Adakah pasangan anda sekufuk?

pasangan hidup
Mungkin kita selalu dok dengar orang selalu tu sebut perkataan sekufuk, tapi apa dia maksudnya. Senang cerita, sekufuk ni sepadan, sama padan dari beberapa sudut. Kalau tak sepadan tak boleh ker? Boleh, tapi kita digalakkan berkahwin dengan pasangan yang sekufuk supaya rumah tangga aman bahagia. Ia adalah hak seorang perempuan dan hak kepada walinya. Macam mana nak tau pasangan kita tu sekufuk ke tidak, nak tengok dari segi apa?

Ada beberapa bahagian yang kita boleh lihat dan bandingkan dengan pasangan kita antaranya:

1. Agama
Agama dah agama Islam, tapi adakah pasangan kita tu mengikut apa yang telah di syariatkan, contoh mudah ialah adakah pasangan kita tu cukup solat 5 waktu nyer...pengetahuan agamanya dll, kalau asyik kado jer solatnya, susah jugak...

2. Budipekerti
Bagaimana budipekerti pasangan kita tu, kasar ke, lemah lembut ke, bersopan ke, panas baran ke, kasar ke percakapannya, romantik ker dll. Semua tu anda boleh kenalpasti dan bandingkan dengan diri anda.

3. Pekerjaan
Bab pekerjaan ni sensitif sikit, sebab kalau kerja lelaki lebih besar dari perempuan tak per, tapi kalau sebaliknya, ini yang payah. Kalau kerja besar, carilah pasangan yang pekerjaannya tidak jauh jurang perbezaannya.

4. Kecacatan
Ada tak cacat pada pasangan kita. Kita biasa tengok orang cacat kahwin dengan orang cacatkan. Itu adalah sekufuk bagi mereka tapi mungkin tak sekufuk bagi kita. So, buat penilaian dahulu sebelum memilih pasangan.

Ini sekadar pandangan sahaja, kalau ada yang nak tambah dipersilakan...

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr