Perkahwinan Fizo dan Mawar

Perkenalan singkat yang terjalin antara pelakon lelaki popular Fizo Omar dengan Mawar Abdul Karim akhirnya menjadi kenyataan dan membawa ke jinjang pelamin. Tarikh keramat menjadi sejarah, 10 Nov 2013 pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah Pegawai Tadbir Majlis Agama Daerah Hulu Langat. Mereka selamat bergelar suami dan isteri dengan sekali lafaz di kediaman keluarga Mawar di Country Heights semalam.

Pasangan yang mengenakan persalinan rona putih ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sehari sebelum ijab kabul selepas perkenalan hampir setahun. Majlis pernikahan Fizo Omar & Mawar Abd Karim yang dihadiri kira-kira 300 tetamu telah dijalankan di rumah pengantin perempuan di Country Height Kajang.

Pasangan pengantin baru ini memaklumkan yang mereka akan terbang ke benua Eropah untuk berbulan madu. Tahniah kepada Fizo Omar & Mawar  dan keluarga atas ikatan perkahwinan ini, semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Pengajaran

Kekadang, tak perlu kepada perkenalan yg lama untuk berkahwin, cukup hanya tempoh yang singkat, kalau berkenalan lama-lama ni bimbang jugak takut tak boleh bertahan dan banyak gosip, isu-isu yg. tak sedap didengar tertutamanya orang popular seperti pasangan di atas.

Walaubagaimana pun, semuanya terpulang kepada anda untuk menentukan apa yg terbaik untuk diti masing-masing... Jom kita tengok gambar sekitar perkahwinan pasangan yang sama padan ni...











Terima kasih

0 comments:

Post a Comment

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr