Tip Ketika Bertemu Mertua


Memang kekok untuk berjumpa dengan mertua atau bakal mertua. Rasa segan pun ada. Tak tahu macam mana nak menghadapinya. Apa nak buat, nak sembang apa dan sebagainya. Walau apa pun, sebelum kita lakukan apa-apa, kenali dulu mertua kita dengan sebaiknya. Kat bawah ni ada beberapa tip penting, jom baca.


Hobi
Tanyalah terlebih dahulu kepada pasangan mengenai hobi ibubapanya.
Setelah mengetahuinya , bacalah maklumat tentang hobi mereka. Jika
mereka gemar berkebun, anda boleh membawa benih tumbuhan kesukaan
mereka ataupun baca mengenai teknik-teknik terbaik untuk menanam
pokok di cuaca Khatulistiwa ini. Ini akan memudahkan anda untuk
berbual mengenai hobi mereka.

Tumpukan Perhatian
Apabila mereka bertanya, jawablah soalan dengan baik. Apabila mereka
menceritakan sesuatu, beri perhatian dan dengarlah dengan baik. Ini
kali pertama anda bertemu mereka, jadi kurangkan celoteh anda. Anda
akan berpeluang untuk berceloteh di lain-lain pertemuan.

Bawa Buah Tangan
Tujuan anda menemui mereka adalah untuk mengambil hati mereka bukan?
Maka tiada salahnya jika anda membelikan buah tangan seperti buah-
buahan atau kuih-muih. Ini akan mengambarkan bahawa anda bukanlah
seorang yang kedekut.

Kekasih Lama
Walau macamana hebat pun bekas kekasih anda, jangan sekali-kali anda
bercerita mengenai bekas kekasih di hadapan bakal mertua. Walaupun
bekas kekasih anda adalah anak saudara kepada bakal mertua. Elak
untuk menjawab secara spesifik.

Kesesuaian Pakaian
Pastikan anda berpakaian kemas dan rambut tersisir rapi. Bagi yang
lelaki, elakkan daripada memakai jeans koyak walaupun ianya fesyen
terkini. Bagi yang wanita, paling selamat, anda boleh memilih untuk
memakai baju kurung dan jangan kenakan mekap yang keterlaluan.

Ringan Tulang
Jika tuan rumah menjamu makanan, bagi wanita eloklah kiranya anda
melawat ke dapur samada untuk membantu menyiapkan hidangan ataupun
setelah selesai, anda boleh membantu mengemaskan meja. Walaupun tuan
rumah medesak supaya anda tidak membantu, sekurang-kurangnya
angkatlah pinggan anda ke dapur.


0 comments:

Post a Comment

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr