Bagaimana Nak Pujuk Isteri yang Merajuk!!

isteri merajuk
Mengikut kajian, orang perempuan lebih sensitif dan mudah tersentuh hatinya dari lelaki. Maka tak hairanlah ramai para isteri diluar sana yang merajuk dalam mengharungi rumahtangga. Agaknya kenapa mereka merajuk yer...tentu ada benda yang mereka tak puas hati tu...

Bila dah jadi macam ni, apa yang boleh suami buat untuk memujuk si isteri ni. Mulut dan mula muncung. Tangan mula bercekak, petanda awal Isteri merajuk, kalau hari-hari byk cakap, hari tu tak byk cakap, tanya 1, jawab 1 jer. Adoi... camne nak pujuk ni?

Pertama sekali benda yg panas kita kena biarkan dulu, jangan ditambah lagi panas yg membara. Biarla ianya reda atau sejuk sikit baru ler  mula pujuk. Macam mana nak pujuk??

  1. Cuba bercakap dengan dia dengan baik (ayat memujuk), walaupun dia tak layan.
  2. Mintak maaf kalau anda yang buat salah
  3. Peluk dan Cium isteri anda. Dia mudah “LAYU” dengan pelukan dan ciuman suami
  4. Buat kejutan. Bagi hadiah
  5. Ajak pegi shopping.
  6. Ajak pegi bercuti.

Senang cerita, ajak dan buat benda-benda yang isteri anda suka.

Jiwa wanita ini lembut, mudah terasa, namun kena cara mudah jadinya..

Apa pulak pandangan dan pengalaman anda, kalau boleh share lagi bagus. Share kan dekat ruang komen di bawah, boleh sama-sama ambil manfaat.

Terima kasih
Panduan percuma!

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr