Kenapa Ikat Perut Nak Kahwin??


Semakin hari semakin meningkat kos sara hidup, sampai nak simpan duit pun tak cukup-cukup. Macam mana nak kahwin macam ni, duit sikit pun tak boleh simpan, tak kan nak membujang sampai tua, hai pening kepala nak pikir.... Mungkin itulah pandangan sebahagian kita yang berfikir macam mana nak kahwin pada zaman yang semua harganya naik. Bagi anda yang bekerja, mungkin ada yang terpaksa ikat perut, untuk menyimpan duit untuk perkahwinan - teruk la macam ni....

Ada beberapa cara untuk anda menghimpun duit untuk perkahwinan anda, mungkin anda boleh cuba praktikkan jika ia sesuai dengan jiwa anda. 

Antaranya seperti:-
  1. Mulakan menyimpan seawal-awalnya setelah anda dapat kerja, jangan banyak enjoi.
    Mula dari hari pertama kerja tu terus simpan duit, terus pikir masa hadapan. Memang kita biasanya nak enjoi jugak masa muda, tapi dengan tuntutan semasa yang meningkat, nak buat macam mana, terpaksa.
  2. Mulakan menyimpan/menabung pada jumlah yang anda mampu walaupun pada jumlah yang kecil. Simpan duit setiap bulan walaupun sedikit. Bila gaji mula naik, maka naikkan jugak jumlah simpanan anda, supaya banyak sikit simpanan tu nanti. Bab simpan duit ni memang kena betul2 disiplin, kalau tidak, susah ler....
  3. Kemudian bila dan ada sejumlah simpanan, pindahkan simpanan itu ke akaun pelaburan seperti ASB, Tabung Haji dll, anda boleh terima dividen dan susah sikit ler kalau nak keluarkan duit tu kan. Bila masuk akaun pelaburan, boleh ler dapat dividen sikit dan makin meningkat simpanan anda.
  4. Cuba buat side-income sementara masih bujang ni kan banyak masa terluang.
    Agaknya, apa yang anda minat yer, jual benda-benda yang anda minat dan suka, contohnya anda suka kereta, mungkin boleh jual wiper kereta dekat pasar malam. Saya ada seorang kawan, dia cikgu, time cuti sekolah 1 minggu, 2 minggu, dia jual wiper kereta. Bukan susah pun, buka bonet kereta dan gantung banner dekat boot kereta, wiper ada dlm boot jer. Cuma kena tau macam mana nak pasang ler...
  5. Berbelanja kepada yang perlu sahaja, bukan nak beli ikut suka.
    Senang citer, jangan boros berbelanja, itu jer. Beli apa yang perlu sahaja, yang rasa tak penting sangat tu, tangguh-tangguhkan dulu.
  6. Jangan lupa bagi duit kat ibu ayah yang ada dikampung setiap bulan walaupun sedikit.
    Ini amat penting, tanggungjawab kita sebagai anak kena laksanakan, bagi duit kpd ibu bapa. Berkat doa mereka Allah limpahkan rezeki kepada kita. Jangan lupa...
  7. Sesekali kita boleh berpuasa untuk menjimatkan belanja dan menyihatkan badan.
    Puasa ler sekali sekala, apa salahnya, boleh jimat skit belanja, ha...ha
  8. Kalau dapat bonus hujung tahun, separuh daripadanya perlu disimpan.
    Biasa kalau hujung tahun kita dapat bonus, jangan ler habiskan plak duit bonus tu, ingat sama hari depan. Simpan dalam kadar yg byk, separuh dari bonus, kalau dapat bonus RM1000, simpan ler RM500, bakinyer boleh le guna utk keperluan anda.
  9. Bagi anda yang ada kelulusan, boleh cuba untuk mengajar subjek bidang anda di mana2 kolej swasta pada hujung minggu, kalau anda minat mengajar ler....
  10. Cara yang last ni nakal skit. Kalau pasangan anda bekerja jugak, maka boleh ler pinjam sekejab duit pasangan untuk menampung jumlah yg masih belum cukup, lepas kahwin nanti kena ganti balik. Ini cara yang terakhir selepas anda cuba berusaha cara-cara yg. lain, ha...ha.

Harap dalam 10 cara ni, dapat membantu anda dalam mengumpul duit untuk perkahwinan anda. Layari www.nikahkahwin.com untuk panduan perkahwinan anda!


www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr