Abby Abadi Sah Isteri Kepada Farhan...

Segala spekulasi yang tersebar akhirnya menjadi nyata apabila Abby Abadi kini sah bergelar isteri kepada suaminya iaitu farhan seorang pemuda yang berusia diawal 20an. Menerusi laman twitter milik penceramah bebas politik ini lagi dia dan juga suami barunya sudahpun bernikah 12 hari lepas.

Dijangka majlis perkahwinan mereka akan diadakan semasa bulan Syawal nanti. Bagaimanapun masih lagi memilih lokasi yang sesuai. Ujar Abby lagi “kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru 2mggu kenal, ALLAH tunjukkan jalan ke sini… Syukur!!”

“Setiap yang hidup pasti akan merasai mati suatu hari nanti. Macammana keadaan dan bila kita akan mati hanya DIA saja yang tahu begitu juga dengan jodoh kita. Dgn siapa kita akan dijodohkan dan biler kita akan dijodohkan semuanyer telah ditetapkan oleh DIA.”

“Semuanya telah tertulis sejak dari azali lagi… Ada orang kata jodoh tu akan datang dengan sendiri tanpa di cari dan ada sesetengah orang cakap jodoh tu tak kan datang dengan sendiri kalau kita tak cari….tapi apa2 pun semuanyer bergantung kepada kekuasaanNYA. Sama ada kita berusaha mencari ataupun tak DIA sudahpun menulisnya kerana DIA yang lebih mengetahui…”

0 comments:

Post a Comment

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr