Ketenangan Abadi

Sesungguhnya Isteri itu pakaian bagi suami dan suami itu pakaian bagi isteri

Pelamin Impian

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Bersama Berbahagia Hidup Bersama

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Mawar Merah Lambang Cinta Sejati

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

7 Istilah Munakahat.

Assalamualaikum semua,

Apa khabar, moga sentiasa ceria dan sihat selalu.

Kali ni saya nak kongsikan dengan anda 7 istilah Munakahat yang perlu kita ketahui bagi menempuh alam rumahtanggan. Sebenarnya, bukan ini sahaja, banyak lagi istilah dan perkara yang perlu kita ketahui, tapi kali, saya berikan 7 sahaja dulu ya!







Istilah tersebut adalah:

Akad – Ijab & Kabul

Fasakh – Melepaskan ikatan perkahwinan bila dituntut oleh pihak isteri kepada pihak kadhi.

Iddah – Tempoh masa menunggu yang tertentu bagi perempuan yang diceraikan oleh suami.

Ijab & KabulIjab adalah pernyataan dari salah salah satu pihak yang mengadakan akad untuk menyatakan keinginan untuk berkahwin, manakala Kabul pula ialah jawapan yang diberikan oleh pihak lain yang menunjukkan kerelaan dan persetujuan atas kehendak pihak pertama.

I’lak – Sumpah seorang suami yang ia tidak mahu melakukan persetubuhan dengan isterinya dalam masa lebih dari 4 bulan atau ia bersumpah dengan tidak menyatakan tempoh masa.

Khuluq – Melepaskan ikatan perkahwinan dengan suatu pemberian tertentu daripada pihak isteri kepada suami, juga dipanggil sebagai “tebus talak”.

Li’an Sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya melakukan zina tanpa saksi atau menafikan kandungan isterinya bukan daripada benihnya dan isterinya bersumpah menafikan tuduhan suaminya.


Nantikan post seterusnya untuk istilah seterusnya. Untuk panduan akad nikah, layari http://www.nikahkahwin.com


Terima kasih

Aidil-Rita Berkahwin Tanpa Restu?















Salam semua,

Rupa-rupanya, pernikahan Rita Rudaini & Aidil Zafuan turut dirahsiakan dari pengetahuan keluarga mereka lebih 10 bulan. Keluarga Aidil Zafuan yang ditemui wartawan hari ini melahirkan rasa kecewa mereka terhadap Aidil yang membelakangkan keluarga dalam hal perkahwinan.

Bapa Aidil Zafuan, Abdul Radzak Salleh, 59 berkata, “Saya tak dapat cakap sama ada merestui perbuatan mereka atau tidak kerana perkara itu telah berlaku. Namun, saya terima apa yang berlaku.”

Namun, tidak siapa tahu sebab sebenar Aidil Zafuan dengan tiba-tiba berani untuk mengemukakan perkara sebenar kepada keluarga.



















Kita tunggu apa perkembangan seterusnya...

Dr. Sheikh Muszaphar Shukor nak Kahwin?
























Salam semua,

Dengar citer angkasawan pertama kita nak berkahwin, betul ke? Siapa lagi kalau bukan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang hansem tu. Tapi dengan siap pulak dia nak kahwin aaa... Mesti dia cari orang yang setaraf dengannya kan.

Perkara ini mungkin akan jadi kenyataan sekiranya pengakuan angkasawan pertama negara kita ini benar. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mengakui bakal mendirikan rumah tangga dengan buah hatinya, Dr. Halina Mohd. Yunos, 27, pada pertengahan Julai 2009. - Kosmo

Wah! sama-sama kita harapkan semoga ia menjadi kenyataan, Insya Allah.

Terima kasih

Perkahwinan Mawi & Ekin



Selamat Pengantin Baru kepada Mawi & pasangannya, semoga kekal bahgia ke akhir hayat. Mari kita tengok apa kata mawi selepas majlis perkahwinannya.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana segala-galanya berjalan dengan lancar. Selepas melalui pelbagai tohmahan serta fitnah, akhirnya kami berkahwin juga. Saya tahu Ekin terlalu banyak berkorban untuk terus bersama saya dan saya amat menghargai pengorbanannya itu.









Pasangan ini sama padan, seperti pinang dibelah dua.





















Sayang Mawi pada Ekin nampaknya cukup mendalam. Malah ciuman di dahi yang diberikan Mawi kepada Ekin selepas lafaz ijab direstui saksi sudah cukup menggambarkan betapa cinta jejaka ini kepada si isteri tiada galang gantinya.


















Nilai tajaan RM2.5 juta


SEWAKTU acara akad nikah dilangsungkan, Mawi dengan sekali lafaz saja selamat diijabkabulkan dengan Ekin dan upacara pernikahan diijalankan oleh Datuk Imam Hj Mahat Mohd Said tepat jam 11.45 pagi dengan saksi akad, Kadi Daerah Johor Bahru, Syeikh Haji Husni Tamrin Md Sharif dan Imam Masjid Sultan Abu Bakar, Imam Mahadir Yahya.

Rombongan mempelai lelaki diketuai Ustaz Abdul Ghani Khamis membawa 9 dulang hantaran berupa cek bernilai RM30,000, senaskhah Al-Quran, Cincin, tas tangan, jam tangan, alat solek dan wangian, kek dan sirih junjung. Adat ini dibalas 11 dulang hantaran berupa jam tangan, kasut, dompet dan tali pinggang, sejadah dan songkok, senaskhah Al-Quran, cincin, set wangian, kek, buah-buahan, coklat dan sirih junjung beserta mas kahwin RM22.50.

Kerlipan barangan perhiasan indah tajaan Habib Jewels menaikkan lagi seri kedua-dua mempelai. Habib bukan saja menaja barangan kemas untuk acara akad nikah malah turut melengkapi persalinan bersanding dan acara potong kek dengan nilai keseluruhan RM2.5 juta.

Pesanan khas Mawi!

Sebelum majlis nikah hari ini saya hari-hari berlatih melafazkan ijab dan kabul kerana bimbang salah sebut pada hari sebenarnya nanti. Jadi saya hafal hari-hari terutama permulaan ayat itu kerana kalau yang depan sudah betul, yang belakang kira okeylah!

Ketahui bagaimana memudahkan lapaz akad nikah anda di sini...

Terima kasih.

Persediaan Sebelum Perkahwinan!

Assalamualaikum semua,

Apa khabar, harap semua ok terutamanya kepada bakal mempelai, jangan kalut, gabra dan gundah gulana risaukan majlis tersebut, tarik nafas dan bawa bertenang.

Kepada anda yang akan melangsungkan perkahwinan, saya berikan senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sebaiknya anda senaraikan, cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.

Saya berikan sedikit panduan kepada anda dibawah ni bagi membantu anda membuat persediaan perkahwinan anda;



MERISIK:


Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama.
Antaranya ialah:
• Cincin belah rotan. (cincin tanda)
• Wang tanda (hantaran) – ikut tempat
• Baju sepasang atau kain
• Buah-buahan
• Kuih-muih
• Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
• Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak. (kini kebanyakkan pasangan adalah pilihan sendiri)
• Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
• Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih akan diberikan.
• Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
• Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
• Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

(Majlis merisik tidak semestinya dilakukan, ada pasangan yang terus bertunang tanpa upacara merisik. Ini pilihan kepada anda)

HARI PERTUNANGAN:

Keperluan di hari pertunangan:

• Cincin
• Sirih junjung (tepak sirih)
• Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
• Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

Biasanya dimajlis inilah jumlah wang hantaran, maskahwin dan tarikh kenduri kahwin itu ditetapkan. Jadi anda perlu bersedia dengan maklumat tersebut.

Terima kasih.

p/s: Ketahui 7 kesilapan dilakukan semasa akad nikah di sini...

Himpunan Ayat Al-Quran & Hadis Mengenai Perkahwinan.

dalil kahwin
01. Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

02. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

03. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

04. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)

05. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

06. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)

07. Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan kamu. (An-Nissa: 23)

08. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)

09. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

10. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.

11. "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)

12. "Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

13. "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)

14. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).

15. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.

16. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."

17. Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka."

18. "Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

19. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

20. "Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)

21. "Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

Semoga kita sama-sama dapat manfaat darinya.

Terima kasih

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr