kecewa itu berbentuk frame gambar yang besar yang ada gambar-gambar kenangannya bersama bekas kekasihnya itu, disusun dengan cantik.

Terkejut isterinya melihat gambar tersebut. Saudara bayangkan, apa yang nak dikatakan kepada isteri dan keluarga pihak perempuan apabila lihat gambar itu? Mesti mati kutu si lelaki ni nak jawab. Banyak persoalan timbul di sini yang menjadikan suasana ceria berubah kepada huru-hara. Cuba bayangkan...

Jadi, nasihat saya, kepada anda yang ada lebih dari 1 awek/balak, berhati-hatilah supaya perkara ini tidak terjadi.

Cuba fikirkan, apa anda nak jawab kepada isteri dan saudara-mara belah isteri anda tu...

TQ

Kahwin Semasa Belajar, Wajar?


Perkahwinan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi menjadi perbincangan yang sentiasa ada pasang dan surutnya. Ibubapa, penuntut dan masyarakat mempunyai pelbagai pandangan dalam menghadapi isu ini. Apa yang pasti kebanyakan pandangan ini amat sukar di satukan.

Pernikahan merupakan suatu tuntutan yang tidak dapat dipisahkan dalam memperkasakan sistem kekeluargaan. Umumnya, masyarakat meletakkan urusan pernikahan adalah perkara yang amat penting untuk dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran. Pelbagai perkara yang akan diberikan tumpuan di dalam memastikan berjaya atau tidaknya sesuatu majlis yang akan diadakan.

Berikut beberapa kebebaikan dan kelemahan berkahwin semasa di menara gading.

KEBAIKAN

1.Dapat  mengawal nafsu dan elakkan maksiat.
2.Batas2 pergaulan terpelihara
3.Selamat dari gangguan orang
4.Dapat kahwin diusia muda & mempunyai anak yg. telah dewasa semasa pencen nanti
5.Menambah pengalaman hidup
6.Bebas dari terjebak dlm cinta monyet
7.Semogahidup lebih berkat
8.Orang laki yg dah kawen lebeh afdal amalannya.

KEBURUKAN
1.Duit sara hidup masih ditanggung keluarga, macam mana nak sara isteri?
2.Kebayakan psngan yg kahwin muda byk yg cepat bercerai.
3.Mengandung mengganggu waktu study dan juga tempoh bersalin - kena extend semester
4.Belum cukup matang
5.Tangguungjawab bertambah dari student yg tak kahwin.
6.Biasanya timbul masalah  kewangan
9.Seorang sakit sorang lagi mesti kene jage...macam mana masa belajar?
10.Kalau belum ada penaja susah nak dpt...sebab kebanyakan penaja letak syarat single.

Fikir-fikirkan lah...

Bersanding Semula?

Anda dah kahwin? Berapa lama? 5 tahun, 10 tahun? Terasa nak bersanding semula tak.Mungkin ramai yang dah lama berkahwin terana nak bersanding semula. Ramai pengantin kembali bersanding kerana dahulu majlis bersanding tidak diadakan. Kos persandingan mahal (tak der bajet) kepada pasangan remaja yang baru bekerja. Mungkin Ramai lelaki dan perempuan tidak berupaya menyediakan perbelanjaan persandingan ini. Ramai yang berkata jika tidak bersanding macam tak kahwin.
Bukan apa, sekadar nak ambil gambar untuk kenang-kenangan. Mungkin yang dah kahwin 5-10 tahun tu nak ambil semula gambar bersanding. Dari gambar boleh dijadikan video klip. Dulu mana ada perisian yg mudah untuk buat video klip kan. Dulu mungkin pilihan bajunya tak banyak, sekarang macam-macam jenis baju ada, pilih jer...

Ada juga yang mengambil kesempatan daripada majlis persandingan adik-beradik atau saudara-mara dan duduklah mereka di atas pelamin. Pinjam la sekejap baju pengantin tu, kalau-kalau masih muat lagi kan. Ambil la 7-8 keping gambar. Selalunya menumpang pelamin orang lain ni melibatkan maruah diri. Pihak suami selalunya enggan bersanding sekali lagi berbanding dengan si isteri. Ikut le, masing-masing punya pendapat. Yang pasti tumpang pelamin sedara mara ni dah tentu jimat bajet.
Kepada anda yang dah kahwin macam mana, bersedia tak nak bersanding lagi ni?



Teruna Ikut Sekali ke Masa Bertunang?

Rombongan pertunangan dulu dan sekarang sudah berbeza, kalau dulu, anak teruna tak ikut serta dalam rombongan meminang, tapi zaman sekarang ni anak teruna turut serta dalam rombongan itu malah terlibat semasa upacara perbincangan pertunangan itu.

Dulu, orang kata, "kamu tak malu ke pergi ikut rombonga meminang, biar la orang tua jwe yang pergi". Tapi sekarang ni ramai yang dah ikut sekali rombongan tu. Ada juga yang ikut tetapi semasa perbincangan tu anak teruna tu keluar pergi ke tempat lain, dok dalam kereta ka, pegi minum ka hingga lah selesai perbincangan pertunangan tu.

Rasanya ada baiknya kalau bakal (teruna) tu ikut sekali, sebab:

1. Untuk memperkenalkan diri.
Mungkin pihak saudara mara perempuan tidak pernah melihat bakal tunang, jadi hari ni lah depa nak lihat sama ada hensom ke tak, putih ke hitam, tinggi ke rendah, gemuk ke kurus......kan.... Pengalaman ramai rakan-rakan menyatakan bahawa memang saudara-mara pihak perempuan nak lihat bakal pada hari tu dan depa memang mintak teruna untuk hadir.
2. Dengar sendiri majlis tu.
Dengar dan lihat sendiri majlis tu. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh terus ditanya kepada teruna jika perlu, senang...

3. Boleh berkenalan dengan saudara-mara pihak perempuan.

4. Untuk melihat bakal tunang
Memandangkan mereka tidak pernah berjumpa untuk berbincang tentang pertunangan, (semuanya dibuat menerusi sms, email, telefon dan YM sahaja).

Jadi terpulanglah kepada anda sama ada nak datang majlis pertunangan tu atau tidak. Kalau anda pergi, sekarang ni sudah menjadi kebiasaan dan tidak janggal lagi.

Terima kasih

Soalan Bocor Jurunikah ?

Ramai dikalangan kita yang amat bimbang upacara akad nikah, tapi mereka tidak mahu bersedia untuk upacara itu, malah lebih bersedia untuk majlis bersanding, photografi, upacara makan pengantin dll. Sebenarnya mereka leka dengan persediaan 1 upacara yang amat penting, iaitu akad nikah, sebab tu depa takut (Nurvous). Apa yang mereka takutkan sebenarnya? Nah, kalau dah betul-betul bersedia, mungkin rasa takut itu dapat dikurangkan, silap-silap sekali akad jer dah SAHHH... Bagi mereka yang telah mendirikan rumah tangga,tentu dah tahu suasana pada ketika upacara itu berjalan. Bagi bakal pengantin pulak, jangan dok percaya sangat cerita kawan-kawan yang nak gempak kita masa akad nanti, dengar dan simpan. Apa yang penting, kita bersedia untuk upacara itu. 

Sebenarnya ada 2 perkara yang pengantin lelaki takutkan :

a. Soalan interview dari jurunikah

Apa soalan yang biasanya ditanya oleh jurunikah ni. Bagi anda yang akan berkahwin, anda boleh pergi ke upacara akad nikah rakan-rakan anda untuk mengetahui apa soalan bocor jurunikah tu, boleh la buat persediaan nanti. Antara soalan yang selalu ditanya :

1. Berapa rukun nikah, dan sebutkan satu persatu.
2. Berapa rukun solat dan sebutkan
3. Baca fatihah
4. Mengucap 2 kalimah shahadah
5. Baca doa khunut
6. Baca doa iftitah

Itu yang biasa ditanya, bukan semua soalan ini ditanya, mungkin 2 atau 3 soalan sahaja yang dia tanya. Jadi jangan terlalu bimbang sangat.

b. Takut akad berkali-kali akibat masih belum sah

Akad nikah ni berkait rapat sangat dengan kelancaran dan kejelasan sebutan semasa akad. Contohnya anda perlu sebut nama bakal isteri dengan terang dan jelas, suara kena kuat, sebab kadang-kadang 2 orang saksi itu orang yang terlalu tua, sound nyer dah tak berapa ok, jadi kena kuat sikit la.

Kemudian akad itu tidak boleh tersangkut-sangkut, kena lancar. Kalau sangkut-sangkut macam kereta habis minyak, itu yang kena buat akad semula tu.

Apa pun anda perlu bersedia untuk upacara ini. Jika anda nak tau Rahsia Mudah Akad Nikah dengan lebih lanjut, layari http://www.nikahkahwin.com/

Terima kasih

Majlis Bertunang, Apa yang dibincangkan?

Majlis pertunangan bukanlah sekadar mengikat pertalian antara seorang perempuan dan lelaki yang akan dinikahkan. Namun dalam majlis itu juga, kedua-dua belah pihak boleh mengambil peluang untuk “berbincang” tentang masa depan pertalian tersebut. Namun mesyuarat dalam majlis pertunangan, bukanlah seperti mesyuarat di pejabat. Ia selalunya diiringi dengan pantun, lawak jenaka dan makan-makan sireh (biasanya lah ). Senang kata, mesyuarat ini lebih santai dan tidak terlalu formal.

Biasanya, majlis akan dimulakan dengan pihak lelaki & perempuan akan memperkenalkan diri masing-masing dan ahli keluarga yg datang. Kemudian disusuli pula dengan penyataan daripada pihak lelaki mengenai tujuan kedatangan mereka. Haa..kat sini lah biasanya sesi pantun-memantun memantun hangat diadakan. (Zaman sekarang jarang dah yang berpantun ni...)
Kemudian, barulah masuk part yg serius sikit iaitu mesyuarat/perbincangan mengenai perkara berbangkit. Sebenarnya, apa yang perlu dibincangkan dalam semasa rombongan meminang ni?

3 perkara penting yang mesti dikemukakan dalam majlis ini ialah:

1. Tarikh majlis pernikahan dan perkahwinan
Biasanya tarikh yang ditetapkan adalah tarikh jangkaan. Sesetengah orang juga menetapkan satu jangkamasa seperti (dalam tempoh 6 bulan selepas pertunangan dsb.)

2. Jumlah hantaran yang dipersetujui

Sesetengah keluarga / adat negeri menghendaki wang hantaran dibayar separuh semasa pertunangan. Manakala separuh lagi dibayar sewaktu pernikahan. Ada orang yang turut menyatakan cara pembayaran dilakukan. Cara yang selamat ialah duit hantaran tersebut di bank-in terus ke akaun atau bawa cek sahaja. Jangan sesekali meletakkan cash atas dulang hantaran. Sangat merbahaya. Banyak kes kecurian telah berlaku semasa majlis-majlis seperti ini.

3. Tempoh pertunangan

Berapa lama tempoh tali pertunangan ini, 6 bulan, 1 tahun, 2 tahun ? Kalau pihak lelaki dah cukup modal, bertunang 6 bulan lebih baik.

4. Gantirugi yang perlu dibayar sekiranya pasangan memutuskan pertunangan.

Pada mulanya saya fikir, perkara yang ke-3 ini tidak seharusnya disebutkan. Ya lah, benda-benda yang buruk ni..kita tak boleh cakap selalu. Lagi banyak kita bercakap, lebih tinggi potensi nya untuk berlaku. Namun selepas melihat senario yang sering berlaku sekarang, nampaknya hal yg ke-3 itu sangat penting dan tidak boleh ditinggalkan dalam majlis ini (samalah halnya seperti menyatakan lafaz takliq dalam majlis pernikahan).

Kita tidak perlu bincangkannya secara panjang lebar, cukuplah pihak lelaki mengemukakan cadangannya. Dan pihak perempuan pula menyatakan persetujuannya. Jika pihak perempuan ingin menambah cadangan, sebutkannya supaya semua saksi yang hadir dapat mendengar perkara itu dengan jelas.

Seelok-eloknya elakkan pertikaman lidah semasa majlis pertunangan. Tujuan kita adalah untuk menghubungkan tali silaturrahim, bukan untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Sebab itu, perlunya ada sikap bertolak ansur dan rasa kasih sayang sesama sendiri. Perbincangan yang boleh diringkaskan, kita ringkaskan. Satu pihak menyatakan, dan satu pihak mempersetujuinya. Itu sahaja.

Ehhmm..cakap memang senang. Kadang-kadang, kita & parents dah setuju dah..tapi karang keluar pulak suara-suara dari pak-pak sedara yang membangkang penyataan pihak pencadang. Tak salah, tapi sampaikanlah perkara yg tidak dipersetujui dengan cara yg beretika. Kekalkan kesopanan dan tata-susila orang Melayu. Cakap biar berhalus. Orang Melayu ni hatinya sentitip (kata mak sedara saya).

Terima kasih

Apa Sebenarnya Valentine Day?

Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"(maksud hadis) Nabi Muhammad s.a.w. merupakan Rasulullah yang bertanggungjawab menyebar Islam kepada umatnya setelah melalui pelbagai keperitan dan
kejerihan. Paderi St. Valentino merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordovo, Sepanyol pada zaman lampau. Rasulullah lahir pada 12 Rabiul Awal manakala tarikh kejayaan St. Valentino dan konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari. Tetapi apa yang peliknya terutama dikalangan umat Islam sendiri, tarikh 14 Februari lebih senang diingati berbandung 12 Rabiul Awal itu sendiri. Setiap tahun 14 Februari diingati sebagai Hari Kekasih yang dikalangan umat Islam amat rugi jika dilupakan. Hari ini ia sekali disambut lagi dengan pelbagai cara yang dianggap oleh pasangan kekasih paling istimewa. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros, mengadakan jamuan makan malam yang disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga dan sebagainya.

Ada pula yang berpendapat, Hari Memperingati Kekasih juga adalah untuk mengingati orang lain yang dikasihi selain daripada kekasih seperti ibu bapa dan sebagainya. Malah ada juga media elektronik yang mewujudkan satu program hiburan sempena Hari Valentines. Siapa sebenarnya orang yang bernama Valentines ini sehingga diangkat begitu agung sekali dan dikalangan umat Islam sendiri popularitinya melebihi Rasulullah? Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam , Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata , Valentine atau nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang pederi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol.

Kedudukannya dikatakan di tempat ke dua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentines yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk dikalangan unat Islam sendiri mempunyi dua versi.

Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Raru Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Jesteru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum disamping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai memperingati St, Valentino sebagai rakyat Cordova. Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakonkan semula kejayaan tentera Ratu Isabella itu.

Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St, Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatin kepada kekasih ke dua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakan bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St, Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Ini terus menimbulkan kegemparam dikalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St.Valentino lantas memenjarakan paderinya itu buat sementara waktu. Begitupun, baginda tetap mahu mencuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati kekasih yang ditujukan khas untuk St. Valentino.

Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri mengnggap Hari Valentines itu istimewa. Ataupun mereka hanya mengikut budaya barat secara membuta tuli, sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu. Jika pun ingin mengingati kekasih atau orang-orang yang dikasihi atau orang-orang yang disayangi yang lain, tidak semestinya disambut pada setiap 14 Februari. Sambutan boleh juga dijalankan pada setiap kali tibanya hari kelahiran orang -orang yang disayangi melalui acara-acara yang lebih diredhoi seperti mengadakan keduri doa selamat ataui sebagainya. Rasulullah sepatutnya lebih diingati setiap tahun kerana Baginda adalah manusia yang paling mencintai umatnya.

Terima kasih

Berapa umur sesuai untuk kahwin?

Kahwin lah kamu, kerana perkahwinan itu dapat mengelakkan diri dari perbuatan keji dan mungkar. Itulah salah satu kebaikan berkahwin, namun berapakah umur yang sesuai untuk sebuah perkahwinan?

Mungkin ada yang kahwin diusia muda, ada plak yang kahwin diusia agak tua. Ada pulak orang muda yang kahwin orang tua, macam-macam.
Bagi seorang lelaki, mungkin tidak sama kesuaiannya untuk berkahwin jika dibanding dengan wanita.

Orang tua-tua selalu kata, bagi lelaki umur yang sesuai untu kahwin adalah antara usia 25-33 tahun. Tapi bagi perempuan pulak kata mereka antara 20-26 tahun. Itu masa paling ideal bagi pasangan, jika ekonomi dah ok laaa...

Bagi lelaki, jika umur lebih 30 tahun itu biasa, tapi tidak bagi perempuan. Biasanya, bila perempuan itu dah mencecah angka 30 dan belum kahwin, ia sebenarnya sudah agak lewat, bukan tak boleh kahwin, tapi agak lewat.

Bagi perempuan yang kahwin umur 20 tahun tu biasa, tapi bagi lelaki, jika kahwin pada umur 20, tu namanyer gateeee... sebab masa tu belum ada ekonomi yang kukuh untuk rumahtangga. Nak kasi duit hantaran pun tak cukup.

Bagaimana pulak pandangan anda?

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr