Berapa Dulang Hantaran Bertunang?

Mengikut adat kita, kalau pergi ke rumah orang tu mesti bawa sedikit buah tangan kan, tak kan nak pergi dengan tangan kosong jer. Ni kan pulak nak pergi meminang anak dara orang, tak kan pergi lenggang jer...kena bawa skit barang hantaran. Biasanya adat melayu, barang hantaran diberi mengikut bilangan yang ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki, contohnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang). Jangan banyak sangat dulang sebab kahwin nanti nak kena bagi lagi hantaran, jimat kos, ha...haa...

Agak-agaknya berapa bajet yang dah ada untuk beli barang2 hantaran? Majlis bertunang, tak perlulah beli barang-barang hantaran yang terlalu mahal. Cukuplah sekadar membeli barang-barang yang kita akan guna atau yang kita akan pakai semasa majlis perkahwinan nanti. Bagi lelaki, mungkin RM1000 sudah cukup untuk dijadikan ‘modal’ pertunangan.

Sebelum memilih barang-barang hantaran, anda kenalah mengambil kira adat di negeri masing-masing. Kerana setiap negeri ada adat tersendiri, kalau di pantai timur, pihak perempuan akan menerima 2 jenis cincin iaitu cincin merisik dan bertunang jika kedua-dua majlis tersebut digabungkan sekali. Manakala jika di negeri lain pula, cincin merisik mungkin tidak perlu. Jadi, bakal pengantin kenalah berbincang dengan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum memilih barang-barang hantaran, tak gitu...

Barang-barang hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:
1.Sirih junjung
2.Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
3.Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set)
4.Kain songket
5.Sejadah
6.Tuala
7.Kuih-muih
8.Coklat atau cekelat
9.Kek
10.Buah-buahan

Barang-barang hantaran bagi pihak lelaki:
1.Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)
2.Tepak sirih
3.Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
4.Telekung sembahyang
5.Kek
6.Buah
7.Coklat
8.Kuih-muih

Belilah hantaran yang sesuai asalkan dalam lingkungan bajet anda.

1 comments:

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr