Perlu ke Buat Pinjaman untuk Kahwin?

Pejam celik pejam celik, dunia semakin berubah. Sekarang semua benda dahn berubah. Nak kahwin pun dah berubah, dulu gotong-royong, kini pakai catering, dulu hanya bunga telur, sekarang macam-macam ada, kuih, dodol, coklat, cendol pulut pun ada.

Bila dah macam-macam ada, maka kosnya juga bertambah. Bila kos bertambah, mula la duit pun tak cukup. Jadi nak pinjam ke tak?


Dari segi kos memang meningkat, dulu hantaran RM4-6 ribu (lebih kurang), sekarang RM7-10 ribu, tu kira murah dah la tu...Nak buat kenduri pihak lelaki lagi, paling tidak pun pihak lelaki kena ada 15 ribu nak kahwin. Tu tak masuk nak pergi honeymoooooooon lagi...

Persoalannya, perlukan kita buat pinjaman untuk kahwin?? Sebab nak kumpul duit simpanan cukup RM15 ribu tu lambat, bila nak kahwin nyer...Jadi anda rasa patut ke buat pinjaman untuk kahwin.

Pendapat saya macam ni, katakan kos kahwin tu RM15 ribu, tak kan la nak pinjam RM15 ribu, tak kan tak der simpanan sesen kot. Cukup rasanya pinjam RM10 ribu dan di topup simpanan RM5 ribu. Pinjam 10k baru berapa bayaran sebulan yer tak...

Yang penting, kalau nak buat pinjaman anda perlu:-

1) Pastikan jumlah pinjaman itu tidak terlalu besar, nanti nak bayar balik semput. Pinjam sekadar nak topup sahaja, bukan pinjaman keseluruhan. Makner nyer perlu ada simpanan jugak.
2) Pastikan anda tidak menggunakan kad kredit untuk belanja perkahwinan, kerana ia amat membebankan selepas anda kahwin nanti.

Sekarang banyak kemudahan pinjaman peribadi, terutamanya sapa yang kerja kerajaan. Jadi rasanyer tak salah untuk kita meminjam untuk perbelanjaan perkahwinan nanti asalkan kita pandai tidak melebihi amaun yang kita mampu bayar.

Apa pulak pendapat anda, pinjam ke tak?

TQ

3 comments:

  1. u are 1st person yg bagi sedikit statemnet yg agak positif dlm soal loan kahwin ni.

    ReplyDelete
  2. rase nye tidak perlu..kalau pinjam untuk perbelanjaan selepas kawen,isteri nak bersalin ke ape ke,,ok la jugak...sebab soal perkahwinan tidak pernah wujud soal pinjam meminjam..yg perlu pinjam meminjam tu untuk yg beragama melayu...agama islam tdk mcm tu....islam tidak pernah bebankan penganutnya..islam itu sgt mudah...perkahwinan ini juga soal ibadah,,selagi ia soal ibadah, tidak ada istilah ikut perkembangan zaman...tidak ada pulak manusia yg berkahwin dgn majlis kecil2lan tidak sah...yg smpai ribu2 tu kawen nafsu...

    ReplyDelete
  3. zaman sekarang kebanyakan memerlukan duit..so sy rase kene pinjam sedikit kot bg yg betul2 tahap wajib kahwin macam sy..kire lepas abis blaja,kerja 5 bulan terus kahwin..saya tak sanggup nak tunggu lagi 2 tahun untuk mengumpul duit..takot2 berlaku zina..mana lagi baik pinjam sedikit atau dimasukkan kedalam neraka kerana berzina?kehidupan zaman bujang terlalu mencabar..kadang2 nafsu turun naik..jd baiklah berkahwin dgn apa cara sekalipun..kalau kita nak aja org tua supaya mas kenduri wat sederhana dia pulak aja kita..kita sbg anak tidak berkuasa..ini pun disebabkan kejahilan org zaman sekrang dan cara kehidupan yg di didik oleh barat..bygkan nak dapat kumpul berapa je kalau kerja 5 bulan..jd bagi yg betul2 tiada wang pinjam je lah..buat lah bersederhana..nasihat sy jgn lah membazir..pling kurang habis rm 8 ribu kebawah..pinjam kerana Allah sb kita dah tahap wajib..kalau kita tak kahwin, nnt mata kita selalu fokus kat badan perempuan,fikir lucah2..baru lepas tadah kitab aqidah,balik2 je,ternampak perempuan gebu,terbeliak mata..masyaAllah..nabi s.a.w berpesan,wahai org2 muda..kahwin lah...nabi bukan pesan kat org tua2..igt tau..wallalualam

    ReplyDelete

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr