Kriteria Calon Pasangan Mengikut Islam...

kriteria pasangan
Berkenalan sudah, berkawan sudah dan bercinta pun sudah, hanya tunggu detik bahagia sahaja nak dilangsungkan. Barangkali macam tu lah apa yang selalunya berlaku kepada pasangan muda-mudi. Pernah tak fikir sejenak, kriteria pasangan kita tu macam mana? Adakah kriteria itu menepati apa yang kita nak atau menepati apa yang Islam tetapkan? Mungkin kekadang lupa nak fikir macam tu kan...

Tak apa, masih belum terlambat untuk memikirkan kriteria tersebut. Di sini penulis nak kongsikan sedikit kriteria-kriteria pasangan mengikut apa yang agama kita telah tentukan, barangkali ada kriteria yang menepati pasangan kita...mudah-mudahan...

Antara kriterianya adalah:
1. Pegangan agama & akhlak yg. baik
Kalau kita lihat pasangan yang tidak punyai pegangan agama yg. baik ni la selalunya menyumbang kepada statistik perceraian yang tinggi dan ia semakin hari semakin serius. Cek...cek...dan cek kita dan pasangan kita, macam mana pegangan agama kita dan pasangan kita....

2. Keturunan yang baik
Biasanya teruna atau dara akan tengok luaran sahaja, cantik, kacak bergaya tanpa melihat sangat latar belakang serta keturunan pasangan. Nak hidup bahagia ni kena cari pasangan yang serasi yang dari keturunan yang baik-baik. Kena ambil tahu keluarga, pendidikan, pekerjaan pasangan sebelum ambil kapa-apa keputusan.

3. Sekufuk
Kedudukan bakal suami & isteri dari beberapa sudut:
a) Pendidikan agamanya. Contoh lelaki fasik tidak sekufuk dengan perempuan solehah.
b) Setaraf dari segi akhlak, kerjaya, kedudukan dll.
c) Tiada kecacatan

Nak tau lebij detail mengenai sekufuk, klik di sini

4. Cantik dan masih perawan
Islam menggalakkan pasangan mencari pasangan yang masih anak dara atau pun bujang. Ini tidak bermakna Islam melarang berkahwin dengan janda, pandai-pandai lah memilih. Mungkin bagi si A tidak cantik tetapi ia cantik bagi si B. Masing-masing dengan citarasa masing-masing.

5. Mempunya akal yang sempurna
Pasangan hendaklah sihat dan tidak mempunyai gangguan mental atau mempunyai penyakit tidak siuman dll.

Dengan sedikit panduan di atas dapat memberi manfaat kepada anda yang sedang di alam percintaan.

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr