Cerpen Perkahwinan yang 2 hala...

Masa bercinta dan baru kahwin, bukan main lagi sayang isteri, kalau isteri tersepak batu, batu itu akan dimarahi, dipijak2 nya batu itu. Amboi, sayang sungguh pada bini dia. Tapi bila dah lama berkahwin, biasanya kalau isteri tersepak batu waktu itu, bukan batu dimarahi, tapi isterinya yg kena marah, 'Itulah awak, lain kali jalan tengok bawah, jangan dok tengok merata", kata si suami. Itulah asam garam hidup berumah tangga. Adakah anda nak jadi macam tu? Kita doakan supaya tidak jadi macam tu, kita harap waktu dah tua nanti pun kalau isteri tersepak batu, kita ambik batu tu dah terus lempar jauh-jauh....kan.
Ada satu kisah pendek yang boleh kita ambil pengajaran, renung2 kan, moga kita tidak jadi macam tu...

Masa baru kahwin

Teruna: "Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama."

Dara: "Adakah kau rela kalau aku pergi?"

Teruna: "Tentulah tidak! Jangan sesekali berfikiran begitu!"

Dara: "Adakah kau mencintaiku?"

Teruna: "Sudah tentu! Selama-lamanya begitu!"

Dara: "Adakah kau akan berlaku curang?"

Teruna: "Tidak! Aku tidak akan melakukan perbuatan sejijik itu!"

Dara: "Mahukah kau mencium aku?"

Teruna: "Ya!"

Dara: "Sayangku...!"

Selepas 30 tahun berkahwin, sekarang baca dari bawah ke atas pula..

Fikir-fikirkan...

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr