Facebook Punca Perceraian?

Semalam saya sempat membaca Harian Metro yang ada artikel yang saya agak terkejut adalah ramainya pasangan dah berkahwin bercerai akibat Facebook. Mula-mula tak terfikir macam mana Facebook boleh menyebabkan mereka bergaduh lalu bercerai, bila habis baca artikel tu, memang logik dan masuk akal.




Rasa tak percaya pun ada bila baca metro yang mendedahkan tentang kesan negatif Facebook. Menurut laporan yang diperolehi melalui kajian tentang FB, ramai pasangan yang berpisah kerana pasangan yang curang, dan segala macam masalah yang berpunca dari laman sosial yang semakin menghantui pelbagai lapisan masyarakat terutamanya remaja dan golongan muda. Busy manapun seseorang itu, masih ada masa nak ber FB semata-mata tidak mahu ketinggalan zaman dengan teknologi ICT.

Tidak tergambar lagi ada pasangan yang rumahtangganya bagai retak menunggu belah tidak sampai sehari mendaftar dengan FB.

Sebenarnya kita terlalu banyak disogok dengan budaya macam ni hingga cerdik pandai pun ramai terpedaya. Ini boleh dikatakan sebagai fitnah alam siber.

Daripada bacaan saya, banyak kes perceraian berlaku gara-gara berpunca daripada pasangan yang merujuk semula kekasih lama yang ditemui dalam FB. Maka, bila dah jumpa kekasih lama, perasaan pun mula menghantui lalu mengabaikan tanggungjawab sebagai suamia atau isteri.

Mengapa boleh berlaku macam tu? Ini semua kerana kejahilan kita dalam memanfaatkan teknologi ICT yang ada. Kini bukan lagi kita yang menguasai teknologi, tetapi teknologi telah menguasai kita.

Justeru, berhati-hati dan gunakan kebijaksaan anda ketika menggunakan FB. Jangan sampai ia menjadi punca kepada kegagalan kita.

Terima kasih

4 comments:

  1. Hati-hati guna FB= boleh jadi pengikat dan juga penyurai rumahtangga.

    Perlukan emcee / jurgambar perkahwinan? Hubungi saya!> http://afiqzambri.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. facebook tidak salah digunakan cuma masalahnya ramai yang salah guna

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dengan cinta, semua benda bergantung kepada individu, kalau kita guna dengan baik ia akan jadi baik, kalau kita guna untuk tujuan tidak baik, ia akan jadi tidak baik. Tepuk dada, tanya diri masing-masing...

    ReplyDelete
  4. ada juga yg guna sihir untuk pikat isteri org mcm di blog ni....
    http://ceritahotkedaikopi.blogspot.com/2011/07/sihir-di-fb-isteri-jadi-mangsa.html

    ReplyDelete

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr