Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...

kad kahwin
Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak kepada semua yang membaca blog ini, moga ramadhan kali ini memperolehi keampunan dan rahmat dari Nya. Bulan puasa ni ada ka anda pernah denganr orang buat kenduri kahwin, saya tak pernah plak ler dengar. Kalau ada orang buat kenduri kahwin dibulan puasa ni, memang kena jaga sungguh ler pengantin tu, takut nanti terlajak, bahaya. Maklumlah benda baru...Kepada yg. baru kahwin tu, bulan puasa ni kena jaga-jaga kerana kita tidak boleh bersama diwaktu siang hari, jika terlajak nanti kena kifarah.

Apa itu kifarah?
Kifarah puasa ialah denda yang hanya dikenakan kepada lelaki atau suami kerana merosakkan puasanya dengan melakukan persetubuhan pada siang hari di bulan Ramadhan. Di samping itu pasangan tersebut atau kedua2 suami isteri yang berjimak pada siang hari dalam bulan Ramadhan, masing-masing wajib mengqadakan puasa sebanyak hari yang terbatal.

Tiga jenis Kifarah

Kifarah puasa terbahagi kepada tiga iaitu:

a.  Memerdekakan seorang hamba, jika tidak
b.  Berpuasa selama dua bulan berturut-turut, atau jika tidak berdaya
c.  Memberikan makanan asasi seorang secupak kepada 60 orang fakir miskin.

Renung-renugkan lah terutamanya kepada mereka yg. baru berkahwin atau yg. akan melangsungkan perkahwinan pada bulan puasa ini. Kifarat itu berata, jangan ambil mudah perkara ini.

Pesanan dari saya, bawak bersabar dulu, 1 bulan jer...lepas tu anda boleh bersama seperti biasa dengan isteri anda. Bulan ramdhan ini sebenarnya bulan untuk kita mendidik nafsu, maka bebanyak besaboo...

Selamat berpuasa & bertarawih...

0 comments:

Post a Comment

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr