Bagaimana Bersetubuh menjadi Ibadah

Apa sebenarnya tujuan berkahwin? Jangan hanya nampak untuk memuaskan syahwat sahaja, sedangkan tanggungjawab adalah lebih besar daripada itu. Sekali pun ingin memuaskan syahwat, sebanarnya dalam Islam itu pun mendapat pahala jika mengikut tatacaranya. Bagaimana? Hendaklah memenuhi sekurang-kurangnya 5 syarat . Antara syarat-syaratnya ialah :-

1. Niat kerana Allah ; Niat bersetubuh kerana Allah ialah niat untuk menunaikan perintah Allah, iaitu melepaskan nafsu syahwat ke jalan halal dan menghasilkan zuriat yang baik agar ia dapat membantu membela agama Allah.

2. Persetubuhan hendaklah dilakukan oleh isteri atau suami yang telah dikahwinkan menurut syariat Islam.

3. Pelaksanaan persetubuhan hendaklah mengikut adab-adab yang telah digariskan. Tidak menyetubuhi isteri melalui dubur , ketika saat berpuasa siang hari pada bulan ramadhan atau ketika sedang haid atau nifas.

4. Natijah atau hasil persetubuhan, iaitu mendapat anak dan anak itu dididik agar menjadi anak yang soleh yang mentaati Allah. Selain itu hasil daripada persetubuhan juga boleh memberi ketenangan kepada fikiran dan jiwa serta menyihatkan tubuh badan. Justeru itu badan yg sihat digunakan utk berbakti dan taat kepada Allah.

5. Tidaklah kerana bersetubuh sampai meninggalkan ibadah utama. Contohnya oleh kerana rasa nikmat kesan bersetubuh, sampai tidak bangun bersembahyang subuh . Tidur sampai ke pagi. Perbuatan ini amatlah dilarang.

Demikianlah syarat-syarat bersetubuh yang menjadi ibadah dan mendapat pahala jika diikuti sepenuhnya.Maka jadikalah bersetubuh dan memberi nafkah batin kepada isteri itu sebagai ibadah dan pahala supaya mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak.

Lain- Lain Hikmah


Ketika saat seseorang itu dirangsang nafsu seks, biasanya seseorang itu akan hilang pertimbangan dan melupakan alam sekeliling.Oleh itu tidak hairanlah Nabi S.A.W berpesan agar semasa melakukan persetubuhan / berjimak seseorang itu tidak bersikap seperti binatang , seperti khaldai atau tidak melakukan persetubuan di tempat selain dari faraj atau tidak sewaktu haid dan nifas.

Dengan itu tujuan adab-adab dan peraturan-peraturan diadakan agar seseorang itu bertenang dan bersabar mengikuti satu persatu. Seperti dimulai dengan beristigfar, berwuduk,sembahyang sunat,niat, berdoa,bersenda guraudan bercumbuan serta sebagainya agar nafsu seks dapat dibendung secara tenang dan disalurkan mengikut fitrah, bertata-tertib dan berakhlak. Jika tidak diikuti adab-adabnya, seseorang itu tentu melakukan persetubuhan secara lahap seperti binatang buas dan hal ini memungkinkanakan berlaku kesan sampingan pada kesihatan,kelahiran zuriat yang tidak senonoh, tidak berakhlak, atau pada fizikalnya seperti menyakitkan isteri dan menghilangkan rasa nikmat berjimak.

Begitu indahnya islam.. hingga bab berjimak pun ada adab, bertata tertib dan sentiasa beribadah…

sumber : I Luv Islam.com

Ketahui Rahsia Akad Nikah sebenar...

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr