Anda Tak Der Modal Besar Nak Kahwin?

Sapa nak kahwin mesti sibuk simpan duit, untuk belanja semasa urusan perkahwinan nanti. Kalau setakat budget kecik tu tu ....ermmm segan la nak jemput member ramai-ramai datang ke majlis perkahwinan.


Sebenarnya bajet perkahwinan boleh dijimatkan hampir 45% jika anda pandai berjimat. Berikut adalah beberapa tip yang boleh anda ikut, bagi menjimatkan kos belanja kahwin nanti.

1. Adakan majlis kenduri secara gotong-royong. Buat satu mesyuarat khas dirumah anda, jemput jiran, rakan dan saudara-mara, berkaitan majlis kenduri kahwin yang bakal diadakan nanti. Adakan sedikit jamuan ringan. Lantik seorang pengerusi yang pandai bercakap bagi pihak anda.

(kalau nak cari katering pun pastikan kosnya berpatutan)

2. Masak sendiri lauk kenduri. Cari saudara atau sahabat yang berpengalaman dan sudi untuk masak untuk majlis kahwin anda nanti. Tapi jangan kedekut pula untuk sedekah tiga empat ratus ringgit sebagai saguhati. Minta bantuan saudara atau sahabat anda sebagai pembantu tukang masak.

3. Cari tempat yang boleh menyediakan sewa peralatan pinggan mangkok untuk majlis kenduri. Buat hidangan secara buffet, ini bagi memudahkan anda serta tidak menggunakan tenaga yang ramai.

4. Tidak perlu menyewa dewan sebagai tempat berlangsung majlis. Gunakan ruang depan laman rumah anda sendiri. Sekiranya anda tinggal di kampung lagi senang. Tetapi sekiranya anda tinggal di taman atau flat, anda perlu tulis surat kepada majlis tempatan bagi menggunakan jalan di hadapan kediaman anda sebagai tempat mendirikan kanopi/khemah.

5. Tidak perlu menyewa sehingga 10 kanopi sebagai tempat makan. Cukup sekadar 3-4 khemah sahaja. Cari pekej yang menyediakan sekali dengan kerusi dan meja makan. Kebiasaannya jemputan akan datang diantara jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang. Inilah waktu yang paling ramai pun. Selepas itu jemputan akan mula berkurangan. Ini merugikan anda, jika anda menyewa kanopi secara berlebihan.

6. Bagi pengantin perempuan, cari rakan anda yang pandai mengandam. Tidak perlu menyewa mak andam yang akan mengenakan caj ribu-riban. Ini merugikan anda. Tetamu tidak akan memuji cara solekkan anda. Tapi yang lebih penting cara mereka dilayan.

7. Gunakan jurugambar sedia ada. Mungkin saudara anda mempunyai kamera. Gunakan kamera yang sedia ada, dan rakamkan gambar-gambar sebagai kenangan. Digital kamera lebih senang dan murah. Anda boleh cetak gambar-gambar kahwin anda dikedai-kedai foto digital. Sekitar 50 sen sahaja sekeping, jika anda cetak dengan banyak. Juru gambar upahan akan mengenakan caj yang lebih tinggi, terutama pada musim kahwin.

Banyak lagi perkara-perkara yang anda boleh fikir, dan lakukan sendiri bagi menjimatkan kos majlis perkahwinan anda. Jangan membazirkan wang anda dengan bayaran-bayaran yang tidak perlu.

Tapi kalau anda memang nak buat grand, modalnyer pun grand la.... Yang penting buat majlis walimatul urus mengikut kemampuan, jangan berpinjam, bergolok, bergadai, nanti merana lepas kahwin nak bayar hutang...

1 comments:

  1. memang betul.. selagi boleh berjimat kite jimat.. biar susah sekarang jnj kemudian hari xde masalah..

    ReplyDelete

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr