- Pasangan atau salah seorang daripadanya adalah rakyat negeri Terengganu. Pemastautin tetap yang melebihi 10 tahun, hendaklah mendapatkan pengesahan mastautin daipada Wakil Rakyat / Penghulu Mukim / Ketua Kampung.
- Pemohon dan pasangan berumur 18-30 tahun.
- Perkahwinan adalah kali pertama
- Tiada rekod jenayah dan tiada masalah kesihatan yang kritikal seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang jenis penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan
- Pendapatan pemohon bersama pasangan adalah RM3,000 ke bawah.
- Pendapatan ibu bapa pasangan RM3,000 ke bawah atau penerima bantuan daripada MAIDAM
- Mendapat restu kedua-dua ibu bapa.
- Lulus kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) anjuran MAIDAM atau agensi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
- Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM1,000 bagi setiap pasangan sebagai komitmen.
- Pemohon dan pasangan bersetuju untuk bernikah pada 14 Mei, 2016 (Sabtu) dan majlis akad nikah beramai-ramai akan diuruskan oleh JHEAT.
- Keputusan pemilihan adalah tertakluk kepada Panel Jawatankuasa Pemilih yang dilantik dan keputusan adalah muktamad.
- Permohonan yang layak akan dipanggil ke sesi temuduga pemilihan.
- Sekiranya tuan/puan tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup penyertaan, maka permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya.
ii. Slip pendapatan pemohon, pasangan dan ibubapa/penjaga masing-masing
iii. Sijil Pra-Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI)
iv. Surat Pengesahan Pemastautin Tetap (jika perlu, bagi bukan rakyat negeri Terengganu)