Sebahagian perempuan rela tidak berkahwin sehingga ke akhir hayat mereka. Mengapa? Mereka lbih suka hidup bersendirian dari bertemankan seorang lelaki bernama suami. Mungkin ada sebab nyer mereka macam tu.
Setiap orang mesti ada sebab masing-masing hingga sanggup membujang atau janda/duda sampai ke tua. Mungkin takutkan peristiwa ngeri atau pengalaman ngeri masa lampau dan macam-macam lagi. Antaranya puncanya seperti:-
1) Terlalu memilih
Hanya ingin bersuamikan lelaki memenuhi citarasa tersendiri dari aspek rupa, perlakuan dan layanan diterima.
2) Kecewa
Pernah bercinta atau bertunang dan kemudian dikecewakan sebelum pernikahan berlangsung. Berikutan kejadian terbabit perempuan berfikir lelaki seterusnya hadir di dalam kehidupan juga akan membawa kekecewaan di dalam hidup mereka. Mereka menjadi phobia dan terlalu berhati-hati dalam pencarian calon seterusnya sehingga tidak menyedari usia semakin tua.
3) Disegani lelaki
"Jangan lah Lan oi! Malu mak nak meminang si Farah tu. Kau ada diploma, dia ada Phd. Enggang sukar nak terbang bersama pipit," ujar emak lelaki. Barangkali ramai antara kita pernah mendengar komen sebegitu dilontarkan orang tua. Lalu perempuan terbabit menjadi mangsa keadaan hanya kerana dia berpendidikan tinggi.
4) Ego keterlaluan
Sememangnya lelaki sering dikatakan memiliki sikap keegoan tinggi namun sebilangan perempuan zaman sekarang tidak terkecuali.
"He is not my taste!"
Ujar perempuan tanpa menyedari dia juga mungkin tidak memenuhi keinginan lelaki. Kekadang perempuan sebegin kelihatan bergaya, berkerjaya tetapi dari aspek pergaulan, dia terlalu kepingin untuk menang dalam segala hal.
Berasa diri terlalu bijak kekadang membunuh impian lelaki untuk memperisterikannya.
5) Lelaki gay
Barangkali bukan sebab utama tetapi tetap wajib diambil kira.
Sebilangan perempuan takut andai terjabak dengan lelaki bergelar suami namun mengamalkan kehidupan songsang di belakang mereka. Bukan semua lelaki gay mampu dikenal pasti dari aspek fizikal dan penampilan harian mereka. Segelintir kelihatan 'keras' tetapi memiliki jiwa hanya menaruh nafsu serakah terhadap kaum sejenis. Berkahwin hanya usaha mengkaburi mata keluarga dan masyarakat sekeliling.
Apa lagi faktor lain yg. anda tahu?
Lesbian - Sebilangan perempuan takut andai terjabak dengan lelaki bergelar suami namun mengamalkan kehidupan songsang di belakang suami. Bukan semua perempuan lesbian mampu dikenal pasti dari aspek fizikal dan penampilan harian mereka. Segelintir kelihatan 'lembut' tetapi memiliki jiwa hanya menaruh nafsu serakah terhadap kaum sejenis. Berkahwin hanya usaha mengkaburi mata keluarga dan masyarakat sekeliling - Tidakkah pernyataan ini nampak keras dan menyinggung?
ReplyDelete